Saturday, 24 September 2011

YA KA???????????

Chua Soi Lek bercakap pada orang Cina, Bukan orang Melayu Islam


Berapa kali diadakan perbincangan dengan Melayu dengan Melayu yang mana perbincangan dalam konteks Melayu tidak perlu dilaporkan kerana kaum lain tidak akan faham?

Begitu juga pandanagn Chua Soi Lek akan keluar BN jika UMNO jalankan Hudud. Apa perlu kita melenting kerana Chua Soi Lek hanya bercakap untuk audience cina dalam konteks kaum Cina.

Apa perlu kita melenting pasal hukum hudud. Setakat hari ini, pendirian UMNO bukan untuk jalankan hukum hudud.

Pertama hukum hudud yang mahu dijalankan adalah hukum hudud PAS dan bukan hukum hudud sebenar.

Hukum hudud mesti dijalankan atas dasar keadilan. Kalau tak salah kami, istilah keadulan disebut dalam Quran sebanayk 40 kali. Begitu pentingnya hukum itu dijalankan dengan adil.

Adilkah jika hukum jenayah untuk orang Islam dan bukan Islam itu berlainan untuk kesalahan yang sama?

Kalau semua pihak menerima hukum hudud, maka adillah. Tiada paksaan dalam Islam.

Hukum hudud PAS masih banyak tergantung konsepnya. Negara kebajikan PAS tidak mahu lagi hukum hudud. Tuntutan hudud ini adalah cerita lama yang mahu diungkit kembali kerana PAS sedang ketinggalan. Tetapi Melayu sudah hilang kepercayaan dengan PAS untuk tertarik dengan tawaran hukum hudud.

Apa isunya?

UMNO tidak akan jalankan hukum hudud PAS.

Jika puak PAS kata hukum hudud mereka hukum Quran, tanyalah mana satu yang dari Quran, mana satu yang dari hadith dan mana satu dari amalan kaum arab jahiliah?

UMNO hanya akan jalankan hukum hudud jika itu yang rakyat mahu. JIka rakyat sedia menerima capital punishment sedemikian rupa, kita jalankan. Kita jangan sekali ikut kata PAS yang memaksa.

PAS akan kata tidak jalankan hukum hudud dan akan tegakkan negara kebaijikan. Tapi mereka sudah mahu paksa hukum hudud PAS itu ke atas rakyat?

Kalau begitu, janji, tawaran dan kata-kata PAS tidak boleh sekali di percayai. Apa yang kita boleh ikut cakap mereka???

No comments:

Post a Comment