MERDEKA CENTER : SURVEY BERTARAF LONGKANG.
merdeka center sekali lagi bermain kata.
merdeka center sekali lagi menyusun kata.
agenda perbincangan dijadikan bahan kajian. perbincangan mengenai ketepatan memberikan hujahan.
ada yang melanton dengan survey terbaru merdeka center. manakala di pihak yang lain , memandang survey merdeka center dengan pandangan sebelah mata.
merdeka center adalah satu NGO ala telefonis. stail mereka menjalankan kajian dan penyelidikan hanya berlegar kepada aksi dan amalan telefonis ala-ala jabatan telefon malaysia.
merdeka center adalah NGO milik oposisi, ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.
ibrahim sufian adalah pekerja kalid jaafar, pemikir sesat untuk anwar ibrahim yang menjalankan NGO think thank yang bernaung di bawah gerak saraf IKD, institut kajian dasar.
perang politik sekarang tidak lagi memilih jalan berantakan secara langsung, atau mudah disebut perang secara direct dan terbuka.
seni perang politik di malaysia lebih terbuka, lebih unik dan cukup berkias.
ini adalah salah satu daripada amanat agung dalam buku the art of war karya sun tzu.
implementasi perang saikologi ini juga telah menjadi bahan budaya bangsa yang disebutkan namanya sebagai melayu.
melayu punyai budaya berhemah, menengur halus dalam bicara kias.
apa yang disampaikan mempunyai maksud tersirat.
amalan ini adakala dan pernah digunakan oleh pakatan sewaktu kempen pilihanraya di malaysia.
lim guan eng pernah berkata bahawa untuk DAP menentang BN adalah umpama peperangan antara tikus dan gajah. BN nampak terbuai dengan madah kias guan eng. hasilnya pada pru 2008 penang tumbang.inilah stail politik 'mulut cina'.
orang yang licik dalam peperangan punyai strategi.
kias yang sama juga telah dikeluarkan oleh merdeka center, kepunyaan orang kanan anwar ibrahim.
3 minggu lepas, merdeka center telah mengeluarkan pendapat survey yang mengatakan rosmah mansor bukan liabiliti kepada najib.
mulut aku tersenyum sengih membaca yang tersirat daripada yang tersurat.
3 hari lepas merdeka center sekali lagi mengeluarkan pandangan survey rakyat. survey rakyat yang menyatakan bahawasanya populariti najib telah jatuh 6 mata selepas peristiwa bershit.
justifikasi dan persoalan cara merdeka center melontarkan hujah perlu kita jawab.
adakah dengan hanya menelefon 1000 lebih respondan, sudah dianggap mewakili keseluruhan majoriti pandangan rakyat ?
anwar sudah 2 kali membicarakan persoalan survey merdeka center. anwar kelihatan ceria. seperti biasa anwar cuba melakukan diversi politik skala low class yang membosankan.
kata anwar, penyusutan sokongan terhadap najib adalah tanda peralihan undi rakyat kepada pakatan rakyat.
bebalisme politik sebegini amatlah menjengkelkan, boleh membuat kita menangis tertawa.
sungguh lucu sekali apabila survey secara random dilakukan terhadap 1000 lebih responden dianggap oleh anwar sebagai pencetus kepada peralihan undi rakyat kepada pakatan ?
hujahan dan justifikasi sebegini adalah melucukan dan sungguh bertaraf longkang. apa maksud longkang ? apa maksud mulut longkang ?
berhenti sekejap.
beberapa point penting anda wajib katamkan perkataannya.
survey.
populariti najib jatuh 6 mata.
anwar dakwa akan berlaku peralihan undi.
point di atas semuanya berlandaskan kepada satu survey yang dilakukan oleh merdeka center terhadap 1000 lebih responden.
hakikatnya.
fakta sebenarnya.
survey melalui telefon ini tidak membawa maksud keputusan rakyat secara makro.
survey merdeka center sungguh low class.
sebenarnya justifikasi samada kita mahu mengetahui keputusan dan pola pendapat rakyat yang terbaru terhadap isu politik dan sokongan partisan wajar/wajib/seharusnya berlandaskan kepada keputusan pra pilihanraya umum .
pra pilihanraya bermaksud beberapa siri pilihanraya kecil yang telah berlangsung sepanjang 3 tahun ini.
siri keputusan pilihanraya kecil inilah adalah gambaran sebenar isi hati politik rakyat terhadap isu politik.
siri pilihanraya kecil jelas menampakkan secara benar akan keputusan rakyat dalam menentukan populariti pemimpin dan parti dalam sistem demokrasi politik di malaysia.
keputusan politik rakyat bukan bergantung kepada peratur caraan survey longkang ala merdeka center.
keputusan survey yang tepat adalah siri keputusan pilihanraya yang telah berlangsung hampir 16 kali sejak pru 2008.
pasca mac 2008, pakatan telah memenangi 8 kerusi pilihanraya kecil secara berturut-turut.
bermula dengan prk parlimen kuala trengganu yang dimenangi oleh wahid endut,kemudiannya merebak kemenangan pakatan pada prk permatang pauh,permatang pasir dan lain-lain.
8 siri kemenangan awal pakatan pada pilihanraya kecil tersebut merupakan asas kukuh jawapan kepada kekuatan dan populariti dalam politik malaysia.
namun pada siri prk dun bagan pinang, BN telah memenangi semula 8 siri pusingan akhir prk yang dijalankan di malaysia. begitu juga dengan keputusan pilihanraya negeri yang diadakan di sarawak.
fakta undi, jumlah majoriti,penyusutan majoriti,kemenangan tak dijangka,peralihan undi, keputusan di 5 saluran pusat mengundi antara kriteria utama indikasi penting menunjukkan populariti dan kehebatan pimpinan dan parti, bukannya fakta berlandaskan jawapan survey melalui telefon yang dilakukan oleh merdeka center.
cara survey ala jabatan telefon malaysia yang dilakukan oleh merdeka center sudah ketinggalan zaman. ketepatan keputusannya adalah F9, atau lebih mudah disebut gagal.
aku baru jawap mengenai isu kaedah survey merdeka center. tunggu kupasan aku mengenai isu yang dibentang iaitu bershit dan kos hidup rakyat.



No comments:
Post a Comment