Sunday, 4 September 2011

TUKAQ KA?


FAKTA SEJARAH : PAS MAHU TUNKU ABDUL RAHMAN DITULIS SEBAGAI PRESIDEN PAS ?


pas nampak terkasima dengan pembentangan fakta sejarah.
sejarah yang ada di dalamnya fakta kenegaraan.

pas cuba meraih simpatisan di atas isu sejarah pasca merdeka.
kata pas, yang menang tulis sejarah, yang kalah buat puisi.

pas meratap sedih di atas ketiadaan penghikayat sejarah yang neutral.

pas meratap sedih di atas pembentangan faktual sejarah pra kemerdekaan negara.

kata pas, dek kerana tiada sang munshi abdullah si pencatit sejarah, maka kronologi kebenaran pembentangan sejarah negara nampak berat sebelah.

sejarah politik negara nampaknya dikuasai oleh kumpulan partisan, sebut umno. sementelahan huraian pejuang   sebelum itu seolah-olah ditiadakan.

sungguh lemah dalam cubaan pas menghasut pemikiran rakyat.

selama ini dalam kumpulan generasi bawah umur 40 an, masih terngiang-ngiang di kepala akan pengorbanan tok janggut,mat kilau dan barisan pejuang melayu yang menentang penjajah.

kita tidak pernah sama sekali menafikan bejat inggeris sebelum kemasukan nipon di pantai kota baharu. semua orang tahu akan perangai keangkuhan inggeris dalam peristiwa pasir salak, pemaksaan sistem residensi  di tanah melayu dll.

hari ini pas merintih akan ketidakadilan pembentangan fakta sejarah .

adil yang macamana yang pas mahukan ?

adakah pas mahu rakyat digonjolkan dengan fakta malayan union itu pas yang menentangnya ?

atau pas mahu sejarah dicatitkan bahawasanya tunku abdul rahman itu presiden pas ?

atau pas mahu sejarah mencatitkan bahawasanya rundingan baling itu diketuai oleh presiden pas ?

fakta tetap fakta.
sejarah tetap sejarah.

sejarah pejuang melayu seperti tok bahaman dan mat kilau tidak sama sekali rakyat lupakan jasanya.

kemahuan pas yang nampak merintih apabila sejarah tidak memahatkan namanya sebagai player insiden pensejarahan negara nampak seperti kebudak-budakan.

No comments:

Post a Comment