Tuesday, 13 September 2011

RENDAHNYA NILAI......................

DAP:RM100 Modal Hapuskan Identiti Bangsa



Bermodalkan RM100,DAP mahukan identiti bangsa dihapuskan.Kita semua tahu Malaysian Malaysia mahukan kesamarataan tanpa mengenal batas etnik dan keturunan.Kenapa dan mengapa?

Doktrin Malaysian Malaysia tak lebih mahu menutup identiti bangsa pelbagai kaum,Ini saja peluang untuk menghalalkan kehendak perjuangan DAP yang mahukan sebuah negara Bangsa Malaysia.

Jika hak mutlak masyarakat majoriti dihapuskan dan dikongsi oleh bangsa lain yang minoriti dinegara ini,percayalah satu hari nanti negara ini bertukar menjadi seperti Singapura.

Melayu! Nama saja sebuah bangsa majoriti dinegara ini.Tahukah anda sebagai bangsa majoriti di negara ini melayu masih terpaksa menagih ekonomi dan kuasa politik dari bangsa yang minoriti.


Di sebalik RM100,tahukan anda satu hari nanti bangsa majoriti dinegara ini akan menagih kepada minoriti.Ingatlah bagaimana regim apartheid Afrika Selatan memerintah tidak lama dahulu.

Melayu Rasis 10: Majoriti menutut hak dari minoriti.

Semangat kebangsaan dipandang jelik oleh sebilangan kaum majoriti , baik hati tanpa basa basi,tanpa mengenal had seolah olah bersikap bodoh sombong dalam ruang linkup separuh sedar.Di  perhatikan dalam situasi ini seolah olah mereka mereka ini begitu bersedia untuk berdepan dengan keadaan dalam tidak ada apa apa.

Tidak ada apa apa didalam mereka mereka ini sebenarnya mencerminkan kebodohan yang tak berpenghujung , barangkali mereka mereka ini telah memperakui betapa pandangan kaum minoriti terhadap mereka adalah benar benar belaka.Kebodohan,pemalas dan bermacam macam sikap yang kurang elok digambarkan dan dilebelkan bagaikan cukup sinonim terhadap kaum majoriti ini.Makanya sebahagian yang majoriti ini berasakan pandangan minoriti terhadap mereka akan bertukar menjadi lebih iaitu menjadi hebat,keterbukaan,menjadi lebih rajin,mencapai sesuatu tahap melalui kononya merit,lebih dihormati dan diterima oleh kaum minoriti.Walhal itu semua seolah olah mengadai maruah demi mencapai darjat kebersamaan kononya lebih mulia jika setaraf dengan yang minoriti.

Hina sangatkah kaum majoriti?Teruk sangatkah kaum majoriti?Minoriti berasakan mereka turut sama setaraf dengan majoriti,tetapi harus diingat walau guna sebanyak mana fakta atau hujah pun mereka tetap keturunan pendatang yang menumpang dan beranak pinak ditanah asing.Yang menumpang harus menghormati tuan rumah,bukan seharusnya berlagak mahu berkongsi geran rumah kononnya rumah yang ditumpang milik bersama hinggakan bilik tidor tuan rumah juga dituntut.

Yang berasakan diri mereka menjadi jijik jika menyebut tentang bangsa sendiri,takut dilabel sebagai rasis dan perkauman seharusnya cerminkan diri sendiri,dimana kamu,siapa kamu ,jangan hanya tahu mendabik dada kononnya kamu berasakan terlebih suci dan kesamarataan jika sanggup berkongsi sebahagian milik kamu kepada minoriti ,walhal milik kamu juga adalah milik sebangsa kamu,Jika itulah yang bersarang didalam diri kamu,lebih elok saja jangan mengaku diri kamu itu MELAYU!Iyakan saja jika diri kamu dipanggil sebagai bangsa pendatang,dan memang sudah ada melayu setuju mereka adalah pendatang!Bangsatkan saja diri kamu sepertimana bangsat itu yang menuntut akan hak diri kamu,persetankanlah ,apa peduli.! Keluarkan diri kamu dari memegang status bangsa melayu yang di sana memandang enteng,hina dan sinis.Yang minoriti memandang sinis dan berasakan tidak adil kerana mereka mahukan hak kamu,ibarat kamu mempunyai isteri yang cantik,tetapi cukup digilai oleh ramai orang,kemudian kamu pula dituduh tidak adil kerana tidak mahu berkongsi isteri dengan orang lain.Bolehkah kamu begitu? : selanjutnya klik sini

Pisau berasakan pasti ada melayu yang sanggup membuang identiti bangsa sendiri asalkan dapat RM100. Murahan......

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan borang pertama di negara ini yang tidak memerlukan seseorang menyatakan identiti diri mengikut kategori kaum.

Borang Program Anak Emas Pulau Pinang tidak memerlukan seseorang mendedahkan identiti kaum apabila memohon untuk mendapatkan bayaran sekali RM100 daripada kerajaan negeri.


No comments:

Post a Comment