
Sebaik saja pengumuman dibuat PM akan turun di Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia di Permatang Pauh.Gerembolan haprak pakatan sudah kepanasan. Seperti biasa sesumpah bapak kepada segala pembohong kononnya menyambut baik Ds Najib akan membuat rumah terbuka di SMK Guar Perahu dalam Parlimen Permatang Pauh.
Sebenarnya arahan awal sudah dikeluarkan agar melakukan apa saja untuk mengagalkan dan sabotaj rumah terbuka peringkat kebangsaan ini.
turut menerima SMS dari beberapa rakan PKR dari cabang Permatang Pauh,
Sudah terbiasa dengan kerja kotor Majlis Sambutan Hari Raya pun mahu diganggu dan disabotaj.
Slm mohon JKKK/JDM/UPU/MTD Pengarah PAR/DUN/AMK/Pemuda PAS ahli PR utk tindakan pemasangan bendera parti Keadilan/PAS/DAP sarentak 10hb(sabtu mlm) di laluan drp DUN Sbrg Jaya /Pmtg Pasir/Penanti utk menyambut rombongan 'be end' (bn) ka open house kebangsaan di sek men Guar Perahu 11hb(ahad). tk. lawan tetap lawan, takbir !cc DSAI/DSWA/ Dt Mansor/Dt Salleh Man..
berharap agar pihak keselamatan dapat memberi perhatian yang serius mengenai ancaman ini.Dikhabarkan ada rancangan untuk mengsabotaj makanan agar pengunjung nanti keracunan .
Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.
Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. "Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini. Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.
"Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui 'buang yang keruh ambil yang jernih' dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu," katanya.
"Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan. "Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua," katanya lagi.
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin. Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang. - Bernama
No comments:
Post a Comment