
Sejak bulan puasa sampai sekarang,terkial kial khawarij komunis PAS pertahankan Mat Sabu dengan komunis.
Habis semua buku sejarah diselak,habis semua dalil diguna.Bukan saja agama ,nabi pun disamakan dengan perjuangan komunis.Begitulah teruknya khawarij terpaksa bersilat semata mata mahu buktikan mereka dipihak yang benar.Yang haram pun dihalalkan.Begitulah bentuk lacuran politik menghalalkan cara oleh khawarij PAS.
Makin lama isu ini dibahaskan,makin bagus,rakyat diluar sana makin nampak kebobrokan khawarij PAS. Alhamdulilah rakyat sudah dapat kenal siapa sebenarnya anjing suruhan DAP.
Siapa masih menyokong komunis adalah bodoh - Khay Kim
IPOH 9 Sept. - "Kami polis negara ini, bukan polis British."Itu penegasan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana menyifatkan Muhammad Indera Kompeni yang terbabit dalam kes serangan Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.Beliau berkata, Malaya tidak pernah dijajah dan bukan koloni British seperti India, Ceylon dan beberapa buah negara di Afrika tetapi merupakan negeri-negeri dimiliki raja-raja Melayu.''Macam mana Muhammad Indera boleh jadi wira negara kerana PKM berjuang untuk meletakkan negara kita di bawah kuasa kawalan Komunis Antarabangsa di Moscow, Rusia dan kawalan Komunis di China.''Mereka yang menyokong perjuangan komunis juga menyokong perjuangan untuk mewujudkan Indonesia Raya dan Melayu Raya," katanya pada Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar anjuran Institut Darul Ridzuan di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.Selain Hanif, tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim; bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam terlibat sebagai ahli panel pada wacana itu.Pendapat Hanif disokong oleh Kay Kim yang menyatakan bahawa orang yang menentang polis dengan alasan menentang penjajahan tidak boleh dianggap sebagai hero.''British tidak pernah menjajah Malaya tetapi mengadakan perjanjian dengan raja-raja Melayu untuk membantu menjalankan pentadbiran tetapi kedaulatan adalah pada raja-raja Melayu.''Menyerang balai polis bermakna menentang kerajaan Tanah Melayu yang pada masa itu ditadbir oleh British," katanya.Kay Kim juga berkata, siapa yang masih menyokong komunis adalah bodoh kerana komunis bukan sahaja sudah lenyap di Rusia dan China, malah kedua-dua negara tersebut sudah beralih kepada kapitalis.''Jangan salahkan (sepenuhnya) Mat Sabu, tetapi rakyat mesti guna akal untuk menilai dan sistem pendidikan kita mesti dikemas kini," ujarnya.Sementara itu, Ramlah berkata, sekiranya orang mengatakan polis pada masa itu sebagai tali barut British, maka mereka itu adalah tali barut komunis.Katanya, sekiranya PKM berjuang menentang penjajahan, kenapa mereka tidak menyokong kemerdekaan negara pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963.''Ini kerana PKM berjuang untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu, malah ada fakta menunjukkan Tanah Melayu hendak dijadikan jajahan ke-20 Parti Komunis China,"
No comments:
Post a Comment