Azizan Tai Chi Kantoi Bernafsu Pakai Mercedes
Tidak sampai 24 jam pendedahan kami mengenai kereta mercedes mewah MB Kedah, hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Utara, MB Kedah sudah mula membuat penafiannya.
MB Kedah kelihatan cuba memperbodohkan Rakyat dengan penafiannya. MB Kedah menafikan kereta Mercedes KCK 8 bukanlah kereta rasminya sebaliknya kereta itu didaftar atas nama individu.
Nampaknya Ustaz Azizan bukan sahaja bernafsu besar sebaliknya kaki kelentong juga. Yang kami dedahkan bukan Mercedes bernombor plet KCK 8sebaliknya KCX 8. Pendedahan kami siap dengan 3 gambar yang jelas dengan paparan nombor plet (Rujuk posting CTS di bawah). Jelas Ustaz Azizan sudah kantoi!
Pergh! Penulis sangkakan selama ini MB Kedah, Menteri Besar negeri kelahiran Penulis adalah seorang MB yang terbaik di antara MB-MB Pakatan yang lain. Selama ini selain dari sifat "chege" (pemarah) nya, Penulis tidak nampak apa kekurangan yang ada padanya. skandal dan gossip jauh sekali.
Namun maklumat yang Penulis dapat amat mengejutkan. MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang Rakyat Kedah mesra memanggilnya Ustaz Azizan membuat satu kejutan besar. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan telah membeli kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM600,000.
Rupa-rupanya ulama-ulama PAS bernafsu juga ye hendak memakai kereta besar? Nombor plet satu digit pulak tu! Sebenarnya tidak salah nak pakai kereta apa sekalipun asalkan ianya datang dari titik peluh sendiri. Masalahnya kereta berkenaan dibeli dengan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya takut hendak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir namanya tu!!!
Cucu Tok Selampit
Nik Aziz pakai, kau nak juga. Berkebajikanlah sangat kan. Kantoi malu..
Cucu Tok Selampit
Nik Aziz pakai, kau nak juga. Berkebajikanlah sangat kan. Kantoi malu..


No comments:
Post a Comment