Friday, 16 September 2011

HARAP KEPUTUSAN YANG BETUL.....

MANSUH ISA DAN 3 AKTA LAIN. POLITIK ATAU BENAR-BENAR ISU KESELAMATAN.

adakah tindakan kerajaan menghapuskan ISA dan 3 undang-undang lain adalah berlandaskan kepada fakta atau  strategi politik meraih populariti undi.

lepas aku menilai hujahan dan cadangan pembentangan fakta jelas kelihatan tindakan yang dilakukan semalam tampak lebih cenderong menari dalam mencari populariti undi.

selama 12 kali pilihanraya umum, dan yang terbaru pada mac 2008 dasar kerajaan BN yang meneruskan undang-undang ISA sebenarnya telah dipersetujui oleh majoriti rakyat (sebut pengundi BN).

jika benarlah ISA dan 3 undang-undang itu dilihat zalim, aku berkeyakinan pensil yang digunakan oleh pengundi untuk menolak kekejaman ISA dan 3 undang-undang lain sudah lama berlaku.

jika ISA dan 3 itu zalim, BN sebenarnya boleh terlungkup awal terutamanya pada ops lalang 1987.

najib kata dia mendahulukan rakyat.
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

rakyat yang bagaimana yang wajar didahulukan oleh sebuah kerajaan yang mempunyi majoriti undi rakyat ?

pada pru 2008 BN memperolehi undi sebanyak 4,082,411.
manakala pakatan pula memperolehi undi sebanyak 3,797,464.

dalam istilah demokrasi dan pertarungan demokrasi, menang satu undi sudah dikira punyai kuasa dan boleh membentuk kerajaan yang dipilihan secara majoriti.

jelas pada pru 2008, rakyat tetap memilih BN walaupun pada saat itu dikandung badan BN masih aktif pengimplementasian undang-undang ISA dan 3 yang lain.

bukan setakat itu, malah sejak pru 1955 hinggalah 2008 majoriti pengundi tetap setia memilih BN walaupun undang-undang ISA terus diimplementasikan sepanjang tempoh BN mentadbir.

aku ulang sekali lagi, jika undang-undang ISA dan 3 yang lain itu zalim di mata rakyat, dah lama BN terlingkup.

kerajaan pada masa ini dilihat lebih fokus pada gegak gempur minoriti penyangak dalam malaysia.

ISA zalim. itu dan ini. mereka menyalak pada laman-laman web yang semestinya antai pada kerajaan.

sayang kehendah minoriti lebih menjadi intipati rakyat diahulukan.

bagaimana pula dengan majoriti undi rakyat yang menyokong dasar ISA dan 3 yang lain ? kenapa hak majoriti ini tidak dipandang serius oleh najib.

silap perkiraan politik semalam.
sungguh silap.

menyangka menghapuskan ISA dan 3 yang lain boleh mendatangkan undi adalah strategi yang cukup silap.

pada pru 2008, rakyat memprotes kerajaan BN adalah kerana protes poket. protes kenaikan harga barang dan kenaikan kos kehidupan.

inilah fakta sebenar mengapa BN ditolak oleh pengundi, bukannya pada isu ISA dan 3 yang lain.

ISA dan 3 yang lain mahu dihapuskan bukan berdasarkan kepada kehendak rakyat yang majoriti,sebaliknya kehendak 2-3 penyangak politik yang tak sudah-sudah mahu mencabar hak yang sudah tersedia termaktub dalam perlembagaan.

muka hishamudin semalam penuh dengan kepuasan. puas kerana tak perlu lagi menanggung beban tekanan politik negara.

elok benar rasanya KDN dibubarkan ,sejajar dengan penghapusan ISA dan 3 yang lain.

tindakan semalam adalah mencari populariti undi sahaja, tak lebih dari itu. 

kesihan majoriti rakyat yang sokong BN kerana pengimplementasian ISA.

No comments:

Post a Comment