Saturday, 10 September 2011

INI KITA BUAT PERHIMPUNAN BARU BETUL......................

6% Cukai Harus Di Kaji,Telco Jangan Tekan Rakyat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicdGy_DWl4lFr-IzeKvik7ZUbwpP27YiP7zXXF4QoPl6g7Vajv0kgmSRASjLRJpP2_y7jPV8p7YZzMXir0E0hPVlLx-fjFtzdPowPUf47qWDBooRuduFsq6ggJQpd5y0PN7QMGLsfuyyc/
KITA melihat syarikat telekomunikasi agak keterlaluan dalam isu cukai 6%,mereka memperolehi keuntungan berbillion ringgit,keuntungan atas angin saja dah mencecah jutaan ringgit dengan charge ada yang dikenakan secara keterlaluan.

Mereka sepatutnya menyerap charge cukai 6% daripada merentap daripada poket pengguna.Pelbagai charge dikenakan,ada yang langsung tak munasabah,perkhidmatan mereka adakalanya begitu buruk dan tak memuaskan hati sebaliknya pengguna dikenakan harga yang mahal.

Jika wang ratusan juta dibuang untuk tujuan pengiklanan,mengapa mereka tidak boleh pula menyerap cukai sebanyak 6% daripada menekan pengguna?

Tambahan,dah nama pun pra bayar rata rata yang mengunakan plan ini bertujuan untuk berjimat
.

Kata Dato Seri Najib, kerajaan tak pernah luluskan permohonan syarikat telco untuk mengenakan caj 6% utk topup prepaid & pek permulaan .


PUTRAJAYA 9 Sept. - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.

"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.

"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.

Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
aku yakin mereka tidak hairan dengan teguran kerajaan....isu astro pun tak selesai.....harga tetap naik....pecayalah....mana pejuang seperti pas dan pkr seta dap dalam masa ini????????????? buat la perhimpunan...bukankah ini juga satu penindasan terhadap rakyat?????????????// 


No comments:

Post a Comment