PAS dan Anwar main teloq masa dalam kerajaan

Awat tak tukaq sejarah yang mereka persoalkan masa tu
“PAS pernah berada dalam Barisan Nasional (BN) pada tahun 1970-an dan seharusnya telah mengambil langkah untuk meneliti aspek sejarah, yang kini menjadi pertikaian, sekiranya mereka merasakan adalah perkara yang tidak kena ketika itu.
“Mereka pernah ada dalam kerajaan yang memerintah (sebagai parti komponen). Mereka ada peluang untuk berbuat demikian.”
Itu antara pandangan yang dilontarkan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berhubung tanggapan bahawa parti pemerintah menulis sejarah mengikut kelebihan ruang yang ada pada mereka.Shamsul Amri juga turut menyentuh mengenai kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu.
“Datuk Seri Anwar juga pernah ada dalam kerajaan, menjadi menteri berkenaan pelajaran… yang mengawal sukatan pelajaran. Beliau seharusnya telah membetulkan keadaan itu jika merasakan ada yang tidak betul,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malaysian Insider.
Bagi pensyarah antropologi dan sosiologi itu, saranan pihak tertentu supaya fakta sejarah kemerdekaan ditafsir semula tidak perlu disambut kerana tafsiran sejarah sebenarnya hanya “persepsi semata-mata” dan tiada apa-apa untuk diteliti semula.
“Apa nak diteliti semula? Apa hendak diperkatakan? Apa yang ada untuk diperkatakan lagi? Tiada apa-apa…
“Apa yang dikatakan sekarang ialah kenyataan ahli-ahli politik… yang ini akan berterusan, macam api dalam sekam, boleh berterusan… ia satu kitaran kenyataan, akan terus wujud,” katanya.
“Jadi, saya melihat sebagai satu kitaran isu. Itu sahaja,” kata beliau sambil menegaskan, isu yang timbul sekarang tidak harus dilihat secara “literal” semata-mata.
“Anda tidak boleh terlalu literal dalam isu ini. Ini adalah (soal) politik dan mengenai politiking. Apa sahaja dan semuanya akan digunakan untuk mendapatkan kepentingan politik.
“Umpama bidalan dalam bidang kewartawanan! Anjing gigit orang bukan satu berita, tetapi orang gigit anjing adalah berita besar,” kata bekas pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu ini.
Mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung status Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, Shamsul Amri berkata, Mohamad telah bertindak sebagai seorang timbalan presiden sebuah parti politik dengan memberikan kenyataan sedemikian.
“Kini beliau ada segala tumpuan (media dan bukan media)… jadi, apa yang sepatutnya telah dilakukan oleh Umno adalah… mengatakan ini adalah sejarah, tinggalkan sebagai sejarah… berhenti di sana,” katanya. -TB
No comments:
Post a Comment