Konspirasi mekanik bodoh dari RPK si penipu II

Dalam tulisan kami di sini, kami timbulkan isu RPK seorang penipu yang sudah berkali-kali ditangkap memberi maklumat yang salah dan memalsukan dokumen. Senarainya berikut:
1. RPK tidak berani dedahkan gambar Rosmah berada dalam majlis bersama anak yatim di Tabung Haji ketika malam Altantunya dibunuh pada malam Oct 19.Kali ini, kami guna switch tertentu dan dapatlah kami publisiti percuma di Malaysia Today dari RPK.
2. Laporan perubatan Pusrawi dalam pemeriksaan Saiful didapati di mahkamah adalah dokumen tipu dan juga surat akuan diberitahu Dr Osman adalah tangan pemfitnah dari PKR.
3. Siri Sarbaini yang mana teori dibunuh sungguh tak lojik kerana tingkap itu tidak membolehkan seorang berdiri di ledge tingkap. Ini satu lagi kantoi big time.
4. Membantu dan menyiarkan dari blog lain fitnah Rosmah membeli cincin RM24.
5. Konspirasi editor-editor nak bermesyuarat di tengah pandangan ramai di Le Meridien.
Dia menyiarkan jawapanbalas.
Banyaklah alasan dia mengenai perjalanan hidupnya. Pandai dia spin untuk menjustifikasikan dirinya sebagai seorang yang tidak berpelajaran tapi kononnya intelligent. Betulkah dia intelligent jika perlu memutarbelit fakta, membuat dokumen palsu, dan cabut lari dari undang-undang untuk menyakinkan orang ramai?
Dalam RPK ingat dia intelligent, kami yang dianggap RPK sebagai blogger pro-UMNO yang tidak ada class dan tidak sepandai dirinya pun berupaya tunjukkan pembohongannya.
RPK kata dalam isu cincin RM24 juta, dia ulang kata itu bukan artikelnya. Oh gitu jawabnya ... artikel fitnah dan bohong dimasukkan dalam Malaysia Today dan dia kata bukan tanggungjawabnya?Sayang sekali ... datonya orang hebat. Cucu negarawan Raja Uda Raja Muhammad rupanya orang tidak bertanggungjawab dalam apa yang dikata, ditulis dan disiarkan dalam Malaysia Today.
Dari mana Raja Petra agaknya disalah didik? Atau inilah hasil pendidikan orang putih yang konon lebih supreme dari cara Melayu yang sentiasa di pandang hina olehnya. Cara Melayu tidak aggresif macam Melayu yang sering defensif. Cara didikan orang putih yang terus label kami sebagai spin dan dituduh pro UMNO blogger yang dibayar.
OLeh kerana dia jual maruahnya dan pernah nak blackmail Najib dan Rsomah duit, dia ingat semua orang sama macam dia. Takpe ... kita boleh tuntut dipandang mahsyar.
Masaalahnya RPK ni bukan ada moral. Dia tuduh dan fitnah orang sesuka hati. Dia buat huru hara sesuka hati Apa dia tulis dan siar pun dia tidak bertanggungjawab. Jadi kita balas hujahnya dan berserah saja pada tuhan untuk pembalasan.
RPK kata dia tak percaya gambar Rosmah kerana dinner berlaku dalam pukul 8 malam hingga paling lambat pun pukul 12 dan selalunya VIP dah habis pukul 11 malam.Katanya, pembunuhan berlaku antara "midnight to dawn". Macam mana dia tahu ia berlaku pada masa itu?
Dia main agak-agakkah?
Baiklah kita main fakta. Berikut diambil dari pertuduhan kes Altantuya:

Tertulis dari pukul 10 pm Oct 19 ke 1am Oct 20hb. Dari mana dia dapat maklumat midnight to dawn?
Setakat court proceeding, pakar forensic tiada pula dibincang dimahkamah masa yang tepat. Sila baca blog PRESENT POWER POINT sini
Adakah dia bersama Azilah dan Sirul menembak dua das dan memasang bom C4 di macam-macam bahagian mayat Altantuya?

Ekoran RPK membuat kenyataan dalam interview di TV3 bahawa dia kata dia tidak tuduh Rosmah atau Najib, nampaknya penulisannya bersungguh berbunyi "doubt creating" yang masih mahu menuduh Rosmah.
Dalam tulisannya Let’s send the Altantuya murderers to hell, ada sembilan perenggan hasutan.
Dia belum tarik balik artikel tersebut dan ngaku dia salah kerana dia masih berdendam dengan Dato Shafee Abdullah. Sepatutnya dia salahkan orang Tengku Razaleigh seperti Nik Azmi dan John Pang serta orang Anwar, Din Merican yang telah perangkapnya. Kenapa dia perlu salahkan Shafee?
Bagi RPK yang pernah berangan nak jadi peguam, a person is innocent until proven guilty. Kami The Unspinners tak sebodoh itu untuk nak godeh odometer kereta untuk buktikan Rosmah tidak bersalah. Tanggungjawab RPK sebagai penuduh untuk buktikan.
Sayang sekali dia cabut lari dan bersandiwara menuduh institusi kehakiman macam stail Anwar. Dan macam Anwar, dia nampak macam orang bersalah melarikan diri.
Jika RPK tidak ada bukti dan hanya nak salahkan orang lain (sila lihat sini dansini) bagi tuduhan yang dia tidak boleh buktikan (itu dipanggil burden of proof), dia hanya memalukan nama baik datoknya yang merupakan seorang negarawan, Raja Uda Raja Muhammad.
Padanlah The Star pernah laporkan rakan-rakan PKR berkata demikian:
PKR vice-president Tian Chua, meanwhile, cautioned Barisan Nasional against trusting Raja Petra, saying the blogger was capable of making an about-turn in a matter of hours.Baru isu nombor 1, agak-agak beranikah dia menjawab pembohongan isu-isu nombor 2, 3 dan 5.
“If I were from Barisan, I wouldn't trust him,” said Chua, who claimed Raja Petra might make another about-turn in the next few days or weeks.
Another PKR vice-president, N. Surendran, shrugged off Raja Petra's explanation as “not important and carries little weight.”
No comments:
Post a Comment