Tuesday, 6 September 2011

SIAPA MAT INDERA???????????????????

Menjawab spin Mat Indera untuk selamatkan Mat Shabu2


Spin yang pihak Pakatan rakyat guna ialah Mat Indera pernah di iktiraf kerajaan Johor dan Berita Harian. Berasaskan ini, UMNO nak dituduh sebagai berbalik-balik cakap dalam mengkritik Mat Indera sebagai komunis.

Tiada isu berbalik cakap, Mat Indera banyak dosanya walaupun dia pernah jadi guru ugama dan berjuang di bawah API menentang penjajah. Penglibatannya dalam PKM tidak boleh diperkecilkan kerana dia dipergunakan PKM untuk agenda yang tidak memihak kepada agama bangsa dan tanahair.

Berikut kami ambil sedutan dari tulisan Prof Dr Ramlah Adam:
Bagi Mat Indera dan PKM, ini (serangan balai polis Bukit Kepong) adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu.

PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain.

Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang.

Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.


Terpengaruh

Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat.

British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British.

Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.

PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British.

Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus.

Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.
Sebelum ini, Skrewkuat sini ada menulis:
Elok rasanya pimpinan PAS yang celik sejarah mengkaji sejarah perjuangan komunis pasca pendudukan Jepun di Tanah Melayu waktu itu sebelum menilai siapa tali barut atau barua British pada waktu tersebut. Sila baca buku bertajuk Sejarah Perjuangan Kita oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy pada tahun 1955;
"Dengan terkejutnya Jepun menyerah diri kepada pihak Berikat; maka di antara dua semangat yang bertentangan tadi mudah sahajalah menjadi subur dan bernyala, sementara di pihak orang Cina pula didorong oleh rasa hendak membalas dendam kepada orang-orang yang menjadi pegawai dan kakitangan Jepun yang telah melakukan kezalimannya di masa Jepun itu. Dan serentak dengan itu berdirilah kerajaan Bintang Tiga selama kira-kira tiga minggu."
Turut baca juga tulisan Skrewkuat, Siapa Mat Indera?

Pasti Mat Shabu2 tak tahu ini semua. Dia belajar Food Tech, Faculty Applied Science di ITM tapi pelangkong tahun pertama. Science tak tahu, sejarah lagi tak tahu.

No comments:

Post a Comment