Khalid Samad ditauliah gereja untuk licik macam dakwah Kristian
Apabila Khalid Samad bakal didakwa di Mahkamah Syariah Kelang pada 24 September nanti kerana mengajar agama tanpa tauliah, manakala Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman pula ditarik balik tauliahnya, maka PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa mencari satu isu.
Tujuannya untuk menekan JAIS, memalukan MAIS sekaligus menyentapkan DYMM Sultan Selangor selaku ketua agama Islam di Selangor di mana MAIS berada di bawah baginda.
Khalid Samad membuat gempar dengan menuduh MAIS cuba menggulingkan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.
Konon-kononnya MAIS telah berpakat atau berkonspirasi dengan beberapa buah NGO Islam, malah turut membabitkan beberapa orang dari Pejabat Peguam Negara ketika mengadakan satu mesyuarat rahsia pada bulan lepas untuk membincangkan penggulingan Khalid Ibrahim yang baru sahaja sepenggal menjadi Menteri Besar Selangor.

Baca seterusnya di Malaysian Insiders SINI

Khalid Samad sebenarnya sedang mempertahankan Gereja Methodist Damansara Utama. Pada masa yang sama. Pada masa yang sama, dia juga berusaha mempertahankan Mat Sabu yang kelihatan teruk kena bantai dari segala arah, sekaligus menelanjangkan keintelektualan sebenar Mat Sabu yang 'nil'.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu masih lagi tidak berpuas hati kerana JAIS berjaya membongkar 'sindiket' yang memurtadkan umat Islam. Katanya, JAIS bersikap terburu-buru kerana mengambil laporan daripada 'orang yang tidak dikenali' dan lantas membuat pemeriksaan.
Sekalipun memang terdapat 12 orang yang pada kad pengenalan mereka tertulis perkataan 'ISLAM' walaupun ada sebahagian daripada mereka enggan mengaku beragama Islam, perkara itu bagi Khalid Samad tidak penting. Penting baginya adalah undi kaum Kristian dan bukan Melayu tidak lari.
Namun kalau anda perhalusi kata-katanya, dia ternyata sedang menuduh seseorang berada di belakang MAIS untuk menggulingkan Khalid Ibrahim.... dengan menyatakan, 'diharapkan tiada sesiapa dari kalangan PAS'... barangkali anda sudah boleh meneka siapakah orangnya yang dimaksudkan oleh Khalid Samad itu.
Flying Kick

Sejak ditauliah untuk tazkirah di gereja, Khalid Samad perlu faham dia tidak boleh pula tazkirah di masjid. Lupa banyak dia sejak asyik defend orang nak murtad.
DIa lupa bahawa orang yang nak jatuhkan Khalid dah terang memang Azmin Ali, Apa pula nak salahkan JAIS, MAIS, Sultan dan UMNO?
Mungkin juga permainan politik ala licik gereja berdakwah yang diguna Khalid Samad ini berniat dengki mahu membunuh kerjaya Dato Dr Hassan Ali yang akan dihubungkaitkan dengan JAIS, MAIS. Bukan nak defend mulut murai itu tetapi nak tunjukkan hati budi Khalid Samad.
Selain itu, suara Khalid Samad menampakkan suara orang takut yang perakui Selangor akan tumbang, maka mereka nak pre-empt lah.
Kakitangan kerajaan tahu kerajaan negeri dah kering kontang tak ada duit dikerjakan DAP dan Khalid Ibrahim hanya tunggul. PBT turut kering kontang dikerjakan mereka.
Baca di MPP sini.

No comments:
Post a Comment