Friday, 16 September 2011

TENTU UNTUNG......

Adakah pengundi kembali ke BN dengan mansuhkan ISA?


Kejutan oleh Najib malam ini yang diwar-warkan sebelum ini rupa-rupanya berkaitan ISA. Najib umum pemansuhan terus ISA dan akan diganti dengan dua undang-undang baru yang akan digubal selepas ini. Tapi pada masa yang sama Najib umum akta kebebasan berhimpun diperketat dengan larangan sama sekali demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun akan diberi dengan syarat dan norma-norma antarabangsa...

Perghh! Pengumuman ini sudah pasti mengejutkan terutama Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puak-puak yang selama ini nak sangat ISA dihapuskan supaya mudah nak menghuru-harakan negara. Tapi nyata Najib tak bodoh sebab walaupun ISA dimansuh, dua akta baru akan digubal untuk memastikan usaha-usaha subversif kepada bangsa dan negara dapat dihalang. Maknanya hapus satu akta buat pula dua akta barulah!

Tapi aku percaya pemansuhan ISA serta beberapa akta lagi yang selama ini diguna pakai untuk memastikan keselamatan negara terjamin akan disambut dengan berbelah bahagi di kalangan rakyat. Sudah pasti ada yang gembira dengan khabar ini dan tidak kurang juga yang bimbang keadaan negara menjadi semakin parah selepas ini.

Pun begitu aku percaya walaupun Najib telah mengikut kehendak suara pembangkang yang mahu ISA dihapuskan, mereka tetap tidak akan menerima dengan mudah dan sudah pasti akan disusuli dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan serangan lain terhadap Najib, UMNO dan kerajaan BN. Biasalah, otak pemikiran pembangkang di Malaysia apa sahaja yang dilakukan kerajaan tidak pernah baik di mata mereka, waima mengikut kemahuan mereka sekali pun.

Sudah pasti mereka akan menuduh Najib cuba memancing undi khususnya kaum Cina dengan memansuhkan ISA dan akta darurat atau mereka akan melemparkan provokasi bahawa PRU-13 akan dilangsungkan bila-bila masa susulan keputusan pemansuhan ISA tersebut.

Manakala tidak kurang juga yang bimbang bahawa selepas ini pelbagai tuntutan gila dan tidak masuk akal akan dibuat oleh pembangkang dengan harapan Najib menjadi "lembut hati" dan akhirnya menerima segala kemahuan mereka.

Walau apapun aku melihat keputusan Najib memansuhkan ISA tidak akan mengurangkan serangan pembangkang terhadap beliau, isterinya, UMNO dan kerajaan bahkan aku percaya pembangkang dengan dikepalai oleh Anwar akan mencari jalan untuk memperlekeh dan menidakkan usaha murni Najib itu.

Tapi sekurang-kurangnya keputusan itu membuatkan Anwar dan pasukan konspirasinya akan pecah kepala memikirkan strategi baru untuk memperlihatkan kelemahan pentadbiran Najib, meyakinkan rakyat terhadap perjuangan pembangkang dan jalan untuk ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment