Monday, 1 August 2011

TUJUAN SAMA CUMA CARA BERBEZA....

PAS TEWAS BERHUJAH DITANGAN RAKYAT MALAYSIA !

Orang PAS: Apakah kerajaan yg ditunjangi UMNO-BN sekarang menurut Qoran dan Sunnah seperti yang sedare jelaskan itu? Apakah penggunaan riba dalam sistem ekonomi malaysia, penganjuran pogram hiboran melalaikan anak muda baik di TV, jomheboh itu sunnah? Apakah berPMkan Najib yg ahli keluarga beliau tidak menutup aurat itu sunnah?




Orang PAS: Kemungkaran paling besar kerajaan umno-bn ialah tidak memahami kalimah syahadah lantas tidak mengikut Qoran dan Sunnah. Apakah saudara boleh menyokong dan berbangga dengan kerajaan jenis ini?

Orang PAS: Eloklah saudara jangan memutar belitkan perkataaan Qoran dan SUnnah semata-mata mahu menyokong kerajaan umno-bn yang saudara sendiri maklum TIDAK mengikut Qoran dan Sunnah pun; baik sistem pemerintahan negara dan keluarga mereka sendiri.

My Reply:

Saya faham saudara sangat hairan bin ajaib kenapa saya tidak mengkritik pemerintah sebagaimana sy mengkritik PAS. 

Untuk pengetahuan saudara, saya konsisten mengatakan bahawa perjuangan PAS dan UMNO adalah perjuangan mendapat dan mengekalkan kuasa. PAS dan UMNO seumpama dua pasukan bola sepak yang berebut bola dan cuba mengekalkan bola dalam jagaan agar tidak terlepas kpd pasukan satu lagi. PAS dan UMNO adalah dua parti politik yang berentap dalam gelanggang demokrasi.  

Sistem demokrasi yg diamalkan di Tanah Air kita ini adalah tinggalan pemerintah British yang menganugerahkan kemerdekaan kpd Tanah Melayu pd tahun 1957 dahulu kala.

Dalam sistem demokrasi, parti politik akan beradu undi semasa pilihanraya. Parti2 politik dgn bijak akan menggunakan isu2 yang dijangka dapat menarik undi seramai yang mungkin dgn harapan dapat majoriti yang besar dan dapat mandat untuk menjadi pemimpin2 yang memerintah negara.
Dalam sistem demokrasi, pemilihan ketua dibuat oleh semua orang termasuk orang yang suka agama atau tidak suka agama, orang baik atau orang jahat, orang islam atau orang bukan islam. Dalam erti kata lain, semua layak memilih ketua. 

Sebagai contoh, satu negara A yang mempunyai penduduk 100 orang rakyat jelata. Jika 80 orang rakyat negara itu ialah terdiri orang yg tidak suka agama, orang islam yg liberal orang yang suka seks bebas, orang yg berfahaman agama plurisme, orang suka liwat, orang yg suka kacau anak bini orang, orang kafir yg menentang islam. Dan sebaliknya, 20 orang sahaja orang islam yg taqwa & suka mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Maka, dalam pilihanraya negara A akan pasti diketuai oleh orang yg memiliki majoriti drpd 80 orang tadi.

Sebaliknya dalam negara islam yg tidak menggunakan sistem demokrasi yg wujud semasa zaman Rasulullah saw dan Khulafah Ar-Rasyidin berbeza cara memilih ketua negara dan pemimpin. 

Pemilihan ketua berdasarkan taqwa dan yang benar2 memiliki kualiti memimpin. Siapa yang paling taqwa, bijaksana, tegas tapi tidak sombong, lembut tapi tidak lemah, pemurah tapi tidak boros, berjimat tetapi tidak bakhil akan dipilih jadi pemimpin. Semasa di Mekah dan Madinah, Nabi saw jadi ketua. Selepas ketiadaan Rasulullah saw, pemilihan Abu Bakar dibuat oleh 2 sahabat besar yakni Umar r.a & Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. Apabila mereka berdua berbaiah dgn Abu Bakar r.a sbg Khalifah, barulah semua orang islam terima Abu Bakar r.a

Begitu juga yg berlaku semasa pemilihan Umar r.a ketika menjelang kematian Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a telah mengarahkan 6 orang sahabat2 ulung memilih diantara mereka berenam yang paling layak dipilih jadi ketua berdasarkan kualiti2 tadi. Dan jelas nyata antara yg 6 tadi, umar lah yg menepati ciri2 kualiti pemimpin yg disebut tadi.

Jadi pemilihan ketua di negara islam spt zaman Rasulullah & Khulafak Rasyidin dibuat oleh sebilangan orang taqwa sahaja. Berbanding dlm sistem demokrasi yg mana semua orang layak memilih.

Oleh krn sejak sebelum merdeka hingga sekarang, sebilangan orang taqwa yg wujud zaman Rasulullah & Khulafak Rasyidin belum ada maka dengan kehendak Allah jua, pemilihan ketua spt zaman kegemilangan islam 1400 tahun dulu belum dapat diamalkan lagi sehinggalah ke suatu waktu bila orang islam kembali kpd ajaran islam yg sebenar seperti yang ditinggalkan oleh Rasulullah. 

Maka, pada waktu itu Allah akan suka atau redha dgn umat islam dan kegemilangan islam kembali spt yang nabi saw sebutkan bahawa selepas islam cemerlang dizaman aku, ia akan kembali mundur dan islam akan kembali bangkit dari timur.

Maka dengan kehendak Allah jua, semasa negara kita diberi kemerdekaan hinggalah sekarang negara kita masih lagi amalkan sistem demokrasi dlm menentukan pemerintah negara ini. Memang saya akui bhw pemerintahan di Malaysia belum lagi seperti pemerintahan di zaman kegemilangan islam dahulu krn Allah berbuat demikian krn janji Allah mengangkat pemimpin yg taqwa apabila wujud sebilangan orang taqwa sbgmana yg Allah sebut dlm Quran:

Surah AnNur:55

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

Selagi amal orang islam lebih kurang sahaja seperti sekarang, yang nampak beragama pulak hanya pada rupa shj, orang yg rupa agama & cakap agama shj tetapi hati mahukan dunia, kuasa, harta spt orang dunia lain, maka selagi itulah pemimpin yg taqwa tidak akan Allah datangkan kpd kita. 

Kerana Allah sudah bgtau kita dlm quran bhw Allah lah yg menaikkan kerajaan & Allah yg menurunkan kerajaan. Jadi, pemimpin yg Allah tentukan naik sekarang adalah bergantung kpd amal orang islam. Allah akan angkat & turunkan pemimpin berdasarkan amal orang islam. Lebih baik amal orang islam, lebih baiklah pemimpin yg Allah akan kurniakan kpd kita. Lebih buruk amal orang islam, lebih buruklah pemimpin yg Allah akan beri kpd kita.

Sebenarnya dalam ajaran islam sebenar, kuasa tidak perlu diusahakan tetapi kuasa akan dianugerahkan atau dikurniakan oleh Allah kpd orang beriman dan beramal soleh spt nabi saw & sahabat diberi kuasa di Madinah. Nabi saw & sahabat tidak tubuh parti politik spt PAS utk tegakkan islam.

Islam tegak hasil perjuangan Rasulullah saw & sahabat dgn mentaati perintah2 Allah yg terkandung dlm Quran yakni mereka telah mendakwahkan kalimah syahadah kpd none muslim(amalan rukun islam pertama), mereka mendirikan solat sehingga Allah redha. Apabila Allah redha atau suka, mereka dikurniakan kuasa di Madinah. Allah berjanji kurnia kuasa kpd orang2 beriman spt yg Allah janjikan dlm surah AnNur ayat 55 diatas. 

Seperti yg saya katakan diawal tadi bhw PAS dan UMNO adalah dua parti politik yg wujud dalam legacy system pemerintahan negara kita iaitu sistem demokrasi semenjak merdeka. Tujuan berpolitik dlm sistem demokrasi adalah utk dpt kuasa. Dan saya faham tujuan PAS nak libatkan diri dlm politik adalah nak berkuasa dan PAS punya kefahaman ialah dgn kuasa PAS nak tegakkan islam. Inilah tujuan PAS bertempur dgn UMNO dlm sistem demokrasi.

Tetapi, kefahaman perlukan kuasa utk tegakkan islam adalah bertentangan dgn kehendak Allah dan bertentangan dgn apa yang Rasulullah saw & sahabat lakukan. Matlamat awal PAS nak islam tidak cukup kalau CARA tegakkan islam bertentangan dgn CARA yang Rasulullah buat. Islam ialah CARA mentaati perintah Allah dan CARA mestilah sama dgn apa Rasulullah buat. Kalau ingin islam tapi cara tidak sama dgn apa yang Nabi saw buat maka timbul pelbagai FITNAH dlm perjuangan PAS yg memang tidak dpt dibendung lagi dan ditutup lagi yang semua rakyat marhein nampak sekarang. 

PAS telah terlibat dgn banyak fitnah krn gunakan agama dlm perjuangan dptkan kuasa. Allah tidak suruh umat islam usaha dpt kuasa. Allah suruh umat islam taat Allah sehingga Allah redha maka Allah akan kurniakan kuasa dgn rahmatNya. Bila kuasa yg diberi kpd orang beriman dgn rahmat, dgn kuasa itu mereka sebarkan kebaikan dan keadilan. 

Sebenarnya PAS tidak patut gunakan isu agama dari awal penubuhan parti itu lagi krn utk meraih kuasa politik kalau PAS benar2 nak bertempur dgn UMNO dlm gelanggang sistem demokrasi. PAS kena guna isu yg sama spt mana2 parti politik yg berjuang dlm sistem demokrasi spt keputusan PAS dlm Muktamar mereka baru2 ini. 

Tapi PAS kenalah terima celaan drpd pihak lawan parti politik iaitu UMNO krn telah korbankan prinsip agama semata2 nakkan kuasa. Tetapi hakikatnya PAS telah buat keputusan yg betul dalam perjungan parti dalam sistem demokrasi dgn membuang prinsip tubuhkan negara islam. Bila PAS buang prinsip penubuhan negara islam, barulah kena dgn maksud sebuah perjuangan parti politik dlm sistem demokrasi iaitu nak kuasa. 

Namun kerosakan dan fitnah yg berlaku lantaran guna agama untuk dapat kuasa telah benar2 menjadi fitnah kepada PAS. Antaranya, sewaktu dulu PAS mengatakan UMNO kafir bila berkawan dgn MIC dan MCA tetapi sekarang PAS berkawan dgn DAP yang terang2 menentang penubuhan negara islam. Setelah pemerintahan PAS di kelantan 20 tahun, maksiat dan keburukan yg berlaku di Kelantan tidak banyak beza dgn negeri2 pemerintahan BN-UMNO dan lebih teruk setengah2 kes lebih terok lagi.

 Usahlah merasa pemerintahan PAS di Kelantan sudah bagus walhal keburukan dan maksiat sama naik dgn negeri2 lain walhal sudah memerintah selama 20thn. Program melalaikan memang ada di negara ini dan program yg melalaikan juga ada di negeri2 bawah rakan2 PAS spt konsert MTV di selangor, pertunjukan separuh bogel di Penang, kedai jual arak judi wujud di negeri2 bawah PR. Usahlah mengatakan PAS memperjuangkan islam walhal kencut dgn SATU gertakan DAP.

Sewaktu dulu saya pernah diberitahu oleh seorang cendikiawan islam bhw sekiranya PAS-PKR-DAP dpt memerintah malaysia, PAS akan jadi lebih liberal drpd UMNO-BN. Sekarang yakni selepas PRU-12, apa yg dikatakan oleh cendikiawan tersebut ternyata benar dgn apa yg berlaku sekarang. 

Saya berpesan kpd orang PAS yang benar2 ikhlas mahukan tegakan islam, ikutlah jalan Rasulullah saw & sahabatnya iaitu dgn bermula mendakwahkan kalimah syahadah kpd none-muslim & ingatkan orang islam spy taat perintah2 Allah, mendirikan solat dan perintah2 Allah seterusnya sehingga Allah redha, Dia akan kurniakan janji2Nya termasuk kuasa.

Sebaliknya, kalau PAS tak sabar nak kuasa dgn jalan pintas dgn bertempur dlm gelanggang sistem demokrasi, janganlah guna isu agama, janganlah kafirkan sesama islam lagi. Tapi ingat, jalan ini mungkin PAS dpt kuasa suatu hari nanti, tapi ingatlah kuasa yg diberi dgn jalan ini adalah Istidroj. Yang mana bila dapat kuasa, pemimpin PAS akan buat keburukan yg sama spt mana2 ahli politik.

Saya mengkritik PAS krn PAS gunakan agama dlm perjuangan politik utk dpt kuasa. PAS telah buat fitnah dan mengundang mudharat kpd umat islam bila guna agama utk dpt kuasa. 

No comments:

Post a Comment