Friday, 5 August 2011

DUIT RAYA OH DUIT RAYA........

BONUS KAKITANGAN AWAM : NAJIB TAK PAYAHLAH TUNGGU, BAGI JE !

cuepacs dah mintak kerajaan untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam sempena musim perayaan ni.

kata cuepacs, dorang minta 2 bulan bonus iaitu sebelum raya dan selepas raya.

aku nak terus teranglah kepada kerajaan.
mungkin pedih sikit tapi elok kena dengar.

kakitangan kerajaan dah lama tak dapat bonus. kata cuepacs dah masuk 2 tahun.

samada artikel ni korang nak tafsirkan dalam bentuk politikal mileage atau apa terpulanglah.

sejak 2 menjak ni, rakyat asyik dihidangkan dengan pemberian bonus dan intensif itu dan ini oleh kerajaan terhadap felda.

asyik asyik felda.
bila prk ..felda.
bila nak raya felda.

memanglah aku tahu jasa kenangan felda pada najib, tapi pada masa yang sama kerajaan jugak harus melihat poket poket rakyat kebanyakan.

felda satu kelompok masyarakat dalam malaysia je.
itu rezeki doranglah, aku tak kisah.
tapi ada banyak lagi kelompok masyarakat dalam malaysia ni.

politik kat dalam malaysia ni ada unik sikit. pantang kena cuit mulalah nak membangkang. kalau asyik dengar felda je dapat, orang lain pun kerut dahi jugak .

elok benarlah rasanya permintaan cuepacs ni ditunaikan tanpa ada hanky panky.

tak payah cakaplah kita akan pertimbangkan.
tak payah cakapla kita akan bermesyuarat.

dulu setiap kali najib buat kejutan, tak mintak pun 'orang'orang' itu dapat.

jumpa cina dapat gelanggang bola keranjang.
turun kedah bagi duit kat sekolah cina.
turun klang bagi gran kat yayasan cina.
tak payahlah nak bodek dorang ni, tak dapat undi pun.

tak percaya tengoklah kronologi keputusan sepanjang pilihanraya kecil. mmmmm..

kakitangan kerajaan kalau tak silap aku berjumlah 1.2 juta. 
silap aribulan pengundi dalam kakitangan awam ni cecah 1 juta. 

banyak tu. 
jaga dorang ni lagi baik daripada jaga ca ya nun alif.

najib , itu baru aku cakap bab rakyat felda dan rakyat kakitangan awam.

yang kerja swasta macamana nak counter ya ?
takkan nak bagi bonus. pelik bebenor citenya.

kalau nak tolong kakitangan swastu mudah je. kurangkan kos poket seharian dorang.

tak payah cite banyak, tol yang banyak sangat melingkor kat KL dan selangor ni ada yang dah wajib dihapuskan dan dikurangkan.

kurangkan bebanan tol, maka berisi semulalah poket kakitangan awam,swasta dan rakyat felda tu.

nak undi kenalah jaga poket rakyat.

bukan semua pengundi analatikal terhadap isu politik.
separuhnya lebih fokus terhadap isu perbelanjaan ,kos seharian dll.

kalau ini dapat dilakukan aku cukup berkeyakinan pakatan boleh tumbang satu malaysia !

kepada najib, fikir-fikirkan lah.
eh kejap, buat apa nak fikir-fikirkan lah najib ?

buat terus je la.

kakitangan awam dan swasta, korang sokong tak cadangan aku nih ?

No comments:

Post a Comment