Dengarlah Suara Kami Para Blogger Wahai Datin Seri Rosmah Mansor
WEDNESDAY, AUGUST 24, 2011
Kami para Blogger berusaha keras dalam menangkis FITNAH dan berita palsu dari pakatan pembangkang keatas kerajaan terutama isu yang melibatkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Ini kamu lakukan kerana perjuangan yang kami pikul dalam memastikan Berita Sahih dan benar buat rakyat dan membalas Fitnah yang pembangkang lakukan.
Bukan nya ada yang menyuruh kami untuk menangkis Fitnah pembangkang tetapi inilah kewajipan yang kami pikul dalam memastikan kebenaran buat rakyat. yang mana salah kami tegur demi kebaikan negara Malaysia.
Kami sehingga kehari ini masih berfikir mengapa Datin Seri Rosmah tidak mengambil tindakan keatas mereka yang terlibat dalam Fitnah jahat yang dilemparkan keatas beliau. Kenapa hanya selalu menuturkan
"Tak mengapa biarlah mereka"
Kami semua rakan Blogger lain faham bahawa Datin Seri baik hati dan tidak mahu melayan karenah gila yang dilakukan mereka pembangkang ini tetapi dalam memastikan nama baik Datin Seri dan yang paling penting Dato Seri Najib Razak maka seharusnya Datin Seri melakukan sesuatu bagi menjelaskan kebenarannya kepada rakyat.
Tidak ada guna jika kami berhempas pulas menjelaskan kepada rakyat akan Fitnah yang dilemparkan tetapi pihak yang diserang mengambil sikap berdiam diri dan menggangap ianya tidak ada apa apa. Sampai bila nak menghalalkan Fitnah yang mereka lakukan? Tidak kan ianya kelak akan membinasakan kita juga jika dibiarkan?
Kami memetik apa yang Blogg Sanggah Tok Janggut nyatakan:
"Dalam saat beliau diserang atau difitnah bertubi-tubi,ramai yang berharap agar beliau tampil untuk mempertahankan dirinya atau mengambil tindakan undang-undang sebagaimana Rais Yatim mengambil tindakan undang-undang apabila beliau dan keluarganya difitnah.Mereka mahu Rosmah buktikan segala serangan-serangan peribadi terhadap beliau selama ini adalah fitnah semata-mata"
Read More........
Mungkin Datin Seri tidak perasan ataupun telah dimomokkan oleh mereka yang berada disekeliling bahawa isu Fitnah dan cemuhan yang dilemparkan ke atas Datin Seri tidak menggugat Dato Seri Najib. Tetapi bagi kami rakan Blogger yang menyokong kerajaan merasakan setiap isu yang dilakukan oleh pembangkang mestilah dijawap dan jika salah maka tindakan yang seharusnya dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
Dalam politik Malaysia hari ini pembangkang melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa pada PRU 13 kelak. Dan dengan memburukkan nama Datin Seri menjadikan Dato Seri Najib sebagai sasaran yang mana lebih tepat lagi SERAMPANG DUA MATA dilakukan mereka pakatan Pembangkang.
Serangan keatas Dato Seri Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri telah rancak dilakukan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang dan apabila Pak Jib menjawat jawatan Perdana Menteri serangan keatas beliau dilihat pembangkang kurang berkesan kerana keterampilan Pak Jib yang terbuka dan dekat dengan rakyat Malaysia.
Maka sebab itulah serangan bertali arus ke atas Datin Seri dilakukan sehinggakan Kes Liwat, Altantuya, dan macam macam dikaitkan dengan Datin Seri demi membusukkan nama Datin Seri Rosmah dimata rakyat Malaysia.
Dalam Facebook lihatlah sendiri bagaimana Datin Seri dicemuh dan dicaci oleh mereka pakatan Pembangkang ini dan bukan setakat kenyataan yang mereka lemparkan malah Gambar Photo yang diedit turut bersebaran menghasut rakyat Malaysia untuk membenci Datin Seri Rosmah.
Banyak lagi sebenarnya akaun FB yang mencemuh dan menfitnah Datin Seri Rosmah namun tak terlarat Gomo nak Print Screan semua tu untuk dimuatkan dalam artikel ni. Tapi cubalah kalau anda taip nama Rosmah Mansor maka akan ketemui lah akaun Jahat yang Keji lagi hina itu.
Ada akaun yang menggunakan nama Rosmah Mansor dan gambar Datin Seri. Akaun ini kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dan ianya telah mengambarkan kepada pelayar Facebook bahawa Datin Seri yang telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Apa tindakan Datin Seri? Masih berpeluk tubuh tampa sebarang tindakan?
Lihat sendiri bagaimana Gambar Datin Seri dilakukan sedemikian rupa malah ada yang lebih mengaibkan dari ini turut disebarkan mereka ini Pakatan pembangkang. Apakah tidak ada tindakan yang dilakukan dalam hal ini?
Kami para Blogger Pro Kerajaan meminta agar Datin Seri Rosmah mengambil penting apa yang kami suarakan ini demi kebaikan semua terutama suami Datin Seri Rosmah sendiri iaitu Dato Seri Najib Razak. Lakukan lah tindakan dengan seegra demi membersihkan nama Datin Seri dan ajar mereka pembangkang yang biadap ini.
Muka depan Utusan yang telah diedit oleh pakatan pembangkang dengan melemparkan Fitnah keatas Datin Seri Rosmah. Gomo difahamkan bahawa Utusan Malaysia telah melaporkan pemalsuan ini kepada Pihak Polis dan SKMM dan kini Gomo serta rakan Blogger lain menunggu akan keputusan siasatan. Kami mahu mereka yang terlibat ini diheret ke Mahkamah dan dikenakan tindakan tegas.
Kepada mereka yang berada disekeliling Datin Seri Rosmah Mansor pohon sampaikan kebenaran kepada beliau dan usahlah melaporkan berita yang tidak benar sama sekali. Anda tahu apa yang berlaku dan jangan disimpan pekara sebenar kepada beliau.
Kami para Blogger akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini. Namun apa guna perjuangan yang kami lakukan hari demi hari tidak disambut oleh mereka yang ada didalam kerajaan dan pemimpin atasan.
Psssttt....Hakikatnya Pembangkang akan terus menyerang Datin Seri Rosmah.....percayalah










No comments:
Post a Comment