Monday, 22 August 2011

BIAR JADI ABU....


TOP NEWS ... Anwar Ibrahim Bakal Panggil BEKAS PEMIMPIN PKR sebagai Saksi Wajib Esok !

Esok merupakan perbicaraan hari ke-2 minggu terakhir bulan Ogos 2011. Anwar Ibrahim nyata cukup gentar untuk berhadapan dengan soal balas pendakwaraya apabila mengambil keputusan untuk memberi keterangan melalui kandang tertuduh.

Pendakwaraya tidak boleh menyoal balas tertuduh jika memberi keterangan dari kandang tertuduh. 

Perbicaraan pagi tadi cukup jelas menunjukkan Anwar Ibrahim hilang kredibiliti dan bacul kerana: 

1) Takut disoal balas oleh Pendakwaraya.
2) Takut untuk memberi keterangan bersumpah. 

Persoalannya ... siapa yang bakal dipanggil untuk menjadi saksi wajib disebelah pihak Anwar Ibrahim? Mati hidup semula Anwar Ibrahim tidak akan memanggil Ezam, Rahimi, Datuk Nalakaruppan, Zahid Mat Arip sebagai saksi wajibnya.

Wan Azizah? Nurul Izzah? juga hilang kredibiliti sebagai saksi alibi berikutan keyataan rasmi yang bercanggah dimana Anwar Ibrahim berada pada ketika itu.

Apapun yang penting ... Anwar Ibrahim mengaku dan mengesahkan kehadiran melalui rakaman video oleh forensik. Kehadiran untuk tugas mesyuarat bersama Ibrahim Yaacob.

Umur politik Anwar Ibrahim bakal berkubur tidak lama lagi ... 

No comments:

Post a Comment