Nampaknya khawarij PAS dan seluruh kepimpinan Islam dinegara ini harus meminta maaf kepada exco kapir Selangor dan juga pihak gereja. Kita semua tahu konsep Malaysian Malaysia,Pluralisme dan liberal harus dipraktikkan,harus di amalkan sebelum pakatan benar benar menjadi pemerintah pusat satu hari nanti.
Proses kebebasan agama adalah sebahagian keadilan yang saksama didalam IFC, maka mana mana individu berhak menentukan agama pilihan mereka dan tidak terikat didalam apa apa undang undang yang menghalang kebebasan.
Kita harus memberikan pujian kepada pihak PAS yang benar benar terbuka didalam hal ini,mereka lebih faham apakah makna kebebasan beragama dinegara ini.Mana mana pihak yang menghalang proses dakwah agama lain harus dihukum.
Apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?Ini semua kerja Umno la....
Kisanya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.
Jadi apa yang berlaku?
Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.
Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.
Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.
“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.
Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.
Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.
Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.
Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?”
Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.
“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini. -AgendaDaily
Pisau kata " ini semua kerja Umno la,isk memang rasis"

No comments:
Post a Comment