Lembu Oh Lembu Yang Untung Tian Chua Jugak
Busuk hati dan akan mempergunakan apa sahaja dalam memastikan peniaga Melayu Gulung tikar. Itu lah modus operandi pakatan Pembangkang sekarang yang kita dapat lihat terjahan demi terjahan yang mereka lakukan demi memastikan undi kaum Cina menyebelahi mereka.
Gomo nak nyatakan sedikit mengenai isu Fitnah Pakatan Pembangkang yang menyatakan Projek Ladang ternakan Lembu ataupun dikenali dengan nama Pusat Fidlot Kebangsaan yang mana dibangunkan oleh Syarikat National Fidlot Coporation Sdn Bhd syarikat 100% milik Bumiputera.
"Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA).Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur.Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.
Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC. Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.
Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar. -dipetik dari House PK
Dalam rujukan yang diberikan diatas kita telah jelas bahawa Projek Ternakan Lembu tersebut adalah projek yang mana menghasilkan daging lembu buat rakyat Malaysia. Malah dalam kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa Syarikat National Fidlot Coporation mendapat Pinjaman dan bukannya Wang yang diberikan begitu sahaja kepada mereka.
Untuk makluman Projek Lembu ini sebenarnya amatlah bagus untuk rakyat Malaysia khusunya orang Islam itu sendiri. Daging yang ada hari ini dipasaran kebanyakkan nya adalah diimport dari India yang mana harga yang dijual di Malaysia ini sekitar RM20 ke 25 sekilo. Tahukan anda berapa harga yang dijual sebelum sampai ke Malaysia?
Untuk pengetahuan semua daging yang ada dipasaran yang datang dari India adalah hanya sekitar RM5 ke 8 sahaja. Namun akibat dikuasai oleh mereka tauke tauke cina yang sudah memonopoly Business pembekalan daging ini maka harga yang sampai sudah melambung tinggi.
Projek Lembu yang diusahakan oleh NFC ini adalah bertujuan untuk mematikan langkah Tauke tauke Cina yang memonopoly pembekalan daging lembu dipasaran tempatan dan seterusnya memberikan rakyat Malaysia harga yang terrendah berbanding sekarang dan juga memastikan proses penyembelihan dan sebagainya adalah terjamin halal serta mutunya juga terbaik.
Jadi pembangkang merasakan projek Lembu ini Rugi dan sebagainya adalah tidak tepat kerana apa yang diusahakan telah terbukti berjaya walaupun Syarikat NFC menghadapi kesukaran demi kesukaran yang amat nyata dalam masa mereka membangunkan ladang Fidlot Negara.
Sebenarnya ramai orang Melayu tidak sedar bahawa banyak barangan keperluan kita telah dimonopoly oleh tauke Tauke Cina besar yang mana mereka selalunya sesuka hati menaikkan harga barang bekalan kepada peruncit dan peniaga. Ini bukan sahaja berlaku dalam isu jualan daging lembu malah melibatkan banyak barang makanan dan juga barangan lain.
Orang Melayu sepatutnya berasa bangga bila ada syarikat yang cuba menutup monopoly kaum Cina dalam bidang makanan sepertimana yang NFC lakukan. Kita inginkan barang yang berkualiti dan terjamin halalnya dan bukan kita beli dan masak serta makan tampa mengetahui proses yang berlaku di India dimana Daging Lembu yang kita makan ini diimport dari sana.
Gomo tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli dari PKR ini adalah tidak lain membantu beberapa tauke besar Cina dalam bidang makanan Daging ini. Malah ianya juga merupakan peluang buat mereka dalam memastikan rakyat termakan hasutan mengenai projek ternakan Lembu yang diusahakan oleh Syarikat Melayu.
Tapi dalam tak sedar sebenarnya mereka ini telah menjadi barua kepada tauke Cina yang tamak Haloba dan berniat jahat dalam memastikan Melayu akan kekal sebagai Kuli sahaja dan tidak berupaya menyaingi mereka dan mereka yang akan memonopoly segala galanya yang ada dalam Malaysia.
Semoga kita rakyat Malaysia membuka minda dalam hal halus yang berlaku ini. Projek NFC Gagal? Laporan Audit jelas menunjukkan projek tersebut tidak gagal sebaliknya ianya lewat sedikit sepertimana yang dilaporkan dalam laporan diatas.
Psssttt..... Bila Melayu buat maka semuanya akan dikatakan tak betul, Cina buat ladang babi berebut puak pakatan ni Sponsor.
No comments:
Post a Comment