SMBJ (11): Retorik Demokrasi Dalam Buku Jingga
Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.Ulasan
Jika dikaji secara teliti, proses yang sedia ada sebenarnya telah mencukupi dan amat telus. Keperluan mendapatkan kelulusan Parlimen sebenarnya adalah proses yang panjang dan akan menghasilkan keputusan yang sama kerana parti yang memerintah adalah suara majoriti di parlimen. Kenapa perlu membuang masa atau menyukarkan prosedur yang sudah pun mudah?
Ini semua hanyalah janji-janji manis retorik politik kononnyauntuk menunjukkan mereka lebih terbuka. Hakikatnya di Selangor dan Pulau Pinang mereka bermaharajalela di mata, bersultan di hati dalam membuat pelbagai keputusan termasuklah melantik kroni-kroni mereka menduduki GLC negeri.
SMBJ (10): Ulasan-Ulasan Demokrasi Cap Ayam Buku Jingga
Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Jingga berjanji untuk mengadakan Pemisahan Kuasa dengan:
Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
Ulasan
Kerajaan telah menggubal Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) pada tahun 2009 bagi menjamin kebebasan dalam perlantikan hakim-hakim. SPK merupakan sebuah badan yang akan menyelaras serta mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai hakim sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri bagi dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.
SPK akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri untuk di bawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan bermesyuarat bagi menentukan perlantikan Hakim. Nama-nama yang dicadangkan oleh SPK akan dipertimbangkan sebelum diterima oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Suruhanjaya ini mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan Perlembagaan Negara agar setiap kandungan mengenai perlantikan hakim tidak akan dicabul serta bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang pencabulan hak mereka.
Sehingga kini kerajaan dan Perdana Menteri belum pernah membantah perlantikan mana-mana hakim yang dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada YDP Agong. Malahan peranan PM dalam perlantikan hakim-hakim tidak ubah seperti "posmen" yang hanya menjadi penyampai cadangan perlantikan daripada suruhanjaya kepada YDP Agong.
Buku Jingga juga berjanji untuk menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.
Ulasan
Insitusi Parlimen adalah sebuah badan berasingan dari kerajaan selaku eksekutif. Parlimen selaku penggubal undang-undang, badan kehakiman selaku pelaksana dan Kabinet, adalah pihak eksekutif selaku pentadbir negara. Perjalanan Parlimen di negara ini hampir sama dengan negara-negara demokrasi dalam komanwel yang lain termasuk United Kingdom.
Malahan jika dilihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan juga tidak membuat sebarang perubahan yang mereka laung-laungkan untuk menjamin ketelusan dan kuasa timbang tara.
Sungguhpun ada perubahan dirancang dan di buat di Selangor ia hanyalah merupakan perubahan kosmetik yang mencerminkan pergelutan kuasa antara parti-parti pemerintah - PKR dan DAP.
Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) ditukar nama kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) tanpa sebarang kepentingan yang signifikan kecuali untuk mencatatkan nama Teng Chang Kim sebagai penukar nama DUN kepada DNS.
Teng juga mahukan Dewan Negeri Selangor dijadikan entiti baru yang beliau mempunyai kuasa lebih besar daripada Speaker sebelum ini dan juga bakal menghakis kuasa DYMM Sultan Selangor.
Dari segi keuntungan kepada rakyat dan demokrasi ia tidak membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya, jawatankuasa-jawatankuasa DNS masih lagi sama seperti jawatankuasa Parlimen di mana pihak kerajaan mempunyai wakil majoriti dan menjadi pengerusi jawatankuasa.
Ini hanya untuk menunjukkan DAP juga berkuasa di Negeri Selangor bukannya demi demokrasi yang lebih baik atau "check and balance" yang diuar-uarkan.
Jika benar mahu melaksanakan perubahan ke arah ketelusan dan pendemokrasian yang lebih unggul seperti janji buku Jingga, maka sewajarnya perubahan-perubahan tersebut di buat di peringkat negeri yang mereka telah kuasai dahulu. Beranikah mereka membenarkan pembangkang di Selangor mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa di dalam DUN?
Buku Jingga berjanji untuk menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
Ulasan:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sememangnya bertanggungjawab kepada parlimen kerana setiap suruhanjaya ini dikehendaki mengemukakan laporan tahunan kepada parlimen.
Malahan SPRM misalnya turut mempunyai jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.
Semua kes yang telah selesai siasatan dan tidak akan diambil tindakan di bawa kepada jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh wakil kerajaan, pembangkang dan badan bukan kerajaan.
Jawatankuasa ini akan menilai dan mempunyai kuasa untuk mengarahkan SPRM menyiasat semula jika mereka dapati siasatan asal lemah dan tidak terperinci. Sehingga hari ini tiada wakil rakyat pembangkang yang berada dalam panel ini tampil menyatakan perjalanan jawatankuasa penilai ini gagal menjalankan tugas mereka atau SPRM tidak patuh kepada pandangan mereka.
Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.
SMBJ (9): Janji-Janji Demokrasi Munafiqun
Janji Buku Jingga
Ulasan
1. Kerajaan tidak pernah mewujudkan sebarang tabung kepada mana-mana parti politik pun bagi tujuan berkempen dalam pilihanraya.
2. Kalau benar Pakatan mahu melaksanakannya, apa kata buat dulu di negeri Selangor? Sekarang ini pun di Selangor peruntukan hanya di beri kepada ADUN Pakatan sahaja. Dulu janji jika memerintah semua ADUN tak kira parti dapat. Sekarang apa "cer"? Penipu tetap penipu!
Janji Buku Jingga
Ulasan:
Ketika ini kerajaan sudah pun mempunyai undang-undang yang lengkap untuk menghukum dan membanteras kesalahan berkaitan pilihan raya iaitu yang jelas tertakluk di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan bertanggungjawab berkaitan isu rasuah tidak mengira ketika pilihanraya atau sebagainya.
Masalahnya, bolehkah Pakatan terima jika tindakan diambil ke atas mereka? Janganlah berjanji nak buat macam-macam undang-undang kalau diri sendiri terang-terangan buat bertentangan dengan apa yang dijanjikan.
Dalam pilihan raya kecil di DUN Galas, Mursyidul AM Pas terang-terangan memberi wang kepada pengundi di sana atas alasan wang zakat.
Apa agaknya akan berlaku jika tindakan di ambil ke atas Parti Pas dan kemenangan dibatalkan? Memali 2?
Nyata sekali janji-janji demokrasi dalam Buku Jingga hanyalah untuk orang lain tetapi bukan untuk mereka. Jika belum memerintah berani merasuah secara terang-terangan seperti ini apakah akan mereka lakukan jika mereka menang?
Anda nilai sendiri mereka ini ikhlas atau munafiq?
Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum.
Ulasan
1. Kerajaan tidak pernah mewujudkan sebarang tabung kepada mana-mana parti politik pun bagi tujuan berkempen dalam pilihanraya.
2. Kalau benar Pakatan mahu melaksanakannya, apa kata buat dulu di negeri Selangor? Sekarang ini pun di Selangor peruntukan hanya di beri kepada ADUN Pakatan sahaja. Dulu janji jika memerintah semua ADUN tak kira parti dapat. Sekarang apa "cer"? Penipu tetap penipu!
Janji Buku Jingga
Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.
Ulasan:
Ketika ini kerajaan sudah pun mempunyai undang-undang yang lengkap untuk menghukum dan membanteras kesalahan berkaitan pilihan raya iaitu yang jelas tertakluk di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan bertanggungjawab berkaitan isu rasuah tidak mengira ketika pilihanraya atau sebagainya.
Masalahnya, bolehkah Pakatan terima jika tindakan diambil ke atas mereka? Janganlah berjanji nak buat macam-macam undang-undang kalau diri sendiri terang-terangan buat bertentangan dengan apa yang dijanjikan.
Dalam pilihan raya kecil di DUN Galas, Mursyidul AM Pas terang-terangan memberi wang kepada pengundi di sana atas alasan wang zakat.
Apa agaknya akan berlaku jika tindakan di ambil ke atas Parti Pas dan kemenangan dibatalkan? Memali 2?
Nyata sekali janji-janji demokrasi dalam Buku Jingga hanyalah untuk orang lain tetapi bukan untuk mereka. Jika belum memerintah berani merasuah secara terang-terangan seperti ini apakah akan mereka lakukan jika mereka menang?
Anda nilai sendiri mereka ini ikhlas atau munafiq?
SMBJ (8): Kuasa Lebih Utama Dari Keadilan Untuk Rakyat
Janji Buku Jingga
Ulasan:
Ini merupakan agenda untuk membentuk persepsi kononnya kerajaan yang ada hari ini memerintah tanpa mendapat majoriti suara rakyat.
Kerajaan tidak boleh sesuka hati membuat perubahan kepada persempadanan kawasan undi kerana proses persempadanan perlu dilakukan berdasarkan prinsip persempadanan dan formula luas kawasan. Ia mengambil kira jumlah pemilih bahagian dan jumlah pemilih negeri berdasarkan 3 kategori iaitu pemilih di bandar, separuh bandar dan pemilih di luar bandar.
Hakikatnya, BN masih mengungguli undi popular. Malahan UMNO merupakan parti terbesar mendapat undi popular. Jadi adakah kerajaan hari ini tidak mewakili suara majoriti rakyat?
Kriteria yang telah ditetapkan mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual 13 Perlembagaan ialah:
i- Pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
Kawasan Puchong mungkin mempunyai pengundi seramai 79 ribu orang berbanding Parlimen Kinabatangan hanya mempunyai pengundi 12 ribu orang. Namun seorang wakil rakyat dalam parlimen Puchong boleh menghabiskan hanya separuh hari untuk mengelilingi kawasan puchong berbanding wakil rakyat Kinabatangan yang terpaksa mengambil berminggu untuk menghabiskan pusingan di kawasannya. Malahan bagi kawasan yang jauh lebih pedalaman di Sabah dan Sarawak ada wakil rakyat terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk habis mengelilingi kawasannya.
Jumlah pengundi yang ramai dalam Parlimen bandar tidak memberi kesan kepada perkhidmatan wakil rakyat kerana kepadatan dan juga pengangkutan yang cekap. Namun untuk memberi perkhidmatan di luar bandar, wakil rakyat bukan sahaja berhadapan dengan kekangan keluasan kawasan, masalah jalan pengangkutan tetapi juga keperluan masyarakat luar bandar yang lebih banyak.
Pengundi di bandar tidak bergantung banyak kepada wakil rakyat mereka berbanding dpengundi luar bandar. Di luar bandar, wakil rakyat bukan sekadar hadir sidang Parlimen tetapi juga perlu hadir pelbagai acara masyarakat dan juga bersedia dihubungi oleh pengundinya pada bila-bila masa. Daripada masalah kewangan, kehilangan ternakan, bantuan ke universiti dan juga membantu mencari kerja semuanya dihujani kepada wakil rakyat di luar bandar.
Ada wakil rakyat di Kedah dikejutkan tengah malam oleh penduduk kampung untuk mengadu kehilangan lembunya. Justeru beban wakil rakyat luar bandar lebih besar berbanding wakil rakyat dalam bandar seperti Puchong.
Justeru cadangan untuk menyamaratakan jumlah pengundi di semua kawasan parlimen tanpa mengambil kira kedudukan muka bumi dan keperluan rakyat setempat menunjukkan sikap penting diri Pakatan untuk menang pilihan raya bukannya untuk membantu rakyat.
Adakah adil kita terus memberi sokongan kepada mereka yang bukan sahaja mementingkan diri untuk berkuasa sehingga sanggup menidakkan hak pengundi luar bandar mendapat perkhidmatan yang lebih cekap?
Lebih serius adakah wajar kita terus mengundi wakil rakyat Pakatan yang jelas tidak malu-malu berbohong dan mewujudkan keraguan tanpa sebab kepada kalangan rakyat?
Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

SMBJ (7): Utopia Keadilan Media Massa Buku Jingga
[SMJB - Siri Menjawab Buku Jingga a.k.a Siri Meliwat Buku Jingga]
Janji Buku Jingga
Janji Buku Jingga
Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil, tempoh kempen yang munasabah serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
Ulasan
1. Tiada keadilan liputan media dalam mana-mana sistem demokrasi. Pengamal media massa mempunyai kepentingan, kecenderungan dan pandangan tersendiri. Justeru liputan bergantung kepada kepentingan mereka. Lihat sahaja cara Malaysiakini membuat liputan yang kadang-kadang bukan sahaja memihak malah berbohong untuk memihak kepada parti yang mereka sokong.

Di Amerika Syarikat, media massa juga mengambil langkah menyokong calon dan parti tertentu menjelang pilihan raya. Sokongan ini kemudiannya menentukan bagaimana mereka membuat liputan ke atas sesuatu calon atau parti.
Di United Kingdom juga akhbar atau media massa memihak kepada parti yang mereka anggap boleh membantu kemajuan negara atau mungkin kerana perasaan peribadi para pengamalnya,. Contohnya dalam pilihan raya 1992, The Sun UK secara terbuka berkempen menyokong parti konservatif. Apabila konservatif menang, akhbar tersebut tidak segan silu mengaku bahawa ia merupakan kemenangan The Sun.
Namun persoalan yang lebih penting adakah kita percaya Pakatan akan memberi lebih ruang kebebasan kepada media arus perdana membuat liputan yang tidak memihak kepada mereka jika ia memerintah?Lim Guan Eng enggan membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan sidang akhbarnya kerana akhbar tersebut tidak memihak kepada beliau.
Jika benar Pakatan mengamalkan kebebasan media yang wewenang, mengapa harus dihalang wartawan Utusan dari menghadiri sidang akhbar beliau dan juga sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang? Dakwaan Utusan tidak berlaku adil kepada beliau atau salah lapor mengenai kenyataan beliau hanyalah alasan biasa ahli politik.
Jika tidak mempunyai kuasa sudah mencari pelbagai cara menghalang media membuat liputan, apakah kita akan percaya orang yang sama akan mengamalkan kebebasan media, jika beliau mempunyai kuasa menghalang dan menekan media agar mengikut telunjuk beliau?
Lihat sahaja beberapa sidang akhbar Anwar Ibrahim apabila isu yang dibangkitkan wartawan tidak memihak kepada beliau:
Lagipun semua orang sudah tahu rekod Anwar menguasai media massa melalui Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah. Ketika itu editor media massa utama yang tidak meyokong beliau (bukan parti pun) pasti akan berhadapan pelbagai masalah dan diadakan bermacam masalah untuk mengeluarkan editor-editor ini. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Zainuddin Maidin (Utusan) dan Kadir Jasin (NSTP). Kedua-dua mereka kerana dianggap orang Mahathir maka terpaksa berhadapan dengan segerombolan konsco-konco Anwar. ZAM disingkirkan dari Utusan, manakala jawatan Kadir dikecilkan.
2. Tempoh berkempen bagi sesuatu pilihan raya tertakluk kepada peraturan yang mengambil kira keadaan semasa dan setempat. Ia akan diputuskan oleh pihak SPR. SPR sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sesuatu keputusan berhubung tempoh kempen kerana SPR juga perlu memastikan bahawa tugas mereka dapat dilaksana dengan cekap dan lancar.
Lagi pun Pakatan telah berkempen selama lebih tiga tahun sejak habis pilihan raya lalu. Setiap minggu, dan setiap bulan ada sahaja ceramah perdana. Apakah ini tidak cukup lagi?
Apa lagi yang mahu diterangkan kepada rakyat sehingga memerlukan masa kempen pilihan raya yang begitu panjang dan menyebabkan banyak kerja kerajaan tidak dapat diselesaikan kerana Parlimen dibubarkan dan kerajaan merupakan caretaker government?
Pembangkang yang tidak mempunyai banyak kerja hanya memikirkan keseronokan berceramah dan berpenglipur lara menghiburkan hati rakyat. Sedangkan untuk membangunkan negara ini banyak masa perlu diperuntukkan untuk pentadbiran dan mencari pelaburan, jika tempoh kempen mengambil masa berbulan-bulan, apa akan terjadi kepada pentadbiran negara dan masa depan rakyat?
3. Pilihan raya tidak telus tapi Pakatan rampas dua negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang? Jika pilihan raya tidak telus lebih baik BN bagi Pakatan menang negeri yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang banyak. Malangnya kerana pilihan raya ini dijalankan secara telus dan terbuka, maka BN terpaksa menerima kekalahan lima negeri kepada Pakatan juga hilang majoriti 2/3.
SMBJ (6): Momokkan Demokrasi Buku Jingga
Janji Buku Jingga
Sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil: Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Ulasan
1. Mengapa mahu dipaksa orang ramai mendaftar sebagai pengundi? Adalah hak rakyat sama ada mahu mendaftar atau tidak sebagai pengundi. Tindakan mewajibkan seseorang individu mendaftar dan mengundi juga adalah suatu yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.
2. Pendaftaran automatik tidak dijalankan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat tetap yang tercatat dalam kad pengenalan. Justeru, perkara ini memberi kesulitan kepada pemilih itu sendiri ketika tiba waktu pilihan raya kelak.
3. Penetapan untuk remaja berusia 18 tahun sebagai pemilih adalah suatu yang tidak rasional kerana golongan ini masih berada di bangku sekolah. Mereka tidak layak mengundi kerana rakyat Malaysia di bawah umur 21 adalah ditakrifkan sebagai remaja yang masih di awal usia dan perlu memberi tumpuan kepada menuntut ilmu di sekolah.
Janji Buku Jingga
Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
Ulasan
1. Perlaksanaan undi pos memberi peluang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pegawai yang bertugas di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dalam pada itu, hak mengundi warganegara Malaysia yang berada di luar negara hanyalah kepada anggota kerajaan yang sedang berkhidmat serta pasangan mereka atau pelajar yang menuntut sepenuh masa serta pasangan yang berhak mengundi berlandaskan Perkara 119 (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Pilihan Raya.
Ketika ini juga proses penambahbaikkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sentiasa di laksanakan dari semasa ke semasa. Antaranya adalah dengan menghapuskan nombor siri pada kertas undi serta menggunakan peti lut sinar supaya ia lebih telus tanpa sebarang syak wasangka terhadap proses penjumlahan kertas undi dan sebagainya.
2. Idea dakwat kekal bukanlah idea untuk keadilan mahu pun ketelusan. Hanya beberapa negara membangun menggunakan sistem dakwat kekal ini seperti di beberapa negara Afrika, Indonesia dan India. Indonesia dan India terpaksa menggunakan dakwat kekal sebagai pilihan kerana rakyat yang terlalu ramai dan sistem identiti diri yang kurang baik.
Sebaliknya sistem identiti diri di Malaysia setanding negara maju seperti Singapura, United Kingdom dan United States of America. Kebanyakan negara di dunia ini tidak menggunakan dakwat kekal sebagai tanda dalam pilihan raya.

Isu dakwat kekal ini dibangkitkan hanya untuk momokkan kononnya pilihan raya kita tidak telus.
Apa akan terjadi jika ada pula pihak tertentu menggunakan dakwat kekal untuk mensabotaj pengundi dengan mencalit ke jari sebelum mengundi? Apa akan terjadi jika ada pihak yang mensasarkan golongan tertentu dengan agar tidak mengundi dengan membayar lebih awal agar jari mereka dicalit dakwat kekal sebelum hari pengundian?

Malahan pengundian di kalangan anggota tentera juga disaksikan oleh wakil-wakil parti politik bertanding, sekaligus menolak dakwaan undi tentera dimanipulasi oleh BN.
Logiknya apakah negara-negara seperti England, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Belanda, Jerman, Korea Selatan dan ratusan negara lain yang tidak menggunakan dakwat kekal sebagai elemen pilihan raya dianggap sebagai tidak telus?

SMBJ (5): Buku Jingga Memecah Belahkan Rakyat dan Negara
Janji Buku Jingga
Janji ini hanyalah merupakan satu retorik politik untuk menarik sokongan rakyat Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian Penubuhan Malaysia-Sabah-Sarawak, antara perkara yang perlu dijaga ialah Perlembagaan, agama, bahasa, hak kerakyatan, kerajaan negeri, pelajaran dan gelaran ketua menteri. Tujuan Sabah dan Sarawak mengutarakan perkara tersebut bagi melindungi kepentingan, hak-hak serta kuasa autonomi rakyat Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan rakyat
Menjamin semangat Persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.Ulasan:
Janji ini hanyalah merupakan satu retorik politik untuk menarik sokongan rakyat Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian Penubuhan Malaysia-Sabah-Sarawak, antara perkara yang perlu dijaga ialah Perlembagaan, agama, bahasa, hak kerakyatan, kerajaan negeri, pelajaran dan gelaran ketua menteri. Tujuan Sabah dan Sarawak mengutarakan perkara tersebut bagi melindungi kepentingan, hak-hak serta kuasa autonomi rakyat Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan rakyat
Sangat aneh untuk Pakatan berjanji sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa yang perlu dibuat. Dari satu segi mereka mahukan sebuah negara yang bersatu padu dan menjaga kepentingan semua pihak. Namun dari satu segi lagi mereka mahu memecah belahkan perpaduan rakyat melalui janji-janji khusus kepada Sabah dan Sarawak dan memberi gambaran seolah-olah Kuala Lumpur menindas Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya peruntukan kepada Sabah dan Sarawak diagihkan seadilnya seperti juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan.
Adakah Pakatan mahu menyatakan penduduk Sabah dan Sarawak tidak sama dengan rakyat Malaysia di Semenanjung?

No comments:
Post a Comment