SMBJ (4): ISA dan Darurat
Janji Buku Jingga
Ulasan:
Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
Ulasan:
Tidak relevan lagi kerana telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Malahan YAB Perdana Menteri telah memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan mengumumkan pembebasan ramai tahanan tanpa bicara beberapa minggu lalu.
SMBJ (3): Martabatkan Bahasa Melayu Konon!
Janji Buku Jingga:
Kerajaan Barisan Nasional sememangnya amat serius dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ketika ini Bahasa Melayu wajib digunakan bagi maksud urusan rasmi kerajaan termasuk di Parlimen, sebagai teks sahih undang-undang negara serta sebagai bahasa komunikasi di mahkamah.
Lebih daripada itu sebelum janji buat dulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selangor yang diperintah oleh Pakatan tidak lagi mengutamakan penggunaan bahasa Melayu. Slogan negeri pun menggunakan bahasa Inggeris " Selangor Shine".
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Kerajaan Barisan Nasional sememangnya amat serius dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ketika ini Bahasa Melayu wajib digunakan bagi maksud urusan rasmi kerajaan termasuk di Parlimen, sebagai teks sahih undang-undang negara serta sebagai bahasa komunikasi di mahkamah.
Lebih daripada itu sebelum janji buat dulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selangor yang diperintah oleh Pakatan tidak lagi mengutamakan penggunaan bahasa Melayu. Slogan negeri pun menggunakan bahasa Inggeris " Selangor Shine".
SMBJ (2): Retorik Pakatan Mengenai Agama dan Raja-raja
Janji Buku Jingga:
Ulasan:
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:
Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Ulasan:
Hello Pakatan! Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan manakala Raja-raja Melayu adalah merupakan ketua agama Islam.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan di mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara.
Yang anehnya bagaimana Pakatan mahu mempertahankan agama Islam sedangkan institusi agama Islam di Selangor hari ini dilanyak secukup-cukupnya oleh wakil rakyat Pakatan hanya kerana menjalankan tugas mereka. Tanyalah para pegawa Jabatan Agama Islam Selangor yang sebelum ini rata-ratanya adalah penyokong Pas. Adakah sekarang ini mereka merasakan Islam ditegak dan dipertahankan?
Salah seorang wakil rakyat Pakatan juga sedang berhadapan dengan kes jenayah di Mahkamah kerana menghina Duli Yang Maha Mulis Tuanku Sultan Selangor. Namun sehingga kini wakil rakyat ini tidak digantung mahu pun mendapat sebarang amaran kerana tulisan beliau itu.
Seorang wakil rakyat Pakatan suatu ketika dahulu ketika menjadi pembangkang enggan memakai songkok untuk upacara angkat sumpah ADUN Selangor di hadapan DYMM Tuanku. Sekarang ini menjadi Speaker negeri. Adakah ini orang yang hendak diberi kepercayaan mengotakan janji mereka mengenai Islam dan raja-raja?
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan di mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara.
Yang anehnya bagaimana Pakatan mahu mempertahankan agama Islam sedangkan institusi agama Islam di Selangor hari ini dilanyak secukup-cukupnya oleh wakil rakyat Pakatan hanya kerana menjalankan tugas mereka. Tanyalah para pegawa Jabatan Agama Islam Selangor yang sebelum ini rata-ratanya adalah penyokong Pas. Adakah sekarang ini mereka merasakan Islam ditegak dan dipertahankan?
Salah seorang wakil rakyat Pakatan juga sedang berhadapan dengan kes jenayah di Mahkamah kerana menghina Duli Yang Maha Mulis Tuanku Sultan Selangor. Namun sehingga kini wakil rakyat ini tidak digantung mahu pun mendapat sebarang amaran kerana tulisan beliau itu.
Seorang wakil rakyat Pakatan suatu ketika dahulu ketika menjadi pembangkang enggan memakai songkok untuk upacara angkat sumpah ADUN Selangor di hadapan DYMM Tuanku. Sekarang ini menjadi Speaker negeri. Adakah ini orang yang hendak diberi kepercayaan mengotakan janji mereka mengenai Islam dan raja-raja?
SMBJ (1): Janji dan Tuduhan Liar Buku Jingga
Setelah mendengar pandangan-pandangan dalam Buku Jingga yang diterbitkan oleh Pakatan Rakyat, wajar juga kita mendengar jawapan balas daripada rakyat Malaysia yang menyokong parti pemerintah hari ini. Blog ini akan menerbit puluhan Siri Menjawab Buku Jingga (SMBJ) untuk menunjukan janji Pakatan dalam buku Jingga ini tidak lebih daripada janji politik kosong.
Seorang rakan mencadangkan agar SMBJ dinamakan sebagai Siri Meliwat Buku Jingga. Namun bagi mengelakkan ramai rakyat biasa yang sudah bosan dengan isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauh diri dari blog ini maka nama asal SMBJ dikekalkan.
Dakwaan Buku Jingga
Ulasan:
Seorang rakan mencadangkan agar SMBJ dinamakan sebagai Siri Meliwat Buku Jingga. Namun bagi mengelakkan ramai rakyat biasa yang sudah bosan dengan isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauh diri dari blog ini maka nama asal SMBJ dikekalkan.
Dakwaan Buku Jingga
Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Ulasan:
Sepanjang tempoh lebih 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, BN telah membuktikan pelbagai pencapaian cemerlang dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara. Kadar kemiskinan di negara ini telah menurun kepada 3.8 peratus sahaja pada 2009 berbanding 49.3 peratus pada 1970.
Kadar kemiskinan kaum bumiputera juga telah menurun sehingga ke paras 5.1 peratus sahaja ketika ini berbanding 64.8 peratus pada 1970. Pendapatan bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan paling minimum telah mencatatkan peningkat drastik sehingga 324% pada 2008 berbanding tahun 1980. Kadar pengangguran pula telah menurun kepada 3.2% pada 2007 berbanding 5.8 peratus pada 1984.
Kehebatan Buku Jingga Mengatasi Hukum Allah?
Salam perkenalan kepada semua pembaca. Blog ini wujud semata-mata untuk membincangkan manifesto Pakatan Rakyat yang berjudul Buku Jingga. Buku setebal 29 muka surat ini mengandungi pelbagai janji yang sudah tentu penting untuk kita bahas dan debatkan sebelum mengangkatnya sebagai maha karya agung Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Blog ini akan menerbitkan beberapa pandangan secara harian dalam minggu ini dan kemudiannya menjadi penerbitan bercorak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis setiap minggu.
Kehebatan buku Jingga sudah tampak jelas apabila Pas sanggup melupakan perjuangan Hududnya buat sementara waktu demi "kedaulatan" buku Jingga ini.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ""Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga."
Maknanya ikatan Pas kepada buku Jingga lebih penting daripada perjuangan Pas melaksanakan negara Islam dalam acuannya yang diperjuangkan sejak 1951 dahulu.
Ini menunjukkan Pas serius mahu mempertahankan kehebatan buku Jingga ini biarpun sehingga ke tahap menolak hukum Allah seperti mana mereka dakwa terhadap musuh-musuh politik mereka sebelum ini.
Apakah hukum mereka ke atas UMNO kerana tidak melaksanakan hudud kini terpakai kepada mereka yang dari awal lagi sudah menolak hudud untuk buku Jingga ini?
Kita tinggalkan dulu soal titik bengik ideologi Pas yang tidak lagi mendapat sokongan padu dalam parti sendiri. Blog debatbukujingga.com mempelawa komentar dan pandangan saudara/i di hantar melalui ruang komen yang ada di bawah artikel.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ""Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga."
Maknanya ikatan Pas kepada buku Jingga lebih penting daripada perjuangan Pas melaksanakan negara Islam dalam acuannya yang diperjuangkan sejak 1951 dahulu.
Ini menunjukkan Pas serius mahu mempertahankan kehebatan buku Jingga ini biarpun sehingga ke tahap menolak hukum Allah seperti mana mereka dakwa terhadap musuh-musuh politik mereka sebelum ini.
Apakah hukum mereka ke atas UMNO kerana tidak melaksanakan hudud kini terpakai kepada mereka yang dari awal lagi sudah menolak hudud untuk buku Jingga ini?
Kita tinggalkan dulu soal titik bengik ideologi Pas yang tidak lagi mendapat sokongan padu dalam parti sendiri. Blog debatbukujingga.com mempelawa komentar dan pandangan saudara/i di hantar melalui ruang komen yang ada di bawah artikel.
Mari kita buka satu medan perbincangan yang sihat agar anak bangsa kita tidak menjadi seperti menang sorak kampung tergadai.
DASAR BUKU JINGGA: KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN
Perpaduan dan Keadilan Sosial
Pendidikan
Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
Sistem Persekutuan
Sabah dan Sarawak
- Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
- Menggembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
- Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
- Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada Segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
- Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
- Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
- Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
- Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
- Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
- Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
- Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
- Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.
Pendidikan
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
- Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
- Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
- Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
- Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
- Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
- Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
- Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
- Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
- Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
- Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
- Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
- Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).
- Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
- Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
- Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
- Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
- Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
- Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
- Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
- Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
- Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
- Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
- Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
- Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.
- Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.
- Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
- Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
- Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
- Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
- Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
- Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.
- Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
- Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
- Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
- Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.
- Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
- Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
- Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.
Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
Sistem Persekutuan
- Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
- Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
- Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.
Sabah dan Sarawak
- Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
- Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
- Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
- Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
- Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
- Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
- Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.
BUKU JINGGA: Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
Ekonomi Demokratik dan Telus
Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
Alam Sekitar
Ekonomi Kemahiran Tinggi
Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
- Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
- Menggalakkan warganegara yang profesional dan berkemahiran yang bermaustautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.
Ekonomi Demokratik dan Telus
- Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
- Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
- Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.
Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
- Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
- Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
- Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
- Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.
Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
- Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
- Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
- Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
- Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
- Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
- Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan
Tenaga Kerja
- Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
- Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
- Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
- Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
- Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
- Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
- Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
Jaringan Perlindungan Sosial
- Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
- Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
- Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.
Perumahan
- Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
- Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
- Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
- Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
- Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
- Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
- Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
Prasarana dan Kemudahan Awam
- Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
- Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
- Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
- Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
- Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.
Alam Sekitar
- Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
- Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
- Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
- Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
- Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.
No comments:
Post a Comment