Wednesday, 31 August 2011

DUIT RAKYAT KE?


Layakkah Mat Sbau claim perubatan dari PBAPP?

Kerajaan DAP P.Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. 

LAWAK-LAWAK.................


SOALAN MAUT : AKU TAK BOLEH NAK JAWAP LA SOALAN NI ?!

lim guan eng desak para pengkritik mat sabu (terutamanya daripada kelompok pakatan ) untuk menyatakan pendirian samada mat sabu ni komunis atau islamis ?!

hahaha
sori 
kah kah kah

apa punya soalan la guan eng soal nih ?

tapi arakiannya tidak mustahil kalau para pengkritik mat sabu daripada pas akan bagitau jawapan bahawasanya mat sabu ni fleksibel , kejap boleh islam kejap boleh komunis.

jangan niky ajis  kata mat sabu ni ejen umno dah lah !
kah kah kah

DAH TAK LAMA........


PKR SHAH ALAM BERPECAH, PAS KOTA RAJA BERANTAKAN !

foto di atas adalah barisan exco pakatan selangor dalam sesi bergambar sempena hari raya.

mana pergi hilangnya 2 lagi exco ?
hasan ali takde ?
rodziah ismail pun takde ?

kalau nak ulas pasal hasan ali mungkin ramai dah tahu akan konflik jiwa raganya tatkala berdepan dengan penyangak dalam exco kerajaan negeri.

jadi apa pula halnya dengan rodziah ismail, adun batu 3 di parlimen shah alam ?

kalau nak ikutkan publisiti dan glamer, inilah masanya exco rodziah mengambil peluang untuk menonjolkan keterampilan diri .

kalau korang nak tahu, rodziah memang tak ngam dengan sorang lagi exco kerajaan selangor iaitu yakop sapari.

rodziah adun batu 3.
yakop sapari adun kota anggerik.
ahli parlimennya (shah alam) pula kalid gereja.

dalam pertembungan pemilihan pkr, rodziah telah mencabar yakop sapari untuk merebut kerusi ketua bahagian pkr shah alam.

rodziah kalah dan  malu besar.

pasal dendam dua kumpulan rodziah dan yakop tak pernah padam.

rodziah gunakan alasan yakop bukan ahli pkr shah alam.kempen rodziah kata yakop ahli pkr puchong.

pembunuhan karektor yang dilakukan oleh rodziah telah menyebabkan kumpulan yakop sapari mengamuk lalu melanyak rodziah sampai kalah.

bukan setakat itu.

pertembungan rodziah dan yakop adalah siri kesinambungan dendam lama.

dendam antara puak abim dan jim.

rodziah adalah orang kuat jim.
yakop sapari pulak orang kuat abim.

denga cerita, rodziah takkan terpilih menjadi calon adun batu 3 pada pru ke 13 nanti.

yakop punyai kuasa mutlak di shah alam. berkemungkinan besar yakop akan meletakkan orang kuat nya ( abim) iaitu dr daroyah ataupun adnan jambori sebagai proksi calonnya di dun batu 3.

kalid gereja samad kabarnya sudah berkira-kira untuk cabut lari daripada mempertahankan kerusi parlimen di shah alam.

parlimen yang bakal kalid samad masuk, ialah kota raja.

justifikasinya mudah. nama kalid gereja di shah alam sudah menjadi busuk  dikalangan majoriti penduduk melayu di shah alam.

kalid nak cabut ke tempat yang ada mix pengundi. selamatlah dia.

kalid gereja dikabarkan berjanji kepada YDP pas kota raja yang baru, cikgu jaafar untuk menjadi calon dun pada pru ke 13 nanti.

dengan syarat, cikgu japar buat kerja untuk halau keluar dr mariah, ahli parlimen kota raja sekarang.

kalid gereja calon parlimen kota raja.
cikgu japar calon dun sri andalas.

manakala azmizam akan menggantikan suhaimi shafie di sri muda. suhaimi shafie sudah boleh mengucapkan good bye kepada politik pasal kesnya dengan sultan selangor.

kes kat subang,kapar,klang dll lagi kacau. nantikan ceritanya.

JOM BERENTAP.......


HAAA.. TUNGGU APA LAGI ?!

anwar aljubs kata populariti najib merosot .
itu tanda pengundi beralih kepada pakatan.

PERRGGHH !!

kalau kamu dah konpiden sangat pakatan boleh retain selangor dan takluk putrajaya....

dengan segala hormatnya gerakan anti pkr dan seluruh rakan blogers pro umno desak khalid ibrahim untuk bubarkan segera DUN selangor !

ayuh kita rentap pada pilihanraya negeri !
ayuh ini masanya anwar !
kamu buktikan kebenaran kata-kata kamu !

ahhh... blogers sudah tak tahan menanggung rindu.
bilakan tiba masanya kita beradu.
ayuh bubarkan segera DUN mu.
kita lihat pada realiti siapa yang rakyat pangkah di hari pemilu !

AYUH ANWAR !
AYUH PAKATAN SELANGOR !
APA TUNGGU LAGI !

SAYU.......


Humanitarian Assistance Somalia - Video Mangsa Tembakan Tentera Al Shabab Dirawat Pasukan Perubatan Malaysia

WEDNESDAY, AUGUST 31, 2011

 
Nasib kanak kanak jika tidak dirawat 
segera telinga nya akan dipotong. 


Semalam pasukan perubatan Kelab Putera 1 Malaysia menjalankan misi bantuan kepada pesakit disekitar Bandar Mogadishu Somalia yang mana bantuan diberikan di Hospital Pakar Dar Shifa. 

 
Kaunter Pendaftaran Pesakit 

Mereka yang kurang berkemampuan yang mana hidup merempat turut diberikan rawatan secara percuma dan turut diberikan suntikan vaksin. Turut mendapat rawatan adalah pesakit di Hospital pakar Dar Shifa yang terlantar disana. 

 
Sebilangan Pesakit yang sedang menunggu Giliran 

Untuk makluman Hospital pakar Dar Shifa ini merupakan satu satunya hospital pakar dalam bandar Mogadishu. Walaupun namanya pakar namun tidaklah seperti apa yang tertulis diatas kertas kerana kedaifan menyelubungi hospital tersebut. 

 

Gambar Gambar sekitar di Hospital Pakar Dar Shifa yang mana para Doctor Misi Sukarelawan kelab Putera 1 Malaysia melakukan khidmat mereka kepada para pesakit: 

 

 

 

Hari ini difahamkan para doctor Misi Kelab Putera 1 Malaysia akan merawat kira kira 500 orang mereka yang merupakan pelarian dalam bandar Mogadishu di Hospital Dar Shifa ini. laporan lanjut akan menyusul. 

 

Vide Lelaki ini cedera ditembak tentera Al Shabab 

Betapa untung kita di Malaysia, Hospital kerajaan yang serba lengkap dan canggih hanya mengenakan bayaran RM1 buat para pesakitnya. Jika kes kes Kronik pula harganya adalah amat rendah sama sekali. 

belum lagi kita kira dengan apa yang dilakukan Dato Seri Najib Razak melalui Klinik 1 Malaysia yang ditempatkan dikawasan penduduk padat yang mana ianya memberikan satu khidmat yang baik buat rakyat Malaysia. 

Inilah hakikat sebenar dalam kehidupan, bila kita sampai ke tempat orang baru kita tahu betapa untungnya kita hidup dibumi bertuah Malaysia tercinta. 

Tuesday, 30 August 2011

BILA KEPENTINGAN MENGHALALKAN CARA....................


Mufti Perak - Jangan Takbir. Ini Bukan Raya



Dalil-dalil Yang Digunakan Oleh Para Pendukung PAS Untuk Mensunnahkan Takbir Dalam Ceramah-ceramah agama dan Politik

oleh Abu Numair Nawawi B. Subandi
Dalil-dalil tentang bertakbir yang dikemukakan (oleh para pendukung PAS) tersebut perlu diteliti semula baik-baik bagi melihat kaedah praktiknya yg betul. Supaya jangan hanya tahu bertakbir, tapi tak ketentuan hala kaedahnya.

Di antara dalil yang mereka gunakan adalah sebagaimana berikut:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (beliau menceritakan) bahawa seorang lelaki berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ فَلَمَّا أَنْ وَلَّى الرَّجُلُ قَالَ اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الْأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ
“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ingin melakukan perjalanan (safar), maka berilah aku wasiat (pesanan). Beliau berkata, “Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, dan bertakbir di atas setiap tempat yang tinggi.” Kemudian ketika orang tersebut telah berpaling, beliau mengatakan, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak bumi, dan ringankanlah perjalanannya.”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/336, no. 3367. Kata at-Tirmidzi, hadis ini hasan. Begitu juga al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Memang sahih disunnahkan agar bertakbir apabila mendaki suatu tempat yang tinggi ketika dalam satu-satu misi perjalanan (safar).
Berkata Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma:
كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا
“Jika kami mendaki, maka kami bertakbir, dan jika kami turun, maka kami bertasbih.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/171, no. 2771)

Kemudian hadis berikutnya ini lebih menjelaskan lagi tentang tatacara takbir tersebut. Sama ada dengan suara lantang, atau perlahan.

(Dalam satu ekspedisi Jihad) Berkata Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu:
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وَادٍ هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا ارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ
“Kami bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekiranya kami mendaki suatu lembah (tempat tinggi), maka kami bertahlil dan bertakbir dengan suara yang lantang. Melihat perkara tersebut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:
“Wahai manusia, berlemah-lembutlah terhadap diri kamu, kerana kamu tidaklah menyeru Dzat yang pekak dan jauh. Sesungguhnya Dia berada bersama kamu. Sesungguhnya Dia Maha Menengar lagi sangat dekat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/169, Kitab al-Jihad, no. 2770)

Imam an-Nawawi rahimahullah membuat bab dalam al-Adzkar dengan judul, "Larangan berlebih-lebihan dalam mengeraskan suara Takbir dan seumpamanya."
Kemudian dalam Syarah Shahih Muslim pun beliau ada bawakan (ulas) hadis yang sama. Beliau turut menekankan hal yang sama, iaitu larangan bertakbir dengan suara lantang.
Maka, kesimpulannya hadis yang digunakan oleh para pendukung PAS ni tak kena tempat. Sebab hadis-hadis ini menunjukkan sunnah bertakbir ketika naik atau mendaki bukit. Bukan ketika dalam ceramah atau majlis ilmu.

Dan itupun hendaklah dengan suara yang perlahan, bukan dengan suara lantang dan kuat-kuat.
Malah hadis yang sama turut menjelaskan sunnah ketika turun bukit dengan bertasbih pula. Jadi, adakah boleh menggunakan dalil tersebut utk mensunnahkan melaungkan tasbih dalam majlis ilmu atau ceramah?
Wallahu a’lam.. jelaslah, ini satu bentuk perbuatan yang menyimpang dalam meletakkan sesuatu hadis pada tempatnya. Iaitu salah faham dalam memahami dan mempraktikkan hadis.

Nota:
Saya agak musykil bila mereka (pendukung PAS) menterjemahkan perkataan “شَرَفٍ” sebagai gembira.
Lebih musykil, ia cepat-cepat disambut oleh para pendukung yang lain dengan takbir (seolah-olah memperli orang yang menegur kesalahan PAS dalam bertakbir tadinya). Sedangkan terjemahan pun tak tepat! Mcm mana nk keluarkan atau tsabitkan hukum?!
Lebih mendukacitakan, ustaz-ustaz di hadapan pun mendiamkannya. Lebih-lebih lagi ustaz PAS yang secara membuta-tuli dan siap memperli sinis membela pula para pendukungnya tersebut!
Subhanallah... Hati-hatilah dari beramal di atas kejahilan dan kebutaan. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa memberikan petunjuk kepada kita.
Wallahu a'lam...
sumber:AbuAqi

"kat penang,takbir raya pun depa complain sampai report polis" 


SELAMAT HARI RAYA DAN MERDEKA.......


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada pembaca setia & penyokong blog ,rakan rakan blogger,rakan seperjuangan dan seluruh rakyat Malaysia.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEik-21moq7lYKX4wSmjOZp8uQ8wHRxnvHkg8qzNu1R2mK08prjPVN-4LgS-VLyef8q9v1rWA-rtw4XqJfm1cED8NcZX5NtQ2CI6NwTbloAjO9f9tdtDeqJU66tzev7_PUdy9iQtJndjZ2Wm/s400/Ikhlas.jpg 
 
Sambutlah Syawal bersama saudara dan rakan dengan penuh kesyukuran.Yang darah tinggi ,kencing manis tu jaga sama bab makan nanti sakit pulak.Ada yang nak mulakan perjalanan pulang ke kampung malam ini hati hati memandu,kalau mengantuk berhenti dulu ,ingatlah yang tersayang.



" untung rakyat Malaysia,sambut hari raya dengan makanan melimpah ruah"


TUNGGU LA.......


Akhlak Islam vs Parti Islam


 

Anda boleh lihat bagaimana akhlak khawarij apabila berhadapan dengan Mufti Perak.

 " khawarij PAS kata politik itu agama,sebab tu lah boleh melacurkan agama asalkan matlamat politik tercapai"

JANGAN LUPA MERDEKA............


Menjelang 31 Ogos 2011 ... APA DAH JADI PADA KIBARAN JALUR GEMILANG?!

Sudah semakin hampir detik 31 Ogos 2010, namun jarang sekali dapat kita melihat bayangan dan kibaran Jalur Gemilang berkibar megah di tanah air. Apatah lagi dengan hanya tinggal 1 hari untuk kita menyambut Kemerdekaan, semangat rakyat tampak kian lesu dan lesi.

Media pro kerajaan pun jarang ’highlight’ bulan Kemerdekaan malah iklan sambutan Hari Kemerdekaan muncul sekali sekala menyulam dengan iklan produk-produk lain yang masyuk. Tidak perlu kita melihat media pro pembangkang untuk meniup semangat Kemerdekaan kerana kerja juak-juak ini hanyalah membangkang. Bangkang! Bangkang dan Bangkang!




Roh dan semangat Kemerdekaan sudah semakin pupus dari jiwa sanubari kita. Golongan muda, khususnya langsung hilang minat, semangat patriotik kian pupus. Jika ditanya apakah tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, mungkin 80% gagal menjawab dengan tepat.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Seelok eloknya ’ditransform’ kepala hotak kita ni dulu, untuk menjadi bangsa yang cintakan dan mendaulatkan tanah air. Sudah 41 tema dikeluarkan oleh kerajaan sejak dari tahun 1970 bermula dengan ’Muhibah dan Perpaduan’, namun pengisian ilmu mengenai Kemerdekaan adalah sifar.



Kemenangan Meraikan Kemerdekaan
Hari ini umat Islam sebenarnya meraikan dua perayaan utama; Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Inilah hari kemenangan umat Islam di Malaysia. Kemenangan melawan dari tunduk kepada hawa nafsu dan kemenangan membebaskan bumi bertuah ini dari sebarang bentuk penjajahan.

Bebasnya kita dari belenggu penjajahan British bermulalah episod perjuangan mengisi kemerdekaan ke dalam setiap roh dan jiwa rakyat. Semangat Kemerdekaan terus menerus disemai bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.



Walaubagaimanapun, orang Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui Kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Perjuangan menuntut Kemerdekaan mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda yang masih mempunyai semangat ’pepsi cola’ , hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari Kemerdekaan. Roh dan Jiwa Kemerdekaan masih belum dapat dirasai dan disentap masuk ke dalam hati sanubari.

Sejauh mana rasa bersyukur generasi atau golongan muda ini dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan, hanya sejarah perjuangan itu sendiri sewajarnya direnungkan kembali dengan sedalam dalamnya.

Malangnya, generasi muda yang kononnya bijak pandai ini kembali menagih simpati dan sokongan dari luar negara untuk kepentingan politik yang jumud dan bebal. Mereka ini lebih berkeyakinan bahawa campurtangan juak-juak Yahudi akan dapat meneruskan agenda pemikiran politik yang sempit.

Ingatlah, sesungguhnya golongan terdahulu telah berpenat lelah, bergolok gadai, hidup dan mati berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan sewajibnya golongan muda hari ini memahami dan mempertahankan maruah dan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Bukan menggadai kembali maruah negara!

Cabaran yang kita hadapi pada hari ini lebih hebat dalam mengekalkan momentum perpaduan dan ekonomi dan seharusnya kita mendokong usaha kerajaan dalam mempertahankan negara dari sebarang bentuk penjajahan baru.



Kemenangan Melawan Hawa Nafsu?

Dalam pada umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan isu murtad 12 umat Islam sewaktu mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Sekali lagi Perlembagaan Persekutuan diperolok-olokkan oleh juak-juak gereja di Malaysia.



Lebih menyedihkan lagi apabila ada umat Islam yang mengaku bangsa Melayu turut menjadi talibarut dan mempertahankan gejala murtad dikalangan orang Melayu. Talibarut ini juga menyamar disebalik jubah dan serban bagi mempertahankan pihak gereja semata-mata sokongan dan undi dari bangsa yang tidak mengenang budi.

Mungkin sudah tiba masanya mereka yang telah murtad ditarik kembali hak keistimewaan sebagai umat Islam dan orang Melayu. Golongan ini perlu ditarik kembali hak menjadi wali, hak menerima wang zakat dan segala keistimewaan sebagai kaum bumiputera.



Begitu juga apabila seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang turut bersekongkol menjadi barua kepada golongan komunis demi mempertahankan tuan besar pakatan pembangkang tersebut. Golongan subversif komunis diangkat setinggi langit sebagai pejuang kemerdekaan tanah air ini. Nyawa pejuang kemerdekaan yang terkorban diperlekehkan demi tunduk dan sujud kepada puak-puak chauvinist dan racist ini.

Cukup mudah sejarah ditunggang terbalikkan demi menghalalkan cara dan matlamat untuk berkuasa di bumi bertuah.



Tidak berguna sebenarnya apabila kerajaan telah menghasilkan 41 tema Hari Kemerdekaan dan selama itulah kita hanya setakat membaca dan melihat tema dan cogankata tanpa menjiwai dan memahami roh dan semangat Kemerdekaan itu sebenarnya.

Luangkan sedikit masa untuk memahami dan mendalami tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ’1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’. Dalam apa apa majlis ilmu sekalipun pengisian ilmu cukup penting. Samalah juga seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini. 


Bukan setakat menyambut Kemerdekaan dengan melihat kemeriahan pancuran bunga api di depan TV, berpesta di disko dan pub serta merempit sehingga nyawa melayang tepat jam 12.00 malam. 

TUNGGU PILIHANRAYA 13.......


MAT SABU DAN PAS : PENYUNDAL POLITIK TERAGUNG ABAD INI.


hidup bagai roda. kadang kala di atas kadang kala di bawah.

mat sabu pernah dianggap sebagai ayam sabung pas. kehebatannya berceloteh di pentas ceramah memungkinkan mat sabu diangkat menjadi timbalan presiden pas pada muktamarnya tahun ini.

selama ini mat sabu dianggap neutral dalam memilih hala tuju perjuangan pas.

dalam pas terdapat 2 kelompok yang telah memecahbelahkan pas. kelompok pertama digelar kumpulan ulamak dan kelompok kedua digelar erdogan. 

kumpulan erdogan mula muncul dan semakin berkuasa dalam kepimpinanan pas selepas pakatan memenangi 5 buah negeri dan berjaya mematikan 2/3 majoriti BN di parlimen.

kita seharusnya memperbetulkan semula pengistilahan kumpulan erdogan. nama dan tubuh badan erdogan itu tidak cocok dengan perilaku kumpulan dalaman pas yang selama ini kita gelarkan.

adalah tidak tepat untuk menggelarkan mereka dengan nama kumpulan erdogan tatkala kalimah ALLAH,sokongan murtad,liberalisme diaplikasi dalam sistem saf perjuangan sebahagian pimpinan pas.

wajarlah nama kumpulan erdogan itu ditukar kepada kumpulan attaturk.

baru cocok dengan perilaku dan gambaran sebenar apa yang telah berlaku sepanjang pasca pilihanraya 2008.

dikala 2 kelompok dalaman pas ini saling hancur menghancuri sesama sendiri, mat sabu lebih memilih untuk menyendiri.

dia tidak berminat pada kumpulan anwar (yang dikira baru dalam saf kepimpinan pas) apatahlagi mahu bersengkongkol dengan kumpulan haron taib...sebut dewan ulamak pas yang pernah melanyak idelisme syiah dokongan mat sabu.

kerana menyendiri inilah menyebabkan mat sabu berjaya meloloskan diri lalu memenangi kerusi timbalan presiden pas.

sejak 1999 atau lebih tepat di zaman reformasi, mat sabu boleh dianggap sebagai timbalan presiden pas yang paling bangang yang pernah dilahirkan oleh pas.

inilah masalah dan keterlanjuran penyokong pas.

orang yang pandai berceramah di atas pentas dianggap sudah memenuhi kriteria lalu diangkat menjadi timbalan presiden pas. 

kualiti dan NKRA yang sungguh low class dalam memilih jawatan tertinggi presidensi.

orang ilmuan seperti nasarudin mat isa sayangnya dianggap tidak layak menjadi timbalan presiden hanya berdasarkan faktor persepsi politik dangkal mainan pas. ilmu dan kredibeliti nasa sebagai barisan kepimpinan ulama muda masa depan pas ditolak ketepi.
mat sabu boleh dianggap pelengkap kepada kehancuran pas pasca 2008.

nama mat sabu adalah pelengkap kepada siri-siri nama sundalan politik parti pas yang berjaya merosakkan perjuangan parti seperti kalid gereja samad,nizar bintang 3, dr zulkifli ahmad penjilat tegar anwar, dr hata karburator dung,mahfuz bean,salahudin ayob aka din pudu sentral,husam kambing janapari,mazlan aliman yang gila babi,idris ahmad bohsia dap dll yang tak mampu dinulikkan namanya di sini.

sayang kualiti dan cara penyokong pas dalam memilih timbalan presiden yang hanya berlandaskan kepada faktor hebat berceramah sudah menampakkan kesilapan dan kesalahan paling ketara.

mat sabu telah merosakkan nama yang dibinanya selama ini.

hanya kerana kesumat dendam membara terhadap umno, mat sabu sanggup menafikan bakti dan jasa sekumpulan syuhada bukit kepong dalam ceramahnya baru-baru ini.

terlajak kata badan binasa.

jasa mat sabu ini telah memberikan durian runtuh kepada politikal umno. 

umat islam akhirnya telah difahamkan akan tatacara perjuangan politikal pas.

terus terang aku cakap, kalau pas konsisten sepertimana gerak laku mereka sebelum pru 2008, aku berkeyakinan pas mampu menggantikan umno.

tapi sayang, seribu kali sayang.

ALLAH SWT masih sayangkan melayu atau lebih tepat parti umno.

umno selama 3 tahun ini tidak perlu melakukan damage dan karektor assasinasi politik yang begitu serius terhadap pas.

pimpinan pas lah yang selama ini telah membunuh kredibiliti parti mereka sendiri.

obses terhadap politikal melampau, gaya pemikiran politikal ekstrem,bangkangan politik yang tidak menguntungkan rakyat, penyundalan melampau terhadap institusi islam dan melayu antara faktor besar memungkinkan kehancoran pas pada pru ke 13 nanti.

silap perhitungan pas.
mereka tidaklah sebijak mana.

pru ke 13, pas akan bertembung satu lawan satu dengan umno. faktor sentimen melayu,islam dan kenegaraan menjadi isu utama pengundi memilih parti.

adakah pas mampu menjawap desakan dan persoalan rakyat, bejat politik yang selama ini telah mereka persundalkan ?

kepada umno, kerja kamu nampak mudah..
aku takkan sebut makin mudah.

pkr bagaimana gap ?

jawapan gap. pkr sudah lama mampos dan akan menjadi mendiang pkr pada pru ke 13 nanti !