Dah masuk Oktober, mana hasil penyiasatan Scorpene oleh peguam Perancis?

Peguam hak asasi manusia dari Perancsai berikut dihantar keluar kerana melanggar syarat kemasukkan negara ini. Suaram hebuhlah kata kerajaan sedang cuba menutup mulut di atas salahlaku rasuah dalam pembelian Scorpene.
Baiklah ... dah nak habis bulan September. Suaram janjikan penyiasatan akan selesai dan hasil penyiasatan akan didedahkan pada bulan September? Mana dia hasil siasatan?
Yang ada dikatakan hanya tindakan ini dan itu akan diambil. Polis akan atau sedang siasat. Ini dan itu dah difailakan di mahkamah. Kalau setakat itu, Mat Salleh mabuk pun boleh lakukan.
Apa hasilnya? Apa yang dijumpai? Betulkan tuduhan yang dibuat Tian Chua, Suaram dan lain-lain pihak terhadap pembelian Scorpene. Tak ada apa-apa ... sila ngaku tiada apa-apa?
Dari dahulu kami kata, ini hanya sandiwara.
Entah ya entah tidak, William Bourdon itu seorang peguam Perancis yang dikatakan. Latarbelakangnya bukan sebagai penyiasat rasuah dan lain-lain.
Seperti ditulis Sungai Rapat Online suatu masa, mungkinkah ..
William Bouldon dibayar untuk buat cerita?Seperti Dr Porntip, Dr Brian Macdonald, Dr Wells, Dr Hoogland, dan lain-lain, mungkin William Bordon ini hanya satu lagi pakar orang putih dan orang luar negara yang boleh dibayar untuk berbohong dan mengaburi mata orang ramai!!!!
Difahamkan melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang kononnya yang bakal mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene telah di bayar oleh sebuah parti pembangkang dengan jumlah 5 Juta.
Kenapa bila beberapa individu tertentu di tanya, DAP hanya senyap sahaja ? Di mana 5 juta yang di tuduh diberi sebagai suapan kepada Peguam Perancis supaya datang ke Malaysia dan keluarkan kenyataan yang tidak rasmi tetapi lebih kepada kenyataan seorang peguam ? Ramai yang tanya, adakah Peguam di Perancis sama seperti seorang Hakim ? Adakah Peguam di Perancis ada kuasa untuk jatuhkan hukuman atau ini adalah satu sandiwara DAP supaya dapatkan perhatian rakyat agar impian mereka untuk meenakluki Malaysia dapa direalisasikan?
Di mana 5 juta ? Siapa yang bayar 5 juta ini ? Parti, Kerajaan Negeri, Individu..... Siapa ? Rakyat akan bongkarkan. Semuanya rakyat hendak tahu apa tujuan pembangkang melakukan perbuatan sedemikian.

No comments:
Post a Comment