Friday, 28 October 2011
KATA TAK SAHIH PLAK DAH.....
# dah la tak pernah dengar hadis ni, kena batang hidung kata tak sahih plak dah.........ada komen ka?????
AKU MASIH TUNGGU ADA KOMEN TENTANG HADIS NI.......
Thursday, 27 October 2011
BOHONG SUNAT KATA P RAMLEEE........
Hudud : PAS menipu dan terus menipu!
1- Pernah satu masa dahulu heboh satu Malaysia tentang pentadbiran Pas Kelantan dimana mereka tidak bersedia dan cukup lemah mentadbir dalam hal perundangan. Peristiwa memalukan tersebut di ceritakan semula seperti di bawah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
"Kita tidak mahu perkara yang sama berulang pada kes yang lepas di manamahkamah telah memutuskan hukuman sebat tetapi tidak ada rotan, siapa yang akan lakukan dan juga di mana ia ingin dilakukan. Keadaan ini amat memalukan kita, jadi secara dasar Kelantan sudah bersedia sepenuhnya,"
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.
Orang Kedah kata buat kerja macam teloq-peliaq. Hari ini benda yang sama akan berulang dan telah nampak Pak Lebai Pas yang mentadbir Kelantan akan menjadi pak-pandir dan akan dituruti dengan fitnah jahat mereka kemudiannya terhadap DS Najib. Memang nampak jelas rancangan mereka satu persatu.
2- Mari kita lihat tentang Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), yang baru ditubuhkan Isnin 24 Oktober selepas Mesyuarat Exco Kelantan.
Pertamanya, selepas berdetum-detam 22 tahun baru semalam hendak ditubuhkan Jawatankuasa. Kata sahabat facebooker, Eisa Emillio, itu adalah wawasan 20 Pok Nick, setelah 20 tahun akhirnya tercapai juga lah cita-cita Pok Nick untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal.
Keduanya, baru semalam ditubuhkan dan masih lagi tercari-cari ahli seramai 19 orang, tiba-tiba hari ini telah dibuat keputusan untuk menghantar surat kepada DS Najib untuk berjumpa. Bukan setakat ‘akan menghantar surat’ malah ‘sudah mengutuskan surat’pun.
"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau(Najib) membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan”
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.
Bermakna semalam tubuhkan Jawatankuasa, semalam mesyuarat pertama, semalam cukup korum 19 ahli dan semalam telah hantar surat ke DS Najib. Kalau betul-betul efficient macam ni bermakna telah ada sesuatu yang tidak kena dengan Jawatankuasa Teknikal ini. Nampak benar mereka mengejar tarikh PRU13.
Ketiganya, tujuan utamanya Jkuasa Teknikal ialah, ‘melihat pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada. Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,”
Belum ada kajian, belum ada apa-apa lagi keputusan mesyuarat, surat hendak berjumpa Najib sudah dihantar. Bermakna segala keputusan telah diketahui in-advanced tanpa sebarang kajian. Keputusan telah dibuat oleh Pok Nick bahawa samaada berjaya atau tidak dilaksanakan, mesti berjumpa dengan Najib. Otak cukup-cukup sembelit. Senanglah nanti untuk menyalahkan Najib masa kempen PRU13 nanti. Boleh lah dimaklumkan kepada rakyat Kelantan yang mereka sudah berutus dengan Najib, tapi Najib yang lengah-lengahkan. Najib tak mahu jumpa. Tektik lapuk, lama dan kotor.
Keempatnya, kenapa mesti jumpa dengan Najib. Jawatankuasa Teknikal negeri bukannya atas arahan Najib pun. Jawatankuasa peringkat negeri berjumpalah dengan apa-apa Jawatankuasa peringkat persekutuan atau Kementerian yang bertanggungjawab. Dimanakah peranan Kabinet dan Parlimen. Nampak sangat Pok Nick tergesa-gesa disebabkan PRU13 atau memang Pak Lebai Pas tidak tahu berurusan.
3- Pindaan yang dipohon pindaan dari Pusat ialah kes atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Mana procedurenya? Setelah tidur 22 tahun kemudian semua perkara hendak disiapkan dalan 2 hari. Nampak sangat kelentong politik kampong. Najib bersetuju jumpa atau tidak, ia tetap menjadi bahan kempen PRU13.
BEST GAY FRIEND............
AIDCNews – 27/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.
Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.
Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.
Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).
Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.
“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”, kata Al Gore
Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.
Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk ‘melarikan aset/wang’ miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan.
GIM merupakan syarikat usahasama Al Gore dan David Blood, bekas CEO Goldman Sachs Asset Management.
Al Gore sebagai pengerusi GIM turut melantik penasihat-penasihat antarabangsa, termasuklah, Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB; Jonathan Lash, bekas Presiden World Resources Institute; Mitch Kapor, pakar teknologi maklumat dan aktivis hak asasi; John Doerr, venture capitalist dan Anwar Ibrahim.Anwar dilantik penasihat antarabangsa GIM pada Februari 2005 setelah bermesyuarat semula dengan Al Gore di pejabatnya di One Vine Street, London.
Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, GIM yang dianggotai Anwar telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad
Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Klik di sini
Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Klik di sini
Sejarah persahabatan Anwar dan Al Gore dibina sejak akhir tahun 1990-an, diperteguhkan lagi persahabatannya selepas Anwar berhijrah ke United Kingdom dan AS selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.
Untuk memahami bagaimana konspirasi Anwar, Al Gore dan George Soros dari akhir tahun 1990-an hingga sekarang, sila klik di sini, sini, sini, sini dan sini-aidc
BARU TAU.......
Selamat Hari Depavali Dan Minta Saksikan Video Dalam Kenangan Ini
Kami mengucapkan selamat Hari Depavali kepada seluruh Rakyat Malaysia yang berbangsa India dan berugama Hindu. Semoga Depavali ini memberikan satu pengertian yang bermakna buat anda semua dalam menempuh kehidupan yang berbilang kaum di Malaysia.
Dalam sambutan Depavali ini juga aku nak mengambil kesempatan untuk berkempen kepada rakan rakan India agar teruskan bersama Barisan Nasional dan meninggalkan Parti pakatan Rakyat Haram.
Usah lah kaum India terus terusan ditipu oleh pemimpin Pembangkang ini dalam cubaan mereka meraih undi dalam mendapatkan kuasa politik. Mereka pandai berjanji namun tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan.
Barisan Nasional telah terbukti meningkatkan taraf kehidupan masyarakat India di Malaysia dan itu merupakan satu pekara yang seharusnya kaum India di Malaysia hargai dan terus bersama BN dalam menghadapi era Mendatang.
Dibawah ini aku sertakan satu video buat seluruh masyarakat India untuk menghayatinya dan aku juga mengharapkan anda semua berfikir akan janji janji manis pemimpin Pakatan Pembangkang.
Dalam sambutan Depavali ini juga aku nak mengambil kesempatan untuk berkempen kepada rakan rakan India agar teruskan bersama Barisan Nasional dan meninggalkan Parti pakatan Rakyat Haram.
Usah lah kaum India terus terusan ditipu oleh pemimpin Pembangkang ini dalam cubaan mereka meraih undi dalam mendapatkan kuasa politik. Mereka pandai berjanji namun tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan.
Barisan Nasional telah terbukti meningkatkan taraf kehidupan masyarakat India di Malaysia dan itu merupakan satu pekara yang seharusnya kaum India di Malaysia hargai dan terus bersama BN dalam menghadapi era Mendatang.
Dibawah ini aku sertakan satu video buat seluruh masyarakat India untuk menghayatinya dan aku juga mengharapkan anda semua berfikir akan janji janji manis pemimpin Pakatan Pembangkang.
Bukan niat nak mendukacitakan masyarakat India dihari yang bahagia ini dengan Video kesedihan Kg Buah Pala. Namun menjadi kewajipan kita dalam memberikan kesedaran agar semua masyarakat India dan juga rakyat Malaysia mengetahui bahawa janji janji manis pemimpin Pembangkang adalah pembohongan semata mata.
Selamat Hari Depavali dan teruskan bersama Barisan Nasional!!!
Psssttt.... Sapa nak jemput aku pi open House Depavali ni?
Selamat Hari Depavali dan teruskan bersama Barisan Nasional!!!
Psssttt.... Sapa nak jemput aku pi open House Depavali ni?
AKU DAH LAMA TAK IKUTI BOLA SEPAK MALAYSIA.....
What The Fuck FAM? Shabery Chik Please Do Something
FAM What The Fuck Are U Doing?
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket sebanyak 70 peratusuntuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.
FAM menaikkan harga tiket dari RM30 dinaikkan kepada RM50.
Ahmad Shabery berkata, beliau sendiri berasa pelik dan tidak boleh menerima tindakan FAMmenaikan harga tiket di saat akhir iaitu beberapa hari sebelum perlawanan itu berlangsung.
Katanya, beliau bimbang tindakan FAM terbabit boleh menyebabkan ramai penonton Terengganu dan Negeri Sembilan kecewa kerana tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikan pelawanan pasukan kesayangan mereka di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
“Jangan kita lihat kenaikkan harga tiket berkenaan membabitkan individu kerana kebanyakan penonton datang bersama keluarga atau rakan. Dulu satu keluarga terdiri daripada empat hingga lima orang mereka akan belanja RM150 tetapi sekarang mereka perlu belanja RM250 dan ini satu kenaikkan mendadak.
“Saya tidak berasa marah dan begitu kecewa jika FAM membuat pengumum awal mengenai kenaikkan harga tiket terbabit kerana ia membolehkan penonton bersedia lebih awal dan mengakibatkan kegairah mereka menyaksikan perlawanan menurun seketika. Malah, ramai penonton merungut kerana keadaan padangnya teruk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Sukan Negeri di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Berikutan itu, Ahmad Shabery menggesa FAM mengkaji semula harga tiket yang akan dikenakan kepada penonton supaya tidak membebankan dan sekali gus menggalakkan lebih ramai peminat bola sepak dari seluruh negara menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia itu.
Ahmad Shabery berkata, FAM patut mengambil kira perasaan penonton dan peminat bola sepak di seluruh negara sebelum mereka bertindak menaikan harga tiket perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan terbabit.
Ini kerana, katanya kekuatan dan tarikan utama sukan bola sepak di Malaysia dan di peringkat dunia adalah bergantung kepada sokongan peminat.
“Jika mengetepikan soal hati dan perasaan penonton atau penyokong bola sepak maka kita seolah-olah mengetepikan apa yang menjadi asas dan kekuatan sukan ini…ia adalah satu kesilapan besar.
“Saya berharap FAM dapat belajar daripada tindakan Queens Park Rangers (QPR) memberi diskaun kepada penonton yang membeli tiket secara ‘online’ lebih awal,” katanya.
Saturday, 22 October 2011
SELAMAT BERJUMPA KEMBALI......
Video Suami Dibenarkan Meliwat Isteri Oleh PAS
Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.
Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.
Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!
Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.
Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:
"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".
Selanjutnya layari Blogg YB Zulkifli Nordin
Itulah oarti PAS yang bila tang depa semua halal, bila kena orang lain semua haram memang Haramjadah lah PAS PIS PUS ni. Lagi syok bila kita saksikan video dibawah ni buat renungan semua pihak terutama ahli PAS sendiri.
Dan juga dibawah ini isu Hudud yang mana PAS membenarkan Main Belakang Isteri..isy isy isy
Patutlah PAS sampai sekarang tak beriya iya nak laksanakan Hudud rupanya depa dok main ikut hukum sendiri macam ayah Pin. Apa gila Babi PAS ni? Memang haramjadah betul!!
So ahlol PAS sekalian tunggu apa lagi? mintak penjelasan dari PAS mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Zulkifli Nordin ini. Jelaskan kepada seluruh umat Islam dan juga rakyat Malaysia.
Wah Patut lah Anwar Ibrahim sokong baru baru ni pasal Hudud PAS rupanya Liwat dibenarkan ke atas Isteri. Kepala Otak dialah!!!
Sunday, 16 October 2011
BANYAK RUGI LA.......
Ini yang dibenci oleh DAP dan gerembolan pakatan rakyat.Mereka sebolehnya tidak mahu kerajaan membantu rakyat dengan menjual harga barangan yang murah.
Usaha sebegini banyak membantu rakyat dan mampu menghalang monopoli yang dikuasai oleh pemborong dan peruncit yang banyak menekan rakyat dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan pakatan haprak untuk sabotaj ekonomi negara.
PUTRAJAYA 14 Okt. – Kabinet hari ini bersetuju memberi peluang kepada orang ramai yang berminat untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan tersebut.“Cuma syarat-syarat dan panduan pengurusannya kita akan tentu sebulan lagi kerana kita baru sahaja mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Program Francais Komuniti di sini, hari ini.Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, soal modal, kos pengubahsuaian dan lain-lain yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang berminat itu.Katanya, kerajaan hanya memberi kebenaran untuk menggunakan logo Kedai Rakyat.“Mereka yang memiliki kedai runcit kini mempunyai dua pilihan iaitu menukarkan sepenuhnya atau menempatkan satu rak khas untuk menjual produk Kedai Rakyat.“Ini kerana, Kedai Rakyat mempunyai 250 jenis produk dan mungkin mereka perlu hanya 50 jenis dan atas sebab itu, tidak perlu buka atau menukar kepada Kedai Rakyat sepenuhnya,” katanya.Sementara itu, mengenai Program Francais Komuniti, beliau berkata, program terbabit akan memberi peluang kepada usahawan atau peniaga berskala kecil untuk terlibat dalam perniagaan francais.Katanya, bagi program tersebut, sebanyak 14 buah syarikat bersetuju untuk menjadi francaisor.“Fokus kita lebih kepada peniaga kecil dengan pinjaman kecil, bersesuaian dengan dana yang diperuntukkan di bawah Skim Pinjaman Kecil yang had maksimumnya adalah RM50,000.“Untuk itu, siri penerangan dan promosi akan dilaksanakan di seluruh negara dengan lokasinya sekitar taman perumahan, dewan orang ramai, kampung, Felda dan flat,” katanya.
Monday, 10 October 2011
TITAH SULTAN........
ISU DUMC : KENYATAAN AKHBAR DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR.
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)