Wednesday, 4 July 2012
INFO TERBARU.. ANWAR SAH UMUM BERSARA DARI POLITIK!!
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman di Luar Negara akan bersara dari politik yang diceburinya.
Beliau menjelaskan persaraan tersebut berkuatkuasa serta merta jika Pakatan gagal menawan Putrajaya pada PRU13.
Nyata 'gimik politik' Anwar pada kali ini agak 'unik'. Malah seakan2 Anwar dilihat cuba mengambil insiden episod tragedi pengumuman Perletakan Jawatan Tun Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 2002 yang mendapat paparan antarabangsa.
Malah Anwar mahu dilihat lebih dari itu membuat pengumuman dalam temubual bersama wartawan Akhbar Luar Negara Financial Times. Menggambarkan dunia bakal digegarkan dengan pengumuman terbaru beliau sebentar tadi.
Malah Anwar mahu dilihat lebih dari itu membuat pengumuman dalam temubual bersama wartawan Akhbar Luar Negara Financial Times. Menggambarkan dunia bakal digegarkan dengan pengumuman terbaru beliau sebentar tadi.
Anwar melihat dengan kenyataan sebegini sokongan terhadap beliau semakin kuat, sebagaimana kesan pengumuman bekas Bapa Angkat beliau pada masa itu.
Malah ramai rakan2 PKR DAP dan PAS cuba menghubungi Anwar susulan pengumuman tersebut akan tetapi tidak berjaya. Seolah2 dirancang. Sebenarnya memang dirancang. Anwar sememangnya bijak melakukan gimik2 sebegini. Cuma kali ini agak 'berbeza' dan dilihat 'terdesak'.
PKR mungkin bakal menganjurkan satu perhimpunan besar menyambut kepulangan Anwar ke tanah air di KLIA menggambarkan kononnya pengaruh beliau masih besar dan menidakkan kenyataan beliau tersebut.
Perancangan dan strategi politik basi. Ianya tidak menjadi. Kerana apa? Kerana ianya dirancang. Hendak mengukuh dan menambah sokongan agar impian peribadi yang di kemaruk Anwar sejak sekian lama menjadi PM menjadi realiti.
Sejak bila Anwar benar2 meletakkan kejujuran sebagai prinsip utama dalam politik? Jikalau benar, Anwar tidak mungkin menyertai UMNO pada tahun 1982 malah lasak serta ganas mencantas seorang demi seorang menggunakan 'cable' Mahathir mahu memegang jawatan PM.
Memang sikap Anwar dari dulu suka dipuja dengan publisiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)