Saturday, 25 February 2012

KENCING BERDIRI................

Pelacur Agama Berdemo Bantah Quran Di Bakar!




Apabila melihat khawarij PAS berdemo membantah Al-quran dibakar dihadapan kedutaan Amerika,ia tak lebih memperlihatkan betapa munafiknya puak khawarij ini . Kita memang tidak bersetuju apabila kitab suci Al-Quran dibakar.Tetapi tukang demo dan bantah tu tak kurangnya juga menghina agama,alquran dan Allah pagi petang siang dan malam.

Apa bezanya khawarij PAS dengan askar AS dan NATO yang membakar Al-Quran,Kurang kurang askar AS dan NATO tak tahu membaca Al-Quran,sebaliknya puak khawarij PAS bukan saja tahu baca Quran mereka turut menjadikan Agama dan Al-Quran sebagai barang dagangan untuk meraih sokongan politik.

Disebabkan oleh puak khawarijlah Alquran sekarang ini halal digunakan oleh DAP untuk menghina umat Islam yang lain. Di sebabkan khawarij PAS lah hak umat Islam sudah boleh dipersoalkan oleh Evengelis DAP.

Tak perlu bantah berdemo ditengah panas,pandang diri sendiri dulu wahai puak khawarij.Sedarlah kaum puak khawarij ini lebih bangsat dan celaka kerana berfatwa mengkafirkan umat Islam yang lain.

Pemuda khawarij PAS melahirkan rasa kesal kerana Amerika terbabit bersama askar NATO membakar Al-Quran,tetapi penjilat tegar DAP ini langsung tidak berani berdemo didepan ibu pejabat DAP apabila Karpal,Kit Siang dan Lim Guan Eng terang terangan menghina Islam.

Apabila Karpal menghina Islam dengan memperlekehkan PAS mengenai isu sambutan hari Valentine,tidak ada seekor pun puak khawarij berani angkat muka. Apabila Guan Eng menyindir Nik Aziz dengan menyambut hari Valentine tidak ada seekor pun barua khawarij pertikaikan tindakan Guan Eng.

Ada mana mana khawarij PAS berani pertikaikan Karpal,Kit Siang dan Guan Eng apabila otai DAP ini memperlekehkan hudud ? Ada mana mana khawarij yang berani angkat muka apabila Karpal dan Guan Eng kata sambut Valentine adalah hak asasi manusia?

Ada mana mana pemimpin khawarij pertikaikan pluralisme Anwar?Ambiga dengan LGBT? Ini semua penghinaan secara terang terangan didepan batang hidung.Kesemua ini dipeluk cium tidor satu selimut sebantal bersama khawarij PAS.

Ini jalang politik munafiknya sudah sampai ke tahap tertinggi,khawarij PAS sudah mencapai maqam dewa munafik yang sukar ditandingi .
Dewan Pemuda Pas hari ini menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi membantah tindakan tentera negara tersebut membakar al-Quran di Afghanistan.

Penyerahan itu diketuai Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diiringi kira-kira 200 penyokong yang berarak dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat pukul 2.45 petang.

Para penyokong membawa beberapa kain rentang tertulis al-Quran adalah Jiwa dan Maruah Kami, Hancur Yahudi, Kami Tolak Pengkhianat al-Quran, Jahanam Amerika dan Respect Our Quran.

Puluhan anggota keselamatan termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal di pekarangan kedutaan tersebut bagi mengelak sebarang insiden buruk berlaku.

Memorandum dua muka surat yang ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama itu diterima pegawai kedutaan tersebut.

Ia mendesak supaya pihak terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap tentera yang bertanggungjawab selain mencari penyelesaian bagi meredakan kemarahan umat Islam seluruh dunia berhubung insiden tersebut.

Menurut Nasruddin, Dewan Pemuda Pas mengutuk tindakan biadap tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan Pangkalan Udara Afghanistan.

“Tindakan itu dilihat satu penghinaan terhadap penganut agama Islam yang dilakukan kerana puak tentera tersebut menafsir al-Quran itu jahat dan menganjurkan pengikutnya bersifat ganas dan radikal.

“Insiden tersebut dilihat cuba menimbulkan sentimen permusuhan terhadap penganut Islam yang secara tidak langsung menjadikan suasana negara-negara Islam tidak kondusif.

“Minta maaf sahaja tidak mencukupi untuk mententeramkan isu ini, kerajaan Amerika Syarikat perlu berjanji kepada seluruh umat Islam insiden tersebut tidak boleh berulang lagi,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Kerajaan AS dan komander tentera AS yang memimpin tentera NATO sebelum ini telah meminta maaf di atas insiden yang mereka anggap tidak disengajakan itu, selepas rakyat Afghanistan menemui cebisan sejumlah al-Quran terbakar ketika mengutip sampah di Pangkalan Udara Bagram di utara Kabul.-Utusan


LU LANGSI, LU MATI..

2 X 5.........

WIRA OF UNIVERSE............

ha..ha...ha...

Tuesday, 21 February 2012

TAK LAMA DAH.............

FOTO DAN ARTIKEL INI KHAS UNTUK PENYOKONG ANWAR.


dua tokoh lama di zaman anwar.
bersongkok adalah prof dr sidiq baba.
berkopiah pula adalah ustaz ismail mina.

mereka adalah rakan lama anwar di zaman ABIM.
prof sidiq baba adalah setiausaha agung ABIM di saat anwar menjadi presiden ABIM.
manakala ustaz ismail mina pula antara penggerak utama ABIM.

hari ini mereka bertemu kembali di waktu pelancaran JATI, ngo islam melayu raja.
mereka kembali kerana mahu memperbetulkan semula akidah perjuangan anwar.
mereka terpaksa kembali kerana mahu memperbetulkan semula akidah ribuan penyokong yang disesatkan anwar.

mereka ini adalah tokoh ilmuan.
terpaksa memasuki gelanggang politik kerana sudah tidak tertahan dengan agenda kerosakan yang anwar bawa.

prof dr sidiq baba merupakan orang kuat UIA.
dia pernah dimasukkan ke dalam ISA di zaman reformasi.
jika orang sebegini sudah hadir dan menyatakan kesediaan mahu menentang anwar, anda bagaimana ?

anda yang aku maksudkan adalah penyokong anwar.
sudahlah. anwar sudah melampau dalam berpolitik.
dia sudah menginjak kepala melayu, islam dan negara.

kepada seluruh penyokong anwar, baik dalam pkr mahupun yang atas pagar..hentikanlah sokongan kamu terhadap anwar. sokongan ini adalah jaluran yang bakal meranapkan hak islam ,melayu dan negara !

ayuh bersama kami untuk lakukan serangan semula terhadap perjuangan pakatan.

Wednesday, 15 February 2012

DAH SAMPAI MASANYA.........

Isu Pelanggan KFC Dibelasah : 2 Bukti Penting Yang TIDAK Dilaporkan - Pelanggan Keluar Tapi Masuk Balik KFC & BATANG BESI!!!


Rupa-rupanya portal Malaysikini tidak melaporkan satu jenis provokasi melampau yang dilakukan oleh pelanggan Cina yang dibelasah oleh pekerja KFC di I-City baru-baru ini!

Di bawah adalah laporan MalaysiaKini :


Dan dibawah pula adalah laporan Free Malaysia Today yang tidak terdapat di dalam Malaysiakini edisi bahasa Malaysia!

1. Isteri pelanggan KFC itu mendakwa bahawa beberapa pekerja KFC I-City telah masuk ke dalam dapur dan mencapai 'steel bars' atau batang besi setelah berlaku pertengkaran di kaunter sebelum itu.

2. Pelanggan tersebut dan isteri beliau telah keluar daripada restoran tersebut setelah tidak puas hati.

3. Tetapi beliau masuk kembali ke dalam restoran tersebut bertujuan untuk mengambil foto pekerja KFC itu mungkin bertujuan untuk dijadikan bukti!

Lihat di bawah :


Hairan dan sungguh dikesali dengan tindakan MalaysiaKini yang tidak melaporkan ketiga-tiga bukti di atas. Ianya kerana bukti-bukti di atas sebenarnya menunjukkan bahawa pelanggan KFC itu memang sengaja memanjangkan pertelingkahan yang berlaku di kaunter KFC.

Pelanggan Cina itu telah memilih untuk keluar daripada restoran tetapi kemudiannya masuk kembali mencari pasal! Why? Kenapa? Wei shen mei?

Dan jika sebelum ini kita menganggap pertelingkahan yang berlaku hanyalah sekadar berbalas kata, sekarang impressionnya ialah pekerja itu ibarat gangster Melayu! Apakah ianya adil kepada pekerja KFC tersebut?

Sudah tentu tidak!

Dan tindakan bangang Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut yang merelakan pejabat beliau dijadikan tempat sidang akhbar jelas menunjukkan motif negatif yang sangat dikesali.

Ramai juga yang memberi komen tentang tindakan pelanggan KFC tersebut yang membuat sidang akhbar tetapi melengah-lengahkan membuat laporan polis.

Betul juga.

MiM salahkan pemimpin DAP tersebut kerana sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya dapat menasihatkan pelanggan itu serta membatalkan sidang akhbar tersebut.

Realitinya, isu panas seperti ini patut diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan adil.

Dengan mengadakan sidang akhbar yang hanya menceritakan the other side of the story, bakal mengundang pelbagai persepsi dan ketegangan yang sepatutnya boleh dihindarkan jika pemimpin DAP itu menggunakan otak beliau dan bukannya kepala lutut beliau! Pathetic!

Dan yang lebih memeranjatkan ialah munculnya video terbaru daripada administator you tube yang sama tetapi kali ini dipermulaan video tersebut!

Lihat video di bawah :


Video terbaru!


Apakah motif administrator tersebut menayangkan video terbaru ini dan sekerat sahaja? Apakah motifnya untuk menambahburuk maruah pekerja Melayu itu?

Apa pun, MiM pasti administrator you tube tersebut akan dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan! Dan memang berpatutan kerana punca kepada segala ketegangan, buruk sangka dan ketidakpuashatian ini adalah disebabkan oleh video yang diload oleh administrator tersebut!

It is an isolated case but it became huge and created unnecessary frictions, no thanks to the video and the press statements!

MiM sarankan kepada administrator video itu supaya tidak terfikir untuk melarikan diri seperti Helmi Malik, bekas kekasih Elizabeth Wong atau menyembunyikan diri seperti Eli Wong yang takut berjumpa dengan wartawan!!


LUPA ASAL LUPA USUL, LUPA DIRI DALAM DIRI, LUPA HIDUP DALAM MATI..............

PANAS-PANAS....

Pelanggan Cina KFC I-City Tidak Mengaku Mencarut 'C*bai Punya Melayu' ...


Pergaduhan di antara pekerja Melayu KFC dan seorang pelanggan bangsa Cina di I-City menjadi satu isu yang sangat besar.

Yang terbaru ialah penafian lelaki Cina tersebut yang mendakwa tidak bersalah dan tidak mengeluarkan sebarang ayat provokasi hingga menyebabkan pergaduhan tersebut.


Di bawah adalah video rakaman pergaduhan yang berlaku di KFC I-City.


video : Pergaduhan di KFC I-City


Hampir 500,000 viewers telah menonton video tersebut.

Betulkah pergaduhan tersebut tidak disebabkan oleh pelanggan bangsa Cina itu?

Rakan blogger politik Media Permatang Pauh telah sempat printscreen beberapa komentar di dalam video tersebut sebelum dibuang oleh administrator video tersebut. Klik Sini

Di antara komentar itu ialah pengakuan mereka yang berada di tempat kejadian. Yang memulakannya ialah lelaki Cina tersebut dengan memaki mengeluarkan kata-kata kesat dan sungguh menyakitkan hati, kata mereka.

Di bawah adalah pengakuan mereka :


Walaubagaimana pun, kita tidak tahu kesahihan komentar tersebut. Kesahihannya amat perlu supaya tidak mengeruhkan lagi kejadian tersebut.

Malah, jika pelanggan Cina itu mengadakan sidang akhbar, maka, pekerja Melayu KFC itu juga berhak untuk membersihkan nama beliau dan KFC.

Tetapi apabila MiM membaca sinopsis video di atas, mungkin ada kebenaran kepada komentar di atas.

Ada yang tidak kena dengan sinopsis di bawah. Sila baca :


Logikkah sinopsis di atas?

Pelanggan menunggu lama dan kemudian menuntut pengurusan meminta dan tiada maki hamun atau provokasi (seperti yang didakwa oleh pelanggan Cina itu). Dan tiba-tiba pekerja Melayu itu mencarut memaki hamun balik pelanggan itu.

Kata mudah, pelanggan itu sungguh tertib sopan santun (seperti dakwaan lelaki Cina itu) mahu pengurusan meminta maaf dan dimaki hamun oleh pekerja KFC itu! Logikkah?

Tentu tidak masuk akal!

Tambahan pula, MiM yakin KFC mempunyai polisi pekerja yang ketat kerana mereka merupakan people oriented business yang mesra pelanggan. Hanya provokasi yang sangat melampau yang mendetikkan ketidakpuashatian pekerja terhadap pelanggan seperti mencarut rasis!

Tolong siasat dengan kadar segera.

BELUM PERINTAH LAGI.........

TERKINI : Pengakuan Pekerja Melayu KFC Yang Belasah Pelanggan Cina..



Pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuat kenyataan tentang isu pelanggan bangsa Cina yang dibelasah oleh pekerja Melayu di KFC II-City.

Menurut KFC, mereka telah menggantung kerja pekerja Melayu tersebut sementara menunggu siasatan dalaman tentang pergaduhan tersebut. Pihak KFC juga telah membuat laporan polis. Kenyataan tersebut disiarkan didalam FB KFC kelmarin.

Lihat di bawah :


Sebagai syarikat yang servce oriented, tindakan KFC merupakan satu polisi syarikat yang tidak dapat dielakkan. Tetapi MiM berharap agar pihak KFC berlaku adiil kepada pekerja Melayu tersebut. MiM yakin pembaca juga mengharapkan yang sama.

Tetapi yang menimbulkan persoalan besar ialah tindakan Lim Lip Eng, ahli parlimen DAP di Segambut yang masuk campur di dalam isu panas ini. Beliau merelakan pejabat beliau dijadikan tempat sidang akhbar pelanggan Cina tersebut.

Tindakan tersebut telah dikritik hebat oleh pembaca-pembaca blog MiM.

MiM bersetuju dengan pandangan anda. Pemimpin DAP itu adalah wakil rakyat tetapi beliau bertindak bangang dan kurang cerdik apabila menyebelahi satu pihak sahaja dan dalam isu ini, lelaki bangsa Cina.

Pemimpin DAP itu sepatutnya menggunakan akal otak beliau dengan bertindak sebagai pendamai atau orang tengah dalam isu ini. Beliau juga sepatutnya menyiasat terlebih dahulu isu ini untuk memastikan kesahihan cerita. Jika tidak, mungkin akan berlaku back fired yang memakan diri dan parti DAP.

Dan memang benar, pemimpin DAP itu didakwa rasis kerana hanya bertindak menyokong pelanggan Cina itu sahaja tanpa mahu mendapatkan the other side of the story daripada pekerja Melayu tersebut. Persepsi parti DAP sebagai parti rasis tampak menyerlah.

Double standard yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP itu amat dikesali! Dan jika beginilah cara beliau mengendalikan isu ini, lebih baik pemimpin DAP itu berfikir lebih bijak dengan tidak masuk campur! Pathetic!

Malah, MiM pasti pemimpin DAP itu telah menonton video dan membaca sinopsisnya di dalam you tube. Hairan kerana pemimpin DAP tidak perasan (atau buat-buat tidak nampak) berlakunya percanggahan maklumat di antara sinopsis dan pengakuan pelanggan Cina tersebut!


video : Pergaduhan di KFC I-City

Dan jika kita rujuk video kontroversi di dalam you tube, anda akan baca sinopsisnya seperti di bawah :


Sinopsis di atas tidak menyebut tindakan pelanggan Cina memarahi pekerja Melayu KFC.

Beliau hanya sekadar 'request' sahaja.

Sekali imbas, kita akan terfikir bahawa pekerja Melayu dan pengurusan KFC yang panas baran melenting dan mencarut sedangkan pelanggan tersebut hanya mahukan mereka meminta maaf.

Yang teruk dan buruk ialah pekerja KFC dan pelanggan itu seorang sahaja yang sopan santun.

Dan persepsi itu dibaca dan mungkin dipercayai oleh lebih daripada 520,000 viewers yang menonton video terrsebut.

Sinopsis video tersebut telah berbohong dengan menyembunyikan satu perkara yang sangat penting iaitu si pelanggan Cina itu telah memarahi pekerja Melayu tersebut!

Dan yang memecahkan tembelang administrator video tersebut ialah pelanggan Cina itu sendiri!

Baca di bawah:


Persoalannya, apakah administator video itu akan menukar sinopsis video tersebut dan menceritakan yang sebenarnya?

Bagaimana pula dengan 520,000 viewers yang mungkin sudah tersalah persepsi dek sinopsis yang berat sebelah?

So, Mr DAP! Kenapa tidak kritik tentang pembohongan di dalam you tube itu? Where is justice?

Atau jiwa pemimpin DAP itu memang rasis?

Dan jika pelanggan Cina itu menggunakan saluran media untuk 'membersihkan nama' dan memburuk-burukkan pekerja Melayu tersebut, apakah pekerja tersebut tidak berhak untuk membuat sidang akhbar untuk mempertahankan maruah beliau?

Lebih-lebih lagi, 520,000 viewers telah menonton video tersebut. Mungkin majoriti daripada mereka menyokong pelanggan tersebut dan memaki hamun pekerja Melayu.

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.....

Lihat video di bawah :


Video Anwar sedang seronok beraksi menari.

CUKUPLAH UNTUK MALAM NI........ tengok dan renunglah sendiri..... YA ALLAH, YA TUHAN KU, KAU TUNJUKKANLAH KEBENARAN........AMIN....

SAPA NI?????????????????????

LUDAH KE LANGIT.............

INI KIAS PALING TAJAM...


TIME 4 TIBAI.........

BUAH TANGAN TUN M UNTUK ANWAR.



1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

BACK TO THE FUTURE......

DIA TAK PA....ANUGERAH TUHAN........

Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?

Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwarwakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnyamenasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .

Dulang Api
CALIT DAHI


 Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ? 

Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.

Artikel penuh baca disini 

Dasyat kan Anwar, demi undidia sanggup lakukan apa sahaja...hmmmm. Lagi satu kalau korang perasan la, apabila Tan Sri Harussani menegur Najib yang telah membuat lawatan ke Batu Caves tempohari, takde satu pun pemimpin UMNO yang mengherdik mahupun memaki hamun Mufti Perak ni.

Dari PM sampai ke semua pemimpin lain menerima teguran ini dengan terbuka. Takde sorang pun melatah! Cuba kalau pihak pembangkang, macam-macam mereka akan maki hamun punya. Sebenarnya JIWA PEMIMPIN UMNO lebih besar dari jiwa pemimpin Pakatan kerana mereka terima teguran dengan hati yang terbuka!

Korang nilaikanlah sendiri....

APA PENDAPAT ANDA?????????



Tuesday, 14 February 2012

TAK PA LAH... JANGAN MUDAH LUPA....

GEMPARRR. 12 BUKTI IKTIRAF PAS SEBAGAI PARTI ISLAM..
Email This
BlogThis!
Share to Twitter.
Share to Facebook.

1. HUKUM MENGIKUT RASA.

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab “Munafiq”) dan disambung dengan “Munafiq”.

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT.

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM.

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

“Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).

5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN.

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

6. PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7. DERMA JIHAD YANG JAHAT.

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.

8. PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9. PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH.

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

“Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini “. Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH.

PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12. PAS HINA WANITA.

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.