Thursday, 19 January 2012
Tuesday, 10 January 2012
TAK ADA ADAB PUNYA BUDAK......
Kepada pihak UPSI ,gambar diatas adalah bukti bahawa budak berhingus ini terbabit secara langsung didalam parti PKR. sekadar menggantung 3 semester hanya berdemo didepan UPSI tidak cukup.
Gunakan AUKU untuk buang terus budak berhinggus lagi kaldai ini daripada UPSI. Ramai pelajar dan kakitangan UPSI berasa mereka cukup terhina dan malu dengan tindakan budak ini.Dek kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
Budak berhinggus gila sangat nak jadi kaldai PKR,adalah lebih baik terus berhenti dari belajar dan terus jadi kaldai secara hakiki. Apamacam? boleh ka?
Buat Adam,kamu baru digantung dan masih ada tempoh 14 hari untuk membuat rayuan apa kejadah nak terus bawak ke mahkamah.
Sekadar mengenakan tindakan tata tertib tidak mencukupi.
kebenaran yang cuba disembunyikan di sini ialah dia telah dikenakan hukuman di bawah KAEDAH 3 (a) (i) dan (ii), BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999..BUKANNYA AUKU...untuk penjelasan lanjut lihat gambar di bawah:
tidak ada satu pun perkataan dalam surat tersebut yang menulis AUKU...agak hairan bila dia boleh melulu menyatakan tuduhan itu dibawah auku..lepas ni kalau dapat surat tu jangan koyakkan!!!!peraturan yang dikenakan itu dibawah undang-undang universiti...bukannya auku...kalau nak bawa kes ini ke MAHKAMAH luar cuba lah...upsi telah memberi peluang kepada adam untuk membuat rayuan tetapi dengan jelas dia menolak seolah-olah misinya untuk cuti panjang akan berjaya...
BUDAK NI TAK BALIAG LAGI.... LAGI 5 TAHUN DIA TAHU LA LANGIT TINGGI RENDAH KECUALI BAPAK DIA JUTAWAN TAK BOLEH NAK KATA APA.....
KEYAKINAN ITU SELURUH IMAN......
Agak luluh jiwa ini bila mendapat tahu keputusan Mahkamah semalam yang mana telah Membebaskan dan melepaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat yang beliau hadapi. Alasan yang diberikan Hakim Datuk Mohamad Zainal Abidin adalah:
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik.keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Itulah keputusan Hakim yang arif lagi bijaksana dalam perbicaraan ini, bukan nak mempertikaikan keputusan mahkamah ataupun menghina Mahkamah atas keputusan yang telah dikeluarkan hakim namun nak memberi ulasan mengenai perbicaraan kes liwat ini.
Sepanjang perbicaraan kes liwat ini yang mana bermula pada tanggal 7 Ogos 2008 sehingga ke semalam 9.1.2012 yang mana mengambil masa 3 tahun 6 bulan. Anwar Ibrahim yang merupakan tertuduh telah berjaya menangguhkan kes sebanyak 69 kali yang mana merupakan satu rekod penangguhan dan juga 38 kali rayuan yang paling banyak berlaku dalam perbicraan didalam Malaysia dan juga Dunia.
Penangguhan penangguhan dan juga rayuan yang dibuat ini atas alasan yang tidak munasabah seperti penangguhan untuk menukarkan peguam dari peguam Utama terdahulu Sulaiman Abdullah kepada Karpal Singh. Malah penagguhan cuti sakit, dan sebagainya manakala rayuan nya pula juga bermacam macam cara seperti rayuan menukar hakim, rayuan tolak bukti DNA dan sebagainya.
Lazimnya seorang tertuduh yang menghadapi kes perbicaraan dimahkamah akan membayar wang jamin bagi jaminan kepada pihak Mahkamah untuk tertuduh menghadirkan diri. Namun demikian dalam kes Liwat Anwar Ibrahim tertuduh tidak membayar sesen pun wang jamin dan hanya dibebaskan dengan Bon peribadi yang mana keistimewaan jelas berbanding tertuduh yang lain. Sebagai contoh:
Seorang ibu menangis teresak-esak merayu kepada Hakim Mahkamah Sesyen di sini supaya anaknya Wan Hafiz Wan Omar, 21 th, dibenarkan ikat jamin kerana dituduh menculik dan merogol seorang gadis berusia 17 tahun bersama dua rakannya..
Bagaimanapun, Hakim Zainal Abidin Kamarudin yang mendengar sebutan semula kes berkenaan semalam memberitahu kes itu tidak boleh diikat jamin dan jika dibenarkan ikat jamin sekali pun jumlahnya terlalu tinggi.
Mungkin atas faktor Anwar Ibrahim seorang Dato Seri maka beliau tidak perlu dikat jamin dan diberi kebebasan mutlak. Manakala bagi rakyat biasa seperti remaja diatas dinafikan hak untuk mendapat jaminan walaupun beliau sudah pasti tidak akan lari ke luar negara.
Tertuduh juga Anwar Ibrahim tidak ditahan pasport antarabangsanya dan membolehkan beliau bebas bergerak kemana sahaja berbanding dengan tertuduh kes kes yang lain. Sebagai contoh :
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memperdayakan seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai RM426,740 bagi mendapatkan dua kawasan konsesi pembalakan
Choong didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Aslam membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes. Mahkamah turut memerintahkan supaya pasport tertuduh ditahan di mahkamah sehingga kes itu selesai.
Itulah kelebihan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana tidak mungkin akan diperolehi tertuduh dalam kes lain lain. Keistimewaan yang diberikan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim ini tidak akan diperolehi oleh tertuduh yang berprofil tinggi seperti yang berlaku dinegara lain.
Anwar Ibrahim Menghina Mahkamah
Sepanjang perbicaraan yang berlangsung Anwar Ibrahim berkali kali menghina Mahkamah apabila membicarakan soal tersebut dihadapan penyokongnya diatas pentas pentas ceramah. Mahkamah sedikit pun tidak memberi ingatan ataupun menegur mengenai perbuatan Anwar Ibrahim yang menghina mahkamah apabila membicarakan kes tersebut diluar mahkamah.
Malah Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat ini tidak dikenakan apa apa tindakanberhubung kelakuannya yang mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menjaja cerita yang dibicarakan oleh Mahkamah. Lebih terok dari itu hakim turut dihina sebagaimana yang dinyatakan disini:
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak bersikap politik dalam penghakiman yang ditulisnya adalah satu penghinaan mahkamah,Anwar telah menyatakan bahawa Datuk Abdul Malik Ishak bersifat menyerang dan menghina beliau selain menunjukkan sikap politik keterlaluan seorang hakim Mahkamah Rayuan walaupun kes terbabit masih berlangsung. Anwar juga menyatakan bahawa terdapat campur tangan politik dalam kes terbabit.
Itulah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang kebal dari sebarang tindakan mahkamah mahupun hakim dalam kes liwat ini. Tidak ada yang berani mengambil tindakan keatasnya walaupun terbukti beliau melakukan penghinaan yang cukup besar kepada sistem kehakiman negara. Bagaimana dengan tertuduh dalam kes yang lain?
Aduka Taruna yang didakwa menghina Mahkamah memohon untuk dikurangkan nilai wang jaminan memandangkan beliau akan bersanding hari ini. Beliau memaklumkan mahkamah bahawa beliau baru bernikah sebulan yang lalu. Mahkamah bersetuju dengan permohonan beliau dan beliau hanya diikat jamin dengan RM 5000
Anwar Ibrahim kebal dari undang undang yang ada .Malah kenyataan nya yang menghina mahkamah turut dikeluarkan oleh media Pakatan pembangkang dan disebarkan keserata tempat dalam menggangu perjalanan perbicaraan liwat yang beliau hadapi.
Ini satu pekara yang pada analisis belum pernah berlaku didalam Malaysia yang mana seorang tertuduh yang diminta untuk membela diri memlilih untuk membela dirinya dalam keadaan yang mana Tidak Menggangkat Sumpah dan Tidak Boleh Disoal balas oleh Pendakwaraya. Mungkin dinegara luar ada tertuduh yang melakukan tindakan serupa Anwar Ibrahim namun didalam Malaysia ianya tidak pernah berlaku sama sekali.
Apa perbezaan Bela diri ini? :
1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredibiliti, disoal balas DPP)
2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP)
3)Berdiam diri ( terus jatuh hukuman)
Lumrahnya tertuduh akan memilih pilihan yang pertama yang mana 1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredibiliti, disoal balas DPP) . Namun demikian Anwar Ibrahim yang memilih pilihan kedua yang Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP) . Disini kta sendiri dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim yang mana membela diri tampa BERSUMPAH dan juga disoal balas DPP yang mana juga keterangan beliau tiada pemberat bermaksud tidak boleh diguna pakai mahkamah namun telah diberikan keistimewaan dalam perbicaraan ini.
Berbanding Saiful Bukhari yang mana telah memberikan keterangan secara BERSUMPAH dalam menyakinkan mahkamah dan hakim bahawa beliau telah diliwat oleh tertuduh iaitu Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim juga diberikan keitimewaan apabila mahkamah membenarkan perbicaraan tertutup pada satu tempoh yang mana mangsa liwat Saiful Bukhari menerangkan bagaimana tertuduh meliwat beliau pada waktu kejadian. Jika difikirkan secara rasional adalah satu keperluan untuk pihak mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim dalam perbicaraan tertutup tersebut memandangkan Kes liwat ini adalah satu kes yang melibatkan kepentingan awam kerana Anwar Ibrahim adalah seorang ahli parlimen dan juga ketua umum Pakatan PAS, DAP dan PKR.
Karpal Singh peguam bela mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada mahkamahagar perbicaraan esok dibuat secara tertutup dan tidak dihadiri oleh para wartawan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan permohonan peguam Anwar itu.
Ini lah keitimewaan yang tidak mungkin akan diperolehi oleh para tertuduh kes kes yang lain. Sepatutnya yang meminta untuk perbicaraan tertutup adalah Saiful Bukhari mangsa liwat dalam kes ini dan bukkannya tertuduh yang selama ini menyatakan Kebebasan demi Kebebasan media.
Para wartawan dan juga isteri beliau sendiri tidak dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan tertutup. Apakah ini bukan satu kepentingan awam yang mana rakyat perlu tahu apa yang berlaku didalam bilik kondo tempat kejadian liwat berlaku?
Apabila laporan forensik mengesahkan terdapat DNA ditemui dalam dubur Saiful Bukhari dan didalam bilik Kondo tersebut maka pihak pendakwaraya telah memohon agar tertuduh iaitu Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA bagi memastikan persamaan tersebut.
Namun demikian sehingga selesai perbicaraan tertuduh iaitu Anwar Ibrahim tidak menyerahkan DNA nya kepada pihak mahkamah untuk dibuat rujukan akan sampel DNA yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari. Satu keistemewaan yang jelas apabila Anwar Ibrahim terus menidakkan pemberian DNA kepada mahkamah dan mahkamah meluluskan permohonan peguam Anwar untuk anak guamnya tidak menyerahkan DNA.
Berbanding kes lain seperti :
“Saya tidak melakukan perbuatan itu dan jika benar saya bersalah, buktikan dengan DNA (asid deoksiribonukleik),” kata seorang pengawal keselamatan dalam rayuannya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu berkata demikian selepas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan merogol anak kandungnya di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia lapan tahun sembilan bulan ketika itu di sebuah apartmen di Pandan Indah, antara 10 Mac sehingga 3 Ogos 2010
Mahkamah terus memberikan keistimewaan yang mana DNA Anwar Ibrahim tidak perlu diserahkan dan apabila pihak pendakwaraya memperolehi DNA Anwar Ibrahim sewaktu beliau didalam sel tahanan Polis bukti DNA tersebut ditolak oleh Hakim atas alasan "DNA tersebut diambil secara tidak sah dari tertuduh".
"mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin ‘tidak sah’. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.
Namun demikian DNA tersebut ditolak mahkamah dan kemudiannya menerima semula sebagai bukti dalam perbicaraan ini yang akhirnya pada kepututusan semalam Hakim membebaskan Anwar Ibrahim atas salah satunya kerana DNA yang tidak kukuh.
Kesimpulanya
Gomo tidak ingat berapa banyak lagi keistimewaan yang Anwar Ibrahim perolehi sepanjang mahkamah bersidang dalam membicarakan kes liwatnya. Namun pasti dan yakin rakyat Malaysia tahu dan ingat keistimewaan yang ANwar Ibrahim perolehi sepanjang perbicaraan beliau berlangusng.
Mahkamah memberikan banyak ruang buat Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat ini berbanding mangsa liwat Saiful Bukhari yang mana beliau lah paling teruk sepanjang kes liwat ini untuk memberikan bukti dan fakta akan kejadian liwat yang berlaku.
akan coretkan pula Hujah Hujah yang mana Gomo rasakan perlu dalam menyedarkan rakyat Malaysia mengenai perbicaraan kes liwat ini yang telah menafikan Hak Keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari.
Hakim memberikan alasan Membebaskan Anwar Ibrahim atas sebab :
1: Keterangan Mangsa Saiful Bukhari tidak kukuh
2: mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik
Hakim tidak menafikan SEKS LUAR TABII (LIWAT) berlaku sebaliknya Hakim hanya mengambil keputusan akan dua pekara tersebut sahaja. Dan esok akan ulas mengenai dua pekara yang menyebabkan Keadilan Saiful Bukhari dinafikan.
Bukan niat untuk menghina keputusan Mahkamah tetapi yakin dan pasti Jutaan rakyat Malaysia perlu tahu akan pekara ini yang mana didalam sebuah negara yang Demokarasi KEBEBASAN BERSUARA tidak harus disekat sama sekali.
Justice 4 Saiful Bukhari Dinafikan
Psssttt... Begitu banyak keistimewaan buat Anwar Ibrahim, yelah siapa kita rakyat biasa berbanding Anwar yang punya wang, kuasa, dan pengaruh.
Subscribe to:
Posts (Atom)