Sunday, 31 July 2011

PETUALANG NI......

PSM6-Siasatan Polis yang lemah atau kerajaan yang takut?


Disyaki ada kaitan dengan PKM?
ADA yang tidak kena di sebalik pembebasan MP Sungai Siput, Jeyakumar dan lima lagi tahanan dari pertuduhan Akta Ordinan Darurat yang sebelum ini dikenakan ke atas mereka kerana disyaki mahu memerangii YDP Agong apabila kesemua mereka ini didapati sedang berusaha untuk menghidupkan kembali fahaman komunis yang telah diharamkan di Negara ini.

Di mana kecuaiannya hingga mereka ini terpaksa dibebaskan?Apakah siasatan polis yang longgar atau seperti disebutkan sebelum ini wujud konspirasi pihak-pihak tertentu dalam jabatan polis untuk memalukan kerajaan dan memalitkan lagi malu yang amat besar kepada kementerian Dalam Negeri terutama sekali Menterinya, Hishamuddin Tun Hussien?

Mustahil PDRM yang  dinobatkan antara pasukan polis terbaik dalam dunia melakukan kecuaian hingga pesalah yang disyaki boleh terlepas daripada pertuduhan ataupun diheret ke mahkamah?Atau pasukan polis yang mengetuai siasatan kes ini tidak mempunyai pengalaman kerana mereka hidup ataupun bertugas selepas PKM diharamkan hingga mereka menjadi buta dan keliru untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbi?

Banyak persoalan-persoalan nakal bermain dalam kepala dan paling nakal selain daripada mogok lapar yang kononnya akan dibuat oleh Jeyakumar sedangkan maklumat yang diperolehi Jeyakumar  tidak pun mogok lapar seperti yang diwar-warkan adalah betapa polis kurang cekap dengan latihan siasatan walaupun sebelum itu mereka begitu megah mendedahkan kononnya polis berjaya mematahkan satu gerakan paling merbahaya dalam negara dengan penemuan bukti-bukti yang kesemua mereka itu terlibat dalam gerakan subversif.Nyanyian polis cukup merdu didengar ketika itu!

Satu perkara dan lebih nakal lagi,mungkin ada kalangan pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kes ini memandang ringan mauduk ahli PSM ini untuk menghidupkan kembali fahaman komunis dengan mengkaderkan ahli-ahli baru di kalangan mereka dengan tujuan-tujuan tertentu.

Mustahil tidak ada kes?
Mungkin siasatan polis hanya tertumpu kepada Jeyakumar hingga terlepas pandang untuk menyisat lebih mendalam kegiatan ataupun  pengkhianatan yang dilakukan oleh lima lagi ahli Parti Sosialis Malaysia itu hingga akhirnya polis tidak cukup bukti dan terpaksa membebaskan kesemua mereka. Memang itu adalah hak pois tetapi sebagai rakyat,kecuaian yang polis lakukan ini jika ada tidak boieh kita maafkan dan juga memalukan jabatan serta kerajaan.

Ataupun polis diarahkan untuk membebaskan kesemua tahanan ini walaupun tindakan mereka itu boleh menggangu-gugat keselamatan negara kerana bimbang sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional bertambah merundum di kalangan pengundi India?Jika benar ada arahan begitu, malanglah kepada kita kerana kerajaan sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan negara hanya semata-mata mahu meraih undi dan sokongan bagi memenangi PRU13.

Sia-sialah polis mengumpul segala maklumat dan bukti bilamana akhirnya kesemua tahanan ini terpaksa dibebaskan demi memenuhi tuntutan ataupun tekanan pihak-pihak tertentu sedangkan kita semua tahu isu yang melibatkan kepentingan negara bukan satu isu yang main-main.

Atau polis hanya main-main dalam menyiasat kes ini? Kita sedar,polis juga manusia biasa dan dalam diri mereka ada yang menyokong serta menentang kerajaan.Jika kecuaian siasatan ini atau kegagalan menyediakan kertas pertuduhan yang sempurna sebagai alat bagi membolehkan tahanan PSM ini dibebaskan untuk memalu atau mengkhianati kerajaan,ini adalah satu proses siasatan yang paling tidak bermoral dan bertanggungjawab malah tidak menghormati kerajaan yang sedang memerintah ketika ini,

Tindakan dan keputusan polis tersebut memberikan ruang dan modal yang cukup besar kepada pembangkang untuk mengkritik dan menyelar kerajaan malah kesemua tahanan yang dibebaskan itu telah diangkat sebagai hero dan pasi mereka akan dijaja keseluruh pelusuk dosa sebagai alat baru untuk menyerang kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia.Kalau kerajaan akur kepada keputusan ini bermakna kerajaan sedang memberikan seludang kepada pembangkang untuk menyembelih kepimpinan yang ada.

Barangkali inilah sebahagian polis yang menyokong pembangkang mahu dan untuk kesekian kali lagi, PDRM dan Hishamuddin akan dicerca sebagai menyalahgunakan kuasa serta kerajaan Barisan Nasional akan dicacatkan dengan segala tuduhan-tuduhan buruk oleh pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang.

Malang sungguh bagi Hishamuddin. dalam saat nama dan jawatannya sedang dicemarkan oleh persepsi buruk kalangan pembangkang, pembebasan tahanan PSM ini sekali lagi menjadikan namanya `harum’ serta menjadi `sebutan’ di kesemua ceramah-ceramah pembangkang sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar tetapi dasar-dasar ataupun undang-undang seolah-olah dipermainkan oleh sebilangan pegawai polis yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan pembebasan enam tahanan ini, Hishamuddin memerlukan tongkat ajaib untuk membersihkan namanya dan sekiranya benar terbukti ada kecuaian dalam siasatan polis yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan politik, PDRM perlu bertindak  ke atas pegawai-pegawainya yang cuai sehingga kes sebesar ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehingga ke hari ini. kita masih yakin dan percaya bahawa penyambungan semula kontrak Ketua Polis Negara bukanlah satu tindakan yang bijak oleh kerajaan malah dengan apa yang sedang berlaku dalam PDRM ketika ini membuatkan kita merindui sentuhan tugas Hanif Omar,Rahim Noor dan Norian Mai dan  satu lagi,mengekalkan Peguam Negara hingga ke hari ini juga merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh akal yang waras.

BETUL KE NI????????

Kesatria Komunis Di Angkat Sebagai Wira Pakatan


"Kesatria Rashid Maidin dan Kesatria Chin Peng" wah! apa yang dimaksudkan kesatria?Pahlawan?Knighthood. Komunis diangkat jadi PAHLAWAN?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6HI16osHENwrXyaAOuFMAf51HNMT1ohZtNVyTL0pFC4pK2P9MsK6GTcQpX7EXkeDGrSgv0oevE6AVWdlUpuWNtpI0PNKGL8oUU10pHDHw5TQa_r0hQOE7BTlJsLe0-pik3GTPon70UVY/s320/chin_peng.gagal.gif

PSM bersama DAP sejak dari dulu lagi terkenal dengan sokongan terhadap perjuangan komunis.Mereka mengangkat militan komunis sebagai pejuang.Para pemimpin pakatan mendesak agar diampunkan Chin Peng dan benarkan pengganas itu pulang kenegara ini.

12/10/09 Ngeh Khor Ham dan M.Kulasegaran bersama 2 orang peguam pakatan haprak telah berlepas melalui lapangan terbang Bayan Lepas ke Bangkok untuk menemui Chin Peng,bekas pemimpin parti komunis Malaya.urusan dipercayai ada usaha untuk membawa pulang dan menetap di malaysia.

Dek kerana melihat pengaruh DAP begitu kuat,untuk mengambil hati tuan besar,Nik Aziz,Mat Sabu dan banyak lagi pemimpin khawarij PAS angkat Chin Peng sebagai pejuang.

Inilah penghinaan paling teruk terhadap seluruh anggota keselamatan negara dari polis hinggalah kepada pihak tentera.Beribu orang menjadi mangsa,beribu orang menjadi balu,beribu orang menjadi anak yatim piatu.Tetapi pengganas komunis bangsat itu diangkat menjadi KESATRIA DAN PEJUANG.


Baju yang dirampas oleh pihak Polis jelas tertulis sokongan mereka terhadap Komunis.

Kemeja "T" warna merah dgn catatan hadapan "Kesatria - Rashid Maidin" , "Kesatria - Chin Peng" ;"Srikandi - Suraini Abdullah" ,"Kesatria - Abdullah CD" ,"Anti Capitalism", "Serangan Neo Liberal - RM $ - Rakyat Terus Sengsara".

Baru baru ini diantara 6 orang yang ditahan turut menyeberang ke sempadan Thailand untuk bertemu dengan Chin Peng dan beberapa pemimpin PKM.

Semalam semua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan dan disambut sebagai wira oleh haprak pakatan.


Wednesday, 27 July 2011

AKU MELAYU YANG TAK MUDAH LUPA................

Melayu Yang Serba Lupa,Perjuangan Dah Selesai?


Semenjak kebelakangan ini, agenda Melayu sentiasa diserang oleh mereka yang bukan Melayu kerana mahukan pembaharuan dan keseimbangan hak dan kuasa.
Sepnjang 53 tahun UMNO meneraju kerajaan Malaysia, pelbagai polisi telah diwujudkan bagi memastikan semua bangsa di Malaysia ini dilayan dengan seimbang dan adil.

Parti pembangkang sentiasa cuba memainkan sentiment bahawa mereka merasakan bangsa lain di negara ini sentiasa ditindas. Apa yang mereka cuba lakukan ialah untuk mewujudkan rasa marah dan tidak puas hati diantara bangsa yang tinggal di Malaysia ini.

Berikut ialah apa yang saya lihat menegenai motif perjuangan parti pembangkang:
  1. DAP, mereka mahukan semua hak bumiputra diluputkan supaya boleh mewujudkan bangsa Malaysia Malaysian.
  2. PAS, memperjuangankan ideologi ugama yang ekstrem
  3. PKR, memperjuangkan "keadilan".
Ketiga-tiga pakatan rakyat yang tidak resmi ini mempunyai agenda yang berlainan dan tentu sekali menarik sekiranya kita kupas satu persatu.
DAP

Misi utama DAP ialah seperti berikut:
  1. A Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with
    universal moral values,
  2. Offering equal access and opportunity;
  3. Democractic governance and rule of law;
  4. Creating wealth and distributing wealth equitably; and
  5. Fighting against corruption.
POINT 1 merujuk untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai intisari moral yang unuversal. Disini pelbagai cerita boleh direka oleh DAP untuk menjelaskan apa maksudnya tetapi apa yang saya faham ialah untuk mewujudkan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai Melayu, bukan sebagai cina atau India. Pendekatan menerapkan "universal moral values" juga satu gimmik untuk meleyapkan adat resam dan kepercayaan kita yang terdiri berbilang kaum.

Persoalannya, kenapa kita harus mewujudkan "Malaysian Malaysia" apabila majoriti kaum di Malaysia ini ialah Melayu? Di indonesia, kita sudah tidak melihat nilai budaya bangsa asing seperti cina wujud di masyaratnya. Tak percaya? Cuba anda cari seorang bangsa cina yang masih mengekalkan nama cinanya? Bahasa mereka pun telah bertukar sehinggakan mampu bertutur bahasa indonesia begitu lancar. Sekiranya kita mahu menyeragamkan bangsa, kita harus contohi Indonesia tetapi saya rasa tidak perlu kerana kita percaya bahawa sesuatu bangsa itu wajib mengekalkan identiti bangsa mereka kerana keunikan Malaysia ialah kewujudan berbilang bangsa yang berbeza.

Persoalan juga akan timbul mengenai "universal moral values". Apakah moral kita sebagai pelbagai bangsa ini harus diubah? Sebagai orang Melayu, saya melihat Melayu mempunyai banyak adat resam dan tradisi yang mulia. Begitu juga dengan bangsa asing. Sekiranya pendekatan universal moral values ini diambil kira, bermakna kita akan diminta meninggalkan adat-adat kita. Adakah perlu kita lakukan ini?

POINT 2, "ofering equal access and opportunity". Saya gagal untuk memahami perjuangan ini. Bukan kah BN memberikan ini kepada semua rakyat? Kalau mahu bersikap adil, kenapa dipersoalkan pecahan kuota kerajaan? Bukankah pecahan kuota ini bersikap adil kepada semua lapisan bangsa? Pelbagai peluang juga diwujudkan untuk semua rakyat. Jangan kerana masalah kecil diperbesarkan tapi kebaikan yang menggunung di lenyapkan.
Baru-baru ini, isu pemberian pinjaman pelajaran menjadi isu. DAP mengatakan bahawa 800 murid yang cemerlang tidak layak memenerima biasiswa kerana kuota yang disediakan cuma 200 tempat. Mereka mengatakan kerajaan tidak adil dan meminta ini diperbetulkan. Saya pun marah kerana dari 800 murid ini, 200 dapat biasiswa. Bayangkan berapa ribu pula murid bumiputra yang tak dapat biasiswa?

POINT 3, "Democractic governance and rule of law". Adakah Malaysia sekarang ini dijajah oleh kerajaan yang bukan demokrasi dan tiada undang-undang? Kita adakan pilihanraya supaya rakyat mengundi, mewujudkan sistem perundangan dan perlembagaan bagi menjamin hak rakyat terbela. Saya cuma lihat DAP tidak ikhlas didalam hal ini kerana bila sesuatu keputusan berpihak kepada mereka, mereka tidak pula memuji tetapi bila sebaliknya terjadi, dengan cepat mereka kata tak adil. Inikah dasar perjuangan mereka?

POINT 4, "Creating wealth and distributing wealth equitably". Rata-rata ekonomi negara kita dibolot oleh mereka yang bukan bumiputra. Jadi dimanakah perjuangan mereka ini sesuai untuk rakyat? BN mengorak polisi supaya semua bangsa merasa kemewahan yang negara ini beri. Adakah salah untuk kerajaan menyediakan platform yang seimbang untuk semua bangsa bersaing? Kita sedar bahawa bangsa cina ini mendahului bangsa lain didalam ekonomi di Malaysia jadi salahkah kerajaan mempraktikan apa yang diperjuangkan oleh mereka?

POINT 5, "Fighting against corruption". Adakah wujudnya MACC untuk mempromosi korupsi? Manusia tidak lari dari tamak haloba. Dari segi sejarah hingga sekarang negara China sendiri menghadapi masalah korupsi. Kalau kita mahu menyalahkan bangsa cina memang mudah tetapi gejala kurupsi ini bukan penyakit sesuatu bangsa. Ia adalah penyakit semua bangsa. Dinegara eropah atau Amerika, ia tidak dipanggil rasuah tetapi "lobby", ini jelas bahawa negara dan bangsa yang digelar maju juga mempunyai masalah korupsi. Bila dilihat dari segi tempatan, PR juga mempunyai masalah ini.

PAS
Saya melihat PAS dan UMNO sabagai parti "adik beradik tiri". Kenapa? PAS memperjuangankan iedologi melaksanakan Hukum Allah tanpa sebarang alasan. Adakah ini dianggap ekstrem? Pada orang islam, ia tidak ekstrem tetapi pada bangsa asing ia adalah ekstrem. UMNO pula memperjuangankan Islam secara moderate dan halus. Saya percaya bahawa sekiranya ugama dan politik dapat dibezakan, UMNO dan PAS mampu membentuk kerajaan yang kukuh kerana orang Melayu lebih mudah menerima PAS dan UMNO sebagai parti mereka.

Perhubungan adik beradik tiri ini ibarat benci dan sayang. PAS mengatakan UMNO parti politik yang korupsi dan menolak hukum Allah tetapi disebaliknya, PAS boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP, kenapa?

PKR
Secara terus terang, dasar prinsip perjuangan PKR adalah "copy" dari perjuangan BN. Tak percaya? click sini
"Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat"

Kita dah besar dan matang tetapi masih boleh dikaburi oleh PKR, saya langsung tidak boleh menerima PKR sebagai parti politik kerana cara ia diwujudkan. PKR hanya wujud kerana beberapa perkara:
  1. PKR wujud kerana Anwar ditangkap dan bukan wujud kerana keikhlasan memperjuangankan hak atau isu.
  2. Rata-rata ahli PKR adalah mereka yang asalnya dari UMNO tetapi merupakan pengikut setia Anwar. Mereka setia pada insan dan bukan pada parti. Bila ini berlaku, dimanakah kesetiaan mereka sekiranya Anwar tiada lagi di PKR?
  3. PKR wujud hanya untuk memperjuangkan kepentingan Anwar sahaja dan bukan parti PKR.
  4. PKR wujud sebagai memecah belahkan pengundi Melayu.
  5. PKR wujud hanya untuk digunakan oleh pihak pembangkan bagi mencapai objektif mereka.
Sekiranya Anwar itu jujur dan ikhlas, kenapa perlu dia menjadi penasihat de facto PKR dan bukan Presiden PKR? Semua pengundi sekarang ini sedang dimainkan oleh Anwar kerana Anwar sendiri bukan ahli PKR. Persoalannya, dimanakah kesetiaan Anwar? Tidakkah Anwar sepatutnya berterima kasih dengan PKR yang banyak membelanya?

Atau Anwar masih mahu kembali kepada UMNO kerana ia tahu UMNO ialah parti betul-betul memperjuangankan hak rakyat dan mempunyai sokongan yang diperlukan untuk Anwar merebut kuasa di Malaysia?

AKU PENING.....KAU MACAM MANA?

Monday, 25 July 2011

SEJARAH KENA JADI PELAJARAN TERAS.......

Sejak Bila Melayu Pula Jadi Pendatang?


Satu artikel yang perlu kita ambil kira....
Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi.
Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.
Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah.

Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.
Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang diterima melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.


Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum.
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah. British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien. Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.
Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.
Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu.
Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan. Tidak Logik Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.
Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterika n orang Melayu.

Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.
Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.
Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".
Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115). Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.
Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan. Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.
Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.
Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini

SEDIKIT SEBANYAK SEJARAH ORANG CINA KE TANAH MELAYU.... JANGAN LUPA....

Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu

1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.
5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
6. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
7. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.
8. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu
Kedatangan Buruh Cina
1. Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
2. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
1. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.
2. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
3. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
4. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
5. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.
6. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka.
7. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
8. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
9. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.
10. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
11. Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.
12. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
1. Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.
2. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
1. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2. Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
3. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.
Secara Berkumpulan ( Foochow )
1. Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.
2. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
3. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
4. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
5. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.
6. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

BENCANA........

"Meludah Ke Langit Terpalit Ke Muka Sendiri" - Oslo Norway




Meludah ke langit

Semalam, Jumaat 22 Julai 2011 jam 2.36pm, satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Norway di bawah Parti Buruh yang juga berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway. Letupan itu juga berdekatan dengan pejabat Jyllands-Posten, akhbar utama Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad pada September 2005 dan mencetuskan kontroversi di seluruh dunia satu ketika dulu. Walaupun hanya melalui kawasan ini tanpa singgah sewaktu lawatan ke sana tahun lalu, saya dapat membayangkan bagaimana paniknya warga Oslo yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini sepertimana ianya sudah menjadi asam garam kepada warga Afghanistan, Pakistan mahupun di Iraq.

Apa reaksinya?

Semua stesen TV seperti Sky news, BBC, CNN membuat liputan langsung sama seperti sewaktu pengeboman World Trade Centre dalam peristiwa 9/11. Pelbagai jenis manusia diwawancara di serata dunia dan pelbagai pendapat dan analisis diutarakan yang kebanyakannya mengarah kepada pembabitan militan islam atas tiket bahawa Norway ahli aktif NATO yang menyertai perang di Afghanistan dan juga pengeboman berterusan di Tripoli, Libya selain isu karikatur nabi Muhammad berkenaan. Saya yang berterusan menonton berdoa agar janganlah pengeboman ini dilakukan oleh orang islam diketika pengguna twitter, Facebook dan pelbagai media alternatif mula berdebat tentang siapa disebalik pengeboman ini. Tambahan pula dikatakan terdapat individu yang cuba memanaskan lagi keadaan dengan membuat panggilan telefon yang mendakwa mewakili Helpers of Global Jihad dan mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman ini sebagai membalas penglibatan Norway di Afghanistan.

Jam 5.25pm waktu tempatan berita mula tersebar bahawa berlaku tembakan rambang (shooting spree) di perkhemahan Kem Remaja tajaan Parti Buruh di Utoya Island iaitu sebuah pulau kecil 38km dari Oslo. Seorang lelaki berpakaian polis dikatakan menembak remaja berusia belasan tahun secara membabi buta hingga mengakibatkan banyak kematian. Beliau kemudiannya ditangkap.


Polis seterusnya mendedahkan bahawa lelaki yang ditahan berkenaan adalah Anders Behring Breivik, 32 tahun, warga tempatan (norwegian), freemasonry, aktivis berhaluan kanan (far-right activists), seorang conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, anti-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah. Beliau adalah petani dan polis percaya terdapat kaitan antara pengeboman di Oslo dengan shooting spree di Utoya Island.

Tiba-tiba semua media yang sangat ghairah untuk mengaitkan pengeboman ini dengan militan islam senyap sunyi dan tiada lagi analisis berat sebelah yang mengaitkan perbuatan ini dengan militan islam. Kerana apa, kerana lelaki ini ada seorang christian freemasonry yang bukan setakat anti-muslim tetapi juga anti-yahudi dan yang lebih utama beliau berbangsa Eropah dan “a home-grown terrorist”.

Meludah ke langit, terpalit muka sendiri.

Begitulah tebalnya prejudis masyarakat barat terhadap islam dan insiden ini membuktikan bahawa tindakan media mereka yang seringkali mengaitkan islam dengan keganasan akhirnya memakan diri sendiri di mana ianya akhirnya mewujudkan kelompok manusia seperti English Defence League di UK, Norwegian Defence League di Norway dan pelbagai kumpulan nasionalist di hampir kesemua negara Eropah yang membenci kerajaan mereka sendiri yang dituduh lemah dalam mengambil tindakan terhadap bangsa asing dan gagal menyekat perkembangan agama lain terutama agama islam di Eropah.


Setakat ini polis mengesahkan lebih 90 orang terbunuh akibat angkara "a home-grown terrorist".

Semoga mereka belajar dan tersedar.


Emel Kiriman

Semoga apa yang dinyatakan disini menjadi pengajaran buat kita semua Umat Islam. Dan Gomo juga nak menyatakan bahawa bencana yang melanda sepertimana yang berlaku kepada Negara Norway ini juga mungkin akan berlaku kepada negara kita jika kita tidak peka dengan keadaan Tanah air kita ini.

Beringat ingat lah sebelum Padah Melanda

Wednesday, 20 July 2011

HARAP BUKAN KITA....

11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- 

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang  berkelompok-kelompok." 

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan 
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat 
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut 
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab: 

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan 
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka 
adalah seperti berikut:- 

     1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana 
       mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 

     2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
       melengah-lengahkan solat lima waktu. 

     3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular 
       dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 

     4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang 
       berdusta. 

     5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan 
       mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 

     6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah 
       balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 

    7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan 
       darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan 
       kebenaran. 

     8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan 
       kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati 
       sebelum bertaubat. 

     9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. 
       Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 

    10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang 
       menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua 
       ibu bapanya. 

    11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, 
       bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar 
       kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. 

       
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 

    12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas 
       titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih 
       dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati 
       dalam keadaan bertaubat."